THAILAND DAY 2 -CHANG PUAK CAMP, MASJID SONGKHLA, FLOATING MARKET (EPISODE 2)

Tahun baru, tak habis lagi episde Thailand no, punyalah  berzaman.

Chang Puak Camp


Lepas dari Samila Beach,  terus sambung ke Chang Puak Camp. sapa nak naik gajah, bolehlah datang sini . Cik Shima tak dak pun plan nak naik sebab duk dapat posting bagaimana cara diaorg training gajah ni, tak sampai hati la pulak nak naik.

Tapi datanglah jugak ke sini, sebab tak complete pulak dah datang Thailand yang terkenal dengan jolokon Negara Gajah Putih , tak datang pulak ke tempat gajah, ye dak.

Harga Tiket

Masa Sampai sini, hujan. Lembap sikit jalan


Pelantar gajah



Masjid Songkhla

Selepas tu, terus kami ke Masjid Songkhla untuk solat . Masjid nicantik juga, cuma dari segi maintenance kawasan sahaja kurang memuaskan. Alhamdulillah, diizinkan juga untuk solat di sini, lepas solat sempatlah bergambar .

Kebetulan , tema ala-ala pink.










FLOATING MARKET

Dari sini, kami terus ke Floating Market. Sampai sini, Cik Shima tetiba blur tak tahu nak makan apa. Sini, sebenarnya adalah syurga makanan.

Laksa Thailand

Tu lah, padahnya tak set nak makan apa kan, last-last sekali blur. Cik Shima pusing-pusing, sekali tertariklah kat satu ni. tanya orang sebelah (orang Kelantan), dia kata laksa Thailand. ha, Cik Shima ni pantang dengar perkataan laksa, dah hantu laksa kan. Tambah-tambah pulak tak pernah rasa laksa Thai lagi kan.
Ada tiga jenis  kuah. Orang Kelantan, bagitau dia amik kuah ala kari, katanya sedap. Cuma pedas sikit lah. Okay orang Kelantan kan, mesti suka makan manis, bila dia kata pedas, sedap, agak-agak korang Cik Shima try tak, of courselah kan. So, amik satu. Lupa nak amik gambar laksa tu.

Gambar ihsan Google : Cik Shima amik kuah kanan tu

Sekali makan, mak aiii...pedas yang teramat. Ditambah rasa daun apa ntah, tak leh telan. Huhuhu...dan akibat kepedasan laksa ni, Cik Shima tak berani dah nak makan makanan yang lain. Dalam erti kata, mood Cik Shima  memang dah ke laut. Perut pulak dah mula rasa something. Memang Cik Shima tak boleh proceed, nanti apa-apa hal jadi, susah.

Lepas makan laksa tu (tak habih gak), Cik Shima minum ja air kelapa dan terus bersiar-siar area situ. 
Rasa rugi jugaklah, sebab memang datang nak makan kan. Tapi tak palah, mungkin rezeki lain kali kut.








Episode seterusnya - Thailand Day 2 - Dinner 





**********************************************************
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.

*Produk Vken Trave l  - Stokin, Knee Pad, Wristlet*

**********************************************************
 






You Might Also Like

0 comments