SABAH DAY 4 - KINABALU PARK , PEKAN NABALU & JAMBATAN TAMPARULI



Terlupa entri Sabah belum habis. Hihihihi..

Day 4 ni adalah hari terkahir kami di bumi Kundasang. Flight malam jadi kami akan bertolak dari sini dan terus ke Kota Kinabalu. Flight malam.

Lepas checkout, kami memulakan perjalanan ke Kinabalu Park, tempat para pendaki memulakan pendakian. Di sini juga terdapat tugu peringatan untuk nama-nama yang meninggal semasa gempa bumi yang melanda Kinabalu.




Dalam perjalanan, sempat bergambar bersama trade mark Kundasang










Dah puas berada di sini, kam terus bergerak ke Kota Kinabalu. Dan akan singgah beberapa tempat yang menarik sepanjang perjalanan. Yang ni, memang main terjah ja. Apa yang ada dalam kepala.

Pekan Nabalu 

Pekan Nabalu merupakan salah satu tempat yang agak popular. Di sini, kedai tak lah banyak. Jual cenderamata. Baju boleh beli, agak berpatutan juga. Souvenier-souvenir lain agak mahal. Tapi bagi yang tak kisah tentang harga, bolehla ja grab. Tapi pada Cik Shima, terfikir juga kenapa souvenier Malaysia agak mahal harganya, berbanding jika kita beli souvenier di luar negara? 







JAMBATAN TAMPARULI

Kalau datang sini, memang ramai pelancong akan singgah. Bolehlah, kalau datang untuk ambil gambar di atas jambatan ni. Cantik. Tapi sebenarnya jambatan tamparuli ini ada kisahnya yang tersendiri. Kalau korang baca kisahnya, mesti korang tak nak bergambar. Tapi dalam era moden ni, kisah-kisah tersebut akhirnya lenyap ditelan arus pembangunan. Dah tiada rasa apa kan.






 

You Might Also Like

0 comments