SABAH FEB2018- DAY 1 : KOTA KINABALU

02 Februari 2018




Hotel Kinabalu
Sampai di airport KK dalam kul 10.00 malam lebih. So, sebaik sampai, Shah terus amik keta sewa dan kami terus ke hotel.

Hotel yang Yati tempah ni namanya Hotel Legent. Tempah melalui mybooking. Susah juga nak cari sebab dia berada di lorong-lorong. Hotel ni terletak di Jalan Haji Yaacob, Kampung Air. 2 3 kali gak lah  pusing, akhirnya jumpA.
 
Dari luar, hotel ni nampak macam agak kurang menarik, tapi bila fikir just for 1 night dan malam pun dah lewat, jadi redha jerlah kan, Entah macam mana, Cik Zul, request nak tengok condition hotel dan finally, kami decide nak tukar hotel.  Cik Shima pun tak tengok condition tu, so detailnya memang tak tahulah sangat apa yang Cik Zul dan si Shah rasa kan. Yang pasti tak seperti yang dipaparkan dalam website mybooking tuh. Dan juga ada bau yang kurang menyenangkan.

Jadi, malam tu, kami rondalah sekeliling Jalan Haji Yaacob mencari hotel lain. Yang berkenan, kebanyakannya  dah full dan akhirnya dapatlah juga iaitu Hotel Kinabalu. 

Lepas check in, kami terus keluar . Malam ni plan nak makan seafood di Dataran Todak. Kat  gerai Haji Manja. Malangnya sampai-sampai ja, diarang dah tak terima, sebab nak tutup. Gerai-gerai lain pun sama. Dalam hati macam nak frust jugaklah kan, Datang KK tak makan seafood ni, memang tak sah.
Tapi ntah macam mana, rezeki kami kut, ada satu gerai masih terima, Maaf Cik Shima lupa nak amik gambar gerai tu. Pilihan kami serah pada Cik Zul untuk pilih apa yang nak di makan. Salah satu , ikan yang pilih ni ikan ni pelik sikit, warna biru. Kami panggil ikan 'parrot' nama sebenar , Cik shima pun tak tahu. Nak test sebab tak pernah jumpa dan tak pernah makan.  Cara masak, kami serah kan pada tukang masaklah kan. Jom layan gambar . Adus ..teringat ni..terliur lah pulak

 
Seafood sabah






sabah



Sabah




Sabah
Siput




Sabah
Tak tahu kenapa jadi size kut ni...nilah ikan parrot yang telah siap dimasak. Sedap, lupa  nama resepi ni.



Sabah
Ikan Parrot- masak 3 rasa
 
Sabah
Ketam



Harga untuk 5 orang makan termasuk air dan nasi ialah RM150.00 . Bila kami bahagi balik hanya RM30/sorang. Agak-agak kat Semenanjung boleh dapat tak?


Nasi - 5 hidangan
Air- order masing-masing 
Ketam - 3 ekor 
(seperti gambar), penuh satu pinggan
Ikan 'Parrot' - 2 jenis masakan
Sotong - goreng masak kunyit
Siput 



*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.

Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas BahanKimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi0192668244.

Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************

You Might Also Like

0 comments