SABAH -DAY 3 : KUNDASANG - BENSIN HOMESTAY



Sabah Tea

Dah amik gambar bagai kat Sabah Tea ni, kami pun turun untuk bertolak balik ke Kundasang. Tetiba kami sampai satu tempat ni, cantik pulak pemandangan di tepi jalan. Berhenti kereta dan terus amik gambar. Masa ni Cik Shima masih lagi unhappy, dok fikir kat mana nak cari cable. Maklumlah area Kundasang ni kedai susah sikit. Kalau ada pun tutup awal.








Makan malam , kami decide nak makan KCF. Itu sahaja pilihan yang ada. Kat Ranau dan Kundasang ni, memang banyak KFC. Nak makan kat kedai, risau pulak tutup awal .Dah tapau ayam KFC, kami pun bergerak. Entah macam mana, on the way balik tu, kami tertarik dengan gerai-gerai sayur ni. Berenti singgah. Mak aii fresh gila . Dah la fresh, murah pulak. Uish, kalau tak pikiaq naik kapal terbang, memang borong sayurlah citernya.

Kami call Bensin, tanya ada tempat untuk masak ada atau tak. Katanya ada, apalagi belilah juga, habuan untuk rasa. Misi seterusnya, mencari cable. On the way, ternampak mini market. Kami singgah . Alhamdulillah, kat mini market tu ada jual cable phone. Rasa macam mahal sikit, tapi dah terdesak, belilah juga.  Mahal pun mahal lah. sambil yang lain shopping perencah untuk sayur.




Sampai di Bensin, dapat kunci, terus check in. Bilik kat Bensin ni letak ditepi cerun. Ada bilik  di atas dan ada di bawah. Jadi bilik kami di bawah, jadi mau tak mau kena turunlah tangga. Junam lah juga. Sampai ja kat ruang masak, kami letak ,makanan dan  terus masuk bilik. Tukang masak kami sapa lagi kalau tak chef Zul lah kan, Sementara tu Cik Shima mandi dulu. Lagi sekali, air panas tak panas. jadi kena mandi air sejuk jugalah. Dah selesai semua, Cik Shima kuar , sayur dah sampai. Malam tu, sayur yang laku dari ayam KFC tu. Nasib baik Cik Shima beli yang 1 set ada ayam seketul ja,



Jangan risau, dah ditampal notis dah, makanan tidak halal tidak benar digunakan.


Pemndangan dari atas. Tak nampak apa pun.



Tunggu ya, entri seterusnya Day 4.


*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik.
Page FB : Shampoo Santan ->>Klik Sini  atau
Page FB :Tonik Rambut Bayam Nurul Gold Utara
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Tonik Rambut Bayam dibuka.
Hubungi 0192668244.
**********************************************************
 


You Might Also Like

0 comments