SABAH - HARI TERAKHIR

Pejam celik-pejam celik, rupanya terlupa nak update entri terakhir Sabah.

Selepas  bersesi gambar di Jambatan Tamparuli -> Entri sebelum ini

SABAH DAY 4 - KINABALU PARK , PEKAN NABALU & JAMBATAN TAMPARULI

kami bergerak ke rumah terbalik. Konon-konon nak masuk, tapi tak jadi sebab tak dibenarkan bergambar di dalam.

sabah
Rumah Terbalik Sabah
 
        
Jadi kami terus bergerak dan terjumpa gelari Chenteek ni. kami terus singgah. Di sini boleh ambil gambar dengan memakai pakaian tradisional diaorang. Tapi Cik Shima tak jpin, malas nak bertukar-tukar baju.



tempat menarik sabah


sabah




Ada lagi gambar di sini, tetapi  hilang dalam koleksi. Nanti Cik Shima update ya. 

Lepas tu kami terus bergerak ke Kota Kinabalu. Penerbangan ke Pulau Pinang, malam ni. Sampai di KK, kami terus singgah di masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Masjid ni kami dah nampak semasa dalam perjalanan datang dan memang ada niat nak singgah di sini.

Ramai pengunjung dari dalam dan luar negara datang. Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk bersolat di sini. Cantik sangat. Teringat pulak Masjid Putrajaya.


sabah





Selepas solat, kami terus bergerak ke kedai makan. Cik Shima tak ingat kat mana, tapi kedai ni memang best. Sedap sangat, tak tahulah kut lapar atau apa. Harga pun okay.


Lepas makan, kami terus ke pasar Filipino untuk shopping. Kali ni datang just untuk cuti, jadi tak adalah niat untuk shopping sangat. Cik Shima hanya beli kuih cincin dan brooch sahaja. Perhiasan mutiara dan kristal memang tak beli, sebab dulu dah pernah datang, beli banyak-banyak...balik tak pakai pun. Simpan buat pekasam.

Lepas tu, kami terus ke Pantai Tanjung Aru untuk berehat sementara menunggu waktu untuk ke airport Kota Kinabalu.


sabah
Cantik Susunan Jeruk
 



Selepas melepak di sini, kami terus ke airport untuk penerbangan ke Pulau Pinang.

~SAYANORA SABAH, JUMPA LAGI~

Bagi Cik Shima, Sabah sebuah negeri yang sesuai untuk bercuti bagi merehatkan minda.




You Might Also Like

2 comments

  1. Rumah terbalik tu macam pelik juga xboleh amik gambar. Padahal biasa je kan. Tp sabah memang best especially kundasang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru perasan komen..sorry..ya ana..tu yang kami pelik

      Padam