TRIP SATU HARI DI LUMUT
Tengah buat housekeeping gambar rupanya Cik Shima tak update lagi entri ke TLDM Lumut. Ha, punyalah lama.
Sebenarnya lawatan ke TLDM Lumut ini, Cik Shima ikut lawatan yang dianjurkan oleh Kelab ofis Cik Shima yang di adakan pada 23 November 2017 (Khamis). Bila nama lawatan rasmi, maka pelepasan pun dapatlah. Sebelum tarikh perjalanan, kami diingatkan untuk berpakaian rasmi semasa lawatan. Dalam hati peliklah juga, sebab nak pi melawat Muzium TLDM ja pun. Rupa-rupanya, salah, memang gi melawat kapal betul.
Wah merasalah Cik Shima naik kapal TLDM ni. Kami bertolak dari HSAH ke Lumut pada jam 5.20 pagi. Perjalanan
berhenti seketika di R&R Juru untuk solat Subuh. Sekitar jam
6.30 pagi, kami terus memulakan perjalanan ke TLDM Lumut. Jadual untuk melawat
kapal yang diberikan oleh pihak TLDM ialah jam 9.30 pagi. Kami tiba di
Pengkalan TLDM tepat jam 9.00 pagi. Jika ada mana-mana organizasi atau sekolah nak melawat kapal ni, boleh ja kemukan permohonan rasmi ke TLDM Lumut. Cuma masa tu, kenalah ikut waktu yang ditetapkan oleh pihak TLDM. Jangan suka-suka hati, ikut masa kita.
Sebelum
memulakan lawatan, sedikit taklimat tentang tatacara lawatan telah diberikan oleh
pegawai TLDM. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan melawat KD Lekir dan satu
lagi KD Perantau. Mengikut rancangan asal, kedua-dua kumpulan akan melawat
kedua-dua kapal tetapi atas faktor masa hanya sebuah kapal sahaja sempat untuk
setiap kumpulan. Setelah
melawat kapal , kami terus ke KD Rajawali di mana di sini menempatkan Unit
Udara TLDM.
Selepas
tamat di lawatan TLDM, kami terus ke Restoren D’ Warisan untuk makan tengahari
dan seterusnya ke Pekan Lumut untuk aktiviti membeli belah. Memang best restoren ni, kalau datang lumut, memang wajib singgah. Banyak pilihan lauk, sayur, ulam ulaman. Memang puas hatilah. Lepas makan, kami singgah di masjid 'Adli untuk solat. Dan seterusnya ke pekan untuk sesi membelah belah.
Selepas
solat Zohor di masjid ’Adli, peserta rombongan di bawa ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Pasir Panjang, Segari
. Peserta rombongan berpeluang untuk melihat dan mengetahui cara-cara
penternakan penyu. Difahamkan penyu merupakan salah satu kategori haiwan yang
hampir pupus.
Pak cik yang jaga pusat ni siap pesan, bawalah anak-anak mai melihat penyu di sini. Cuma cik Shima tak pasti lah masa dia. Boleh goole pusat Konservasi Senegari.
Dalam perjalanan pulang, kami
berhenti rehat di Pantai Remis untuk menikmati Mee Rebus Udang Lipan.
Selepas selesai menikmati Mee
Rebus Udang Lipan, kami terus bertolak pulang dan tiba di HSAH jam 9.30
malam.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?
Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan
Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi
0192668244.
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************
3 comments
Wah best dpt naik kapal Tldm ye. Menarik juga Lumut ni. Macam2 ada. Mak ana mesti suka bab beli ikan bilis tu.
BalasPadamMemang best. Betul ikan bilis kat sini murah. Tapi kena survey banyak kedai untuk dapat the best price
PadamAkk g tldm tu naik ape?
BalasPadam