SABAH -DAY 2 : PULAU SAPI, PULAU MANUKAN DAN PULAU MAMUTIK (EPISODE 2)

Sambung semula cerita di Pulau .

Dah ready tunggu di Jeti jam 4.00 petang, tunggu punya tunggu, bot tak sampai2 lagi. Akhirnya Yati call no yang call kami tadi, katanya lewat sikit. Dalam 20 minit sampai. Kat jetty, dah makin ramai. Tapi sekejap ja susut dari satu grup ke satu grup.

Akhirnya sampai juga bot kami, tapi katanya tak cukup untuk kami berenam, sorang saja. Jadi dia minta Kelui naik bot tersebut dan minta kami berlima tunggu lagi. Nanti ada bot akan datang amik. 

Jam sudah melewati jam 5.00 petang, bot yang ditunggu masih belum sampai. Pelancong semakin lama semakin kurang. Lagi sekali Yati call, katanya lagi 10 minit. Tunggu punya tunggu, tak sampai sampai sampai juga. Awan makin gelap, tanda hari nak hujan. Angin pula sudah mula rasa semakin kuat. Akhirnya tinggal kami bertujuh di pulau tersebut. Ada lagi sepasang pasangan. Hujan mula turun . Cik Shima berlari ke pondok untuk berteduh.  Badan Cik Shima pula dah  rasa seram sejuk. Dah nak demam. Tambah-tambah  Cik Shima memang tak tahan sejuk.




Bot yang ditunggu masih belum tiba. Hujan makin lebat. Awan makin gelap. Ombak pula makin kuat. Hanya kami bertujuh sahaja di pulau Mamutik tu. Akhirnya, kami bergerak ke pondok pertanyaan kerana tempias hujan makin kuat. Cik Shima memang dah semakin sejuk. Rasa mengigil dah. Luar sejuk, dalam rasa panas. Muka dah rasa merah macam kena bakar. Comfirm dalam hati kata " Aku dah demam ni". Akhirnya dari jauh, nampak bot datang. Hati berkocak gembira sebab rasa nak cepat-cepat sampai ke KK. Malangnya bot tu untuk ambil pasangan tersebut sahaja. Kami kena tunggu bot lain. Allah. Pujuk hati bersabar, sebab badan dah rasa tak berdaya. Kepala pun rasa dah lain macam. Tapi Cik Shima kuatkan semangat demi kawan-kawan.


Hujan semakin lebat dan awan semakin hitam. Hanya kami berlima sahaja di pulau tersebut. Akhirnya lagi sekali Yati call untuk comfirmkan boleh datang ambil kami atau tidak dengan keadaan cuaca hujan dan ombak .. Katanya tunggu , diaorang boleh ambil. Akhirnya dalam jam 6 lebih, bot yang ditunggu sampai.




Sampai di Jetty KK, kami terus ke toilet untuk mandi dan tukar pakaian. Kat Jetty ni tak ada shower room, bilik biasa saja, Tapi apa nak buat, dah keadaan terpaksa. Cuma Cik shima harap, pada masa akan datang adalah tempat persalinan di jetty ni. Mana tau, ada yang tak tukar pakaian, bolehlah tukar dengan selesa.

Sempatlah singgah sini jap. Asal nak makan di sini, tapi tiada yang menarik.

Pemandangan dari Menara





Lepas siap, kami terus cari dinner. Nanti sampai di Kundasang, susah nak cari makan. Cik Shima tak sure Shah bawa kami ke mana, tapi ada satu kedai. Tak silap dekat dengan sebuah masjid. Sedap makan di situ. Waktu ni hujan  makin lebat. Ikutkan Cik Shima dah tak selera nak makan. Tapi paksa diri juga. Nasi goreng kampung kedai tu mampu membuatkan Cik Shima makan dengan habih dengan keadaan Cik Shima yang dah demam ni. Amazing tak?


Lepas makan, kami terus bertolak ke Kundasang. Sepanjang jalan Cik Shima memang tidur dalam kesejukan . Dah tahan sebenarnya .Dalam hati berzikir dan berdoa cepat sampai ja. Shah slow aircond, tapi tetap rasa sejuk. Sampai satu masa, Shah buka tingkap Angin luar lagi sejuk. Cepatlah sampai. Sebenarnya menyesal juga tak bawa coat yang Cik Shima selalu pakai. Dan kali ni, satu ubat pun Cik Shima tak standby. 

Sampai di Kundasang, kami terus ke Bensin Homestay. Lagi satu dugaan datang. Shah call homestay kata kami dah sampai, malangnya dia bgtau tiada tempahan dibuat. Dan bilik pun tiada. Oh My God. Lastly, kami terus ke Kundasan Inn.  Bilik untuk bertiga tiada, yang ada hanya untuk 2 sahaja. Jadi tak palah kami amik ja. Sebab malam pun lewat, asalkan boleh berehat.

Masuk saja bilik, Cik Shima terus mandi. Mandi dengan air sejuk di waktu malam. Wow....Heater tak berfungsi. Terpaksa lah juga mandi. Atul dan Yati pesan suruh mandi lama, sebab badan Cik shima dah panas. Tapi Cik Shima tak mampu. mandi setakat perlu sahaja. Lepas mandi, Cik Shima terus solat dan tidur. Sepanjang malam, Cik Shima letakkan towel kecil yang di basah atas kepala untuk turunkan suhu. Dan Cik Shima rasa bersalah pada Yati kerana pada malam tu, Yati tidur bawah. Kesian dia. Huhuhuhu. 



*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Nurul Gold dibuka.

**********************************************************







You Might Also Like

1 comments