THAILAND DAY 2 : ASEAN NIGHT BAZAAR (EPISODE 3)


Bermalam di Hatyai, kami bermalam di S.C Heritage Hotel. Hotel ni tidaklah secantik semasa kami menginap di Danok. Hotel sana lagi best lah. Tapi tak pa, just untuk stay 1 malam untuk tidur tiada masalah.



 Lepas check in, mandi dan solat, kami keluar untuk makan. Kali ni target ke Asean Night Bazaar.



Sapa kaki shopping, boleh shopping kat sana. Baju untuk yang badan bazar pun ada size.  Cik Shima, memang bukan kaki shopping, jadi tak lah membeli sangat. Lagipun, tengok harga pun macam lebih kurang ja kat Malayisa.

Usha dulu apa yang patut, nanti lepas makan, beli barang. Kami naik tingkat atas bahagian makanan. Memang best makanan di sini. Banyak pilihan. Cik Shima duk nampak seafood especially pinggan ydang, rasa nak amik dah, tapi memandangkan keadaan perut yang kurang selesa akibat laksa petang tadi, Cik Shima tak berani tanggung risiko. Risiko kedua, Cik Shima ada alahan kepada udang-udang tertentu. Jadi akhirnya , Cik Shima batalkan hasrat untuk makan udang.

Nak makan nasi pun tak leh masuk dah, at last Cik Shima amik sontam.

Sotam


Semangkuk, nampak  ja sikit tapi banyak. Memang tak nyesal. Sedap . Air memang minum air masak ja. Dah rasa dehidrat .Lepas makan turun bawah, shopping balik.


Dari parking nak ke Asean Night, akan lalu lorong-lorong . Dah macam pasar malam. Sempatlah kami lepak sambil makan aiskrim dalam kelapa dengan nenas. Depa kata manis, Cik Shima pun beli jugaklah, mak aii...salah faham..dia bagi Cik Shima sebiji  nenas. Manis tu manis, tapi Cik Shima rasa macam Cik Shima pernah makan lagi manis.


Dah tinggal sikit, sampai esok baru habis
Malam tu juga, kami tukar lagi duit kat Money Changer. Dasyat orang Malaysia, sampai habis duit kat Money Changer.

Lepas tu, terus balik hotel dan rehat. Sambung esok untuk hari yang terakhir.

You Might Also Like

2 comments

  1. Wow.. over budget sampai kena ke money changer... MZ pun pernah jugak masa kat Krabi

    BalasPadam