SABAH -DAY 3 : KUNDASANG - PEKAN KUNDASANG
04 Februari 2018 (Ahad)
Bensin Homestay & Pekan Kundasang
Alhamdulillah, demam Cik Shima makin kebah. Dah kurang panas. Kami gerak lewat sikit.
Sebelum keluar, kami minta izin dari owner homestay untuk sidai baju di ampaian kosong. Di sini, ada ampaian, cuma tak pasti untuk tetamu atau persendirian.Tapi dah adat, minta izin dulu la kan.
First destinasi kami ke Bensin Homestay, nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu dari sini. Shah kata cantik.
Cantik, tapi masa ni awan dah tutup |
Ni nombor fon homestay |
Setelah berbincang, kami buat keputusan untuk tukar penginapan. Kami call Bensin dan kebetulan untuk malam ni ada kosong. Jadi kami akan check out dari Kundasang In. Tapi sebelum tu, kami cari makan dulu di Pekan Kumdasang. Pekan Kundasang ni pekan kecil. Bolehlah kalau nak beli apa2 yang perlu. Semua kedai area sini tutup jam 6.00 petang.
Kebetulan ada pasar di pekan ni, macam pasar hari tu. Cik Shima hanya beli buah dan minta share dengan Atul nasi yang di balut dengan sejenis daun. Dalam tuh, ada nasi ja. Lauk boleh pilih nak letak lauk apa. Tekak tak baper selera, jadi Cik Shima ikut ja apa yang atul pilih. Nasi pun nak makan sebab terpaksa makan.
Dah selesai membungkus , kami ke sebuah restoren kat situ, nak tumpang makan. Dah tumpang tu, air kami order kat restoren tu lah kan. Adat menumpang . Selesai makan, Cik Shima ke mini market, nak cari panadol. Badan dah mula rasa panas . Lega, panadol ada di jual. Apalagi, terus beli & telan 2 biji.
Dah selesai isi perut, kami ke Kundasang Inn untuk ambil baju yang disidai tadi dan terus check out. Sepatutmya malam ni, kami menginap di sini tapi plan dah bertukar. Dan destinasi seterusnya ialah Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang
Sedikit Review tentang Kundasang Inn.
Okay untuk bermalam. Cik Shima tak pasti untuk bilik yang family. Tapi untuk 2 orang, tak ada masalah. Cuma masalah kat sini, air panas pada masa Cik Shima gi memang tak berfungsi. Jadi, kenalah tahan mandi dengan air sejuk.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?
Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan
Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi
0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan &
Nurul Gold dibuka.
**********************************************************
4 comments
Ya Allah
BalasPadambest nya pengalaman disana
antara tempat yang saya teringin nak pergi
harap berpeluang
amin
In shaa allah. Moga satu hari nanti, hans akan sampai juga. Memang best sana, tenang sangat. Nantikan entri seterusnya ya.
Padamx nk la stay kat kundasang inn tu...tak sanggup nk mandi air sejuk grrr
BalasPadamhihihi...mau tak mau kami redah ja..sampai dah lewat..
Padam