SABAHFEB18-DAY 2 :PERSEDIAAN KE PULAU & JETTY JESSELTON , KOTA KINABALU

03 Februari 2018 (Sabtu)

Okay tentatif pagi ni ialah untuk ke pulau. Kami just decide untuk ambil 3 pulau sahaja iaitu pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. Ini antara pulau yang popular, jika datang ke Sabah.

Pagi ni kami keluar dan terus check out. Selepas ke pulau , kami nak terus ke Kundasang. Nak bermalam di Kundasang. Cik Shima pula, masa ni tetiba rasa nak sakit tekak. Malam tadi, min air limau nipis ais. Cik Shima lupa jap, sebenarnya memang tak leh minum air ni, akan rasa melekit di tekak. Selalunya kalau makan western food atau macam semalam, minum apple ja. Ntah macam mana boleh terorder limau ais tuh. Membuat lah kan,

Konon nak ke Jeti awal, tapi mengingatkan belum lagi breakfast, kami ke kedai dulu, Plan asal, cik Zul sorang saja nak makan sebab yang lain masing-masing kekenyangan. Kesudahannya , bila masuk ja kedai , terus yang lain pun order. Cik Shima just order roti canai ngan air suam.  Lupa pula nak amik gambar dan nama kedai ni. Sedap roti canai dia.


Kuah di lain sikit

Lepas makan, kami terus ke KFC untuk beli makanan sebagai bekalan di pulau. Difahamkan di pulau-pulau tersebut sememangnya ada gerai, tapi harganya double kan. Jadi nak jimat, kami bawa ja KFC. Lepas siap dibungkus, terus ke Jeti Jesselton di Kota Kinabalu.

Sampai di sana, rupanya banyak kaunter.  Tengah dok survey ni ke kaunter mana, ada sorang pak cik tanya kami dan terus bawa ke kaunter di bawah syarikat FATIHA. Tanya pakej dan nampaknya standard ja. Satu pulau RM25, 2 pulau RM35, 3 pulau RM45..maksudnya setiap pulau tambah RM10. Kami cuma ambil 3 pulau sahaja memandangkan selepas itu, kami nak terus bertolak ke Kundasang. Pulau yang menjadi pilihan ialah Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kami tambah RM15.00 lagi untuk peralatan snorkeling.Sambil tunggu bot, sempatlah kami berkenalan dengan foreigner namanya Kelui dari Perancis sementara si Shah pula sibuk melayan assignment. Tengah bercuti, dapatlah pulak assignment, kena submit sebelum pukul 12.00 malam ni. Ha tu dia gigih dak.


Bab Bergambar..hihihihi





Tengah melayan Kelui


Tengah memahami 'assignment' yang diberi






Waktu dalam bot untuk ketiga-tiga pulau, Dah lupa dah yang mana satu ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. :). Sebab tu, boleh nampak passenger lain-lain.




*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************

You Might Also Like

2 comments

  1. Nampak bestnya! Adik ada lah jugak kerap2 mention pasal pulau2 kat Sabah, tengok gambar2 ni terus teringin pulak nak pegi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabah best untuk bercuti. Tenang ja rasa. Jangan lupa baca next entri ya. Citer tak habis lagi ni.

      Padam