TIPS HAFAL AL-QURAN
TIPS HAFAL AL-QURAN
.
1. LEPAS ASAR: Baca (tengok) betulkan tajwid
2. LEPAS MAGHRIB: Mula hafal dan fokus!
3. LEPAS SUBUH: Ulang hafalan semalam, baca kembali depan
kawan dan jangan salah!
4. LEPAS ISYAK: Ulang (murajaah) hafalan semalam sampai
lancar.
.
.
PERINGATAN!
.
1. Tinggalkan maksiat agar mudah menghafal!
Tengok movie, bacaan lagha, wasap mengarut, video lalai,
gelak sakan, kutuk kawan, lambat solat dan lain-lain.
.
2. Digalakkan guna Al-Quran yang bersaiz BESAR. Kerana bila
kita menghafal pandangan kita kepada mushaf akan lebih jelas dan luas. Al-Quran
KECIL sesuai digunakan ketika murajaah sahaja. Tak digalakkan guna untuk
menghafal dikhuatiri tak nampak huruf disebabkan tulisannya yang kecil.
.
3. Ketika menghafal lontarkan SUARA dengan KUAT (bukan
menjerit), ini kerana bila kita menghafal dengan mengeluarkan suara yang kuat
secara tidak langsung kita menggunakan dua kemahiran. Hafal dengan cara MEMBACA
dan MENDENGAR.
.
4. Jangan 'berani-berani' nak HAFAL berseorangan tanpa ada
yang 'menilai' (menyemak) bacaan kita sekalipun kita seorang Quraa' yang hebat!
Dikhuatiri bacaan kita salah, tertambah atau tertinggal
huruf. Contoh: وﻻ تسألوا kita baca وﻻ تسألون.
.
5. Selepas hafaz, pastikan hafazan kita itu disemak oleh
sahabat-sahabat. JANGAN MALAS!
.
6. Hafazlah dengan bacaan yang PALING BAIK kerana
kebiasaannya hafalan yang pertama ini akan menjadi 'bacaan kekal' kita.
.
Jika baik hafalan kita, baiklah ia hingga ke akhirnya. Jika
buruk dan cacat hafalan kita, maka buruk dan salahlah bacaan kita.
.
7. Pastikan niat hafal Al-Quran kita betul!
Upgrade sikit niat kita. Andai hafal Al-Quran sebab nak exam.
Habis exam CONFIRM Al-Quran hilang.
.
Tapi kalau hafal niat untuk tambah koleksi 'ayat hafazan'
kita, exam gagal pun Al-Quran still ada dan tak lari. Tak percaya? Cubalah!
.
8. Al-Quran bukan milik kita! Kalau kita permainkan dia
dengan niat untuk cari makan, lulus exam dan lain-lain pastinya Allah takkan
benarkannya duduk dalam hati kita. Percayalah!
.
9. JANGAN BERANI nak hafal 'ayat baru' selagi kita tidak
betul-betul ingat ayat sebelummya!
.
10. HP JANGAN LETAK TEPI! Letak jauh-jauh!
Ya! Letak jauh dari pandangan mata dan hati.
.
11. Dah seronok hafal, jangan lupa untuk MENGAMALKAN apa yang
ada dalam Al-Quran. Berakhlak dengan akhlak Al-Quran, setiap tutur kata dijaga
dan gurauan tidak berlebihan kerana lidah dan mulut kita 'mempunyai kesan' dari
ayat-ayat Al-Quran. Peliharalah lidah kita agar mudah untuk melantunkan kembali
ayat suci Al-Quran
.
Mana mungkin seorang penghafaz Al-Quran bercakap perkara yang
sia-sia, lagha, mengumpat dan apatah lagi mencarut?! Nauzubillah.
.
Semoga Allah permudahkan kita semua untuk MENAMBAH 'Koleksi
Ayat Hafazan' kita. Jika sebelum ni di dalam solat kita kerap baca والعصر
dan قل هوالله. Upgrade sikit dengan surah lain, agar solat kita itu semakin
indah dan cantik!
.
Sekadar perkongsian ringkas dari diri yang lemah.
.
Kredit : Muhd Bazli Zakaria
Khadam Kepada Al-Quran
0 comments