EKSPEDISI GUA GENDANG, PERAK

1 September 2018, Sabtu

Tibalah hari yang dinantikan. Kami semua berkumpul di HSAH. Kali ni tak amik bas, kami  car pool. Cari partner sendiri. Jadi Cik Shima  tumpang kereta kawan. Satu kereta 6 orang-Zaharah, Kak su, Emy, Sarah, Cik Shima dan Ummi.

Kami bertolak lebih kurang pukul 7.00 pagi. Sampai di Baling, kami bersarapan dulu. Tak ingat apa nama tempat, tapi depan Gunung Balinglah. Ada juga yang  tanya kami, nak naik Gunung Baling ka. Maklumlah masing-masing pakai pakaian ala-ala nak panjat gunung.

Jom ke Gua Gendang.  Bab posing nombor satu

 
Jom posing sebelum ke Gua Gendang


Dah habis bersarapan, kami pun bertolak ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam. Ada pegawai dari JPAM yang akan mengikut kami.  Pegawai JPAM ada  tanya nak masuk Gua Itik sekali tak, kami tak mau sebab dah mindset dalam kepala nak masuk Gua Gendang saja.

Sebelum memulakan ekspedisi, kami diberi sedikit taklimat, antaranya jaga perkataan, jangan bising sangat dan juga jangan ambik barang di dalam gua. Cuak dak dengar. Hehehhee. Selepas di beri taklimat, kami mula meredah hutan untuk ke sampai pintu gua.  Laluan hutan, laluan  bertangga kami lalui, jalan agak licin sikit, jadi terpaksa berhati-hati. Ada juga yang kami terpaksa pegang pada tali.
Dah mengharung segala bagai, akhirnya sampai juga kami di pintu masuk gua,

Lawa Lagi masa ni












Sini, Cik shima rasa tetiba hilang konfiden, Nak masuk pintu gua kena lalu tangga yang berkayu  secara mengundur. Tangga tersebut pula tergantung dan bergoyang. Betul-betul kena berhati dan pada masa ni, baru Cik Shima tahu, ada juga persaan takut. Gayat rupanya. Ada lebih enam atau tujuh anak tangga nak kena turun, sampai anak tangga ketiga, kaki tak leh gerak. Ketat lutut. Nasib baik member ada di bawah, bagi tips dan cara-cara yang betul dan semangat. Cuak ooo. kaki tak leh gerak.

Nak Masuk Pintu Gua

Dah masuk, dari pintu gua, kami dah mula kena harung air. Memang sejuk air tersebut. Ada sesetengah tempat, air cecah paras pinggang. Sehingga sampai satu kawasan, kami terpaksa merangkak. Lubang tersebut kecil,muat sorang-sorang. Kena merangkak atau jalan itik. Awal-awal Cik  Shima jalan itik, last-last penat, Cik Shima merangkak jugaklah. Kenalah batu-batu sedikit. Tak ingat berapa meter kami merangkak, akhirnya sampailah kami pada tempat yang boleh berdiri. dan sampai di sini, dah boleh jalan seperti biasa. Air tetap kena harung.


Dalam Gua

Dalam Gua

Dalam Gua



Memang best sangat suasana dalam gua, sejuk. Patutlah team budak yang sesat kat Thailand boleh survive berhari-hari. Secara logiknya, musuh mereka cuma kekurangan bekalan air minuman, cuaca dan  banjir. Berada di dalam gua, apa yang penting perhatikan keindahan keindahan dan kecantikan Gua Gendang. Ikutkan suasana dalam gua gelap, tapi bila masing-masing dah pakai headlamp, jadi tak lah gelap.  Cik Shima pakai juga head lamp, sebab senang bergerak. Kalau torchlight kena pegang, payahlah pulak.  Tapi torchlight stand bylah juga dalam beg, mujur lah juga, sebab tetiba torchlight Umi tak berfungsi, jadi Cik Shima pun pinjamkan yang Cik Shima punya.
  
Sampai pada satu kawasan, pegawai JPAM suruh kami padamkan lampu dan duduk diam-diam. Emm, tapi tak jadi juga, bila dah ramai-ramai. Tujuannya adalah untuk menikmati bunyi gendang yang dihasilkan samada melalui angin atau air di dalam gua tersebut. Bagi mendapatkan bunyi tersebut, memang kena betul-betul hayati, tapi tak dapatlah sebab ada yang buat bising.








Agak lama berehat di situ dan akhirnya kami bergerak menuju pintu keluar. Jumpa lagi air ala-ala air terjun. Best ja . rasa nak mandi tapi rasa malas nak basahkan baju, jadi just duduk dan ambil gambar.
Laluan balik tak sama seperti laluan datang. Masa balik, kami lalu kebun getah sehinggalah jumpa jalan besar menuju ke check point pertama tadi.



Dah Keluar Gua



Main tarik-tarik




Alhamdulillah selesai sudah ekspedisi ni. masa balik kami sempatlah singgah di restoren Ad Nani Ikan Bakar. Best sangat restoren ni. Cik Shima suka menu dia. Sampai rumah, mandi, solat dan pas tu amik stokin vken pakai dan tidur. Rehat sebelum masuk waktu Asar.



Keletihan

Suka Ulam

Restoren Ad Nani Ikan Bakar


Balik rumah, terus sarung stokin ni , best sangat



Selepas beberapa hari, baru tau, laluan yang kami guna tu dah lama orang tak lalu. Laluan yang selalu digunakan ditutup. Jadi, pada masa kami pergi, kiranya team kamilah yang start balik guna. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan selamat.



LIHAT JUGA PERSEDIAAN AWAL KE GUA GENDANG

You Might Also Like

0 comments