SABAH -DAY 2 : PULAU SAPI, PULAU MANUKAN DAN PULAU MAMUTIK (EPISODE 1)


03 Februari 2018 (Sabtu)

Pulau Sapi

Pulau Sapi adalah pulau pertama yang kami sampai. Perjalanannya tidaklah jauh sangat. Lebih kurang dalam 15-20 minit. Sampai di Pulau Sapi, kami kena bayar Entrance Fee. Entrance Fee sekali bayar ja untuk 3 pulau.  Kadarnya adalah seperti berikut :

Malaysians
Adults: RM5 per pax
Children (below 18 years old):
 RM3 per pax
Children (below 6 years old): Free
Senior Citizens: RM3 per pax



Kami bertolak agak lewat sikit, jadi bila sampai di Pulau Sapi , dah ramai orang. Sampai sahaja, kami pun bersiap sedia snorkeling. Shah tak join snorkeling, sebab nak fokus pada assignment . Gigih kan dia. Cik Shima pula sebenarnya fobia sikit dengan snorkeling, sebab tak pandai guna alat dan juga untuk bernafas melalui mulut. Atul pun sama. Ambil masa sikit nak masuk ke dalam laut. Hihihi..sementara kami berdua nak ambil mood, En.Zul dan Yati jalan dulu.  Dengan bantuan En. Zul dan Yati, kami berdua cuba juga. Tapi at last, Cik Shima surrender sebab air dah masuk mulut. Tekak jadi semakin sakit. 

En. Zul dan Yati bagitau pemandangan kat bawah tak cantik. Banyak yang dah rosak. Last-last , kami belajar apungkan badan, kuak lentang..hihihihi. Dah penat, Cik Shima naik atas untuk rileks dan menikmati pemandangan sekitar. Shah join gak, ujung-ujung. 10 minit sebelum kul 1.00 petang, kami bergerak ke Jeti untuk bertolak ke Pulau Manukan pulak. 

Best-bestnya sampai2 kat Jeti, diaorang marah kami sebab katanya bot kami dah berlepas jam 12.30 tenghari. Shah bgtau di tiket tulis pukul 1.00 petang. Aiyoo...apa ini macam da. Okay, dah diaorang tengok tiket, so diaorang suruhlah kami tunggu untuk bot seterusnya. Apa yang Cik Shima perhatikan, kena perbaiki lagi cara pengurusan bot ni. Di Jetty kat KK okay, cuma bila sampai di pulau-pulau ni agak berserabut sedikit.








Sambil tunggu diaorg snorkeling, kita makan dulu


PULAU MANUKAN


Seterusnya bergerak ke Pulau Manukan, kali ni tukang bot pesan siap-siap suruh kami tunggu jam 2.30 petang kat jetty. Nak bergerak ke Pulau Mamutik jam 3.00 petang. Sampai di Pulau ni, Cik Shima suka dengan view. Lagi cantik dari Pulau Sapi. Ni Cik Shima punya pendapatlah kan. 

Di Pulau ni, Cik Shima n Atul hanya menikmati pemandangan sahaja., sambil berposing-posing. Malas dah nak snorkeling. Shah macam biasalah kan, sibuk dengan assignment dia.  Yati dan En. Zul sahaja yang snorkeling. 




Kerusi ini hanya untuk penyewa chalet sahaja








Kelapa Laut






2.30 petang kami pun bergerak ke jeti. Tetiba2 Yati terima call dari anak bot tanya kami di mana. Kami pun cakap  ada di Jetty.


PULAU MAMUTIK

Kami bertolak pulak ke Pulau Mamutik, last pulau. Sampai-sampai, orang makin ramai dan mungkin ada function di pulau ni sebab ada khemah terpasang. Macam ala-lala kemah kenduri.

Ombak air laut di sini agak kuat berbanding 2 pulau tadi. Jadi kami decide tak snorkeling. Dalam 3 pulau, Cik Shima suka pulau ni. Mungkin view dia kut. Siap ada tempat untuk mandi dan tandas yang lebih proper untuk salin pakaian.  Tapi kami dah di pesan oleh abang bot, jangan tukar lagi sebab nanti nak balik, takut baju basah. Okey.

Kat Pulau ni, ada  disediakan meja dan kerusi untuk tempat duduk. Shah teruskan study, coach by Atul. Hihihhi, tak habis lagi dengan assignment dia. Malam ni sebelum kul 12.00 malam nak kena submit.

Kat Pulau ni, kami hanya rehat dan menimati pemandangan sekeliling. Memang cantik pulau ni.


Bolywood Style









 

Istirehat

Jam 4.00 petang kami pun menunggu di Jetty dan bermula lah kisah kami berlima di pulau ni.

Nak tahu apa yang terjadi pada kami..tunggu next entri ya.


*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Nurul Gold dibuka.

**********************************************************

You Might Also Like

3 comments

  1. Harga bayaran masih sama macam 8 tahun lepas. Keindahan pulau pun masih terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulau cantik cuma sayang coral dia banyak rosak...kena pijak

      Padam
  2. seronok pergi pulau ni pastu snorkeling part tak best tu nanti sunburn hihih

    BalasPadam