Australia - Hotel Batman Hill & Restoren Blok M



Abaikan masa yang tertera pada gambar - Hadapan hotel
Di Australia, kami menginap di Melbourne Hotel Batman Hill on Collins. Ramai juga rakyat Malaysia menginap di hotel ini.  Yang bestnya, hotel ini memang strategik kerana lokasinya terletak berhampiran dengan stesen tram. Jadi senang juga untuk kemana-mana . Selain itu, makanan halal juga senang diperolehi di sekitar hotel ini terutamanya kebab.

Hampir setiap malam jugalah kami makan kebab. Selain itu, terdapat juga pasaraya berhampiran. Kalau nak beli apa-apa, senanglah. Cuma yang tak bestnya tentang hotel ini adalah sarapan pagi. Tengah-tengah nak ambil makanan, sekali nampak bacon. Huhuhu terbantut selera



Alhamdulillah, semasa bercuti di sana, terjumpa dengan Faizatul (my ex-schoolmate), dialah yang banyak membantu. Kiranya dialah jadi duta 'Jakim' kami semasa kami  kat sana. Apa food yang boleh dimakan, restoren mana yang okay.

Restoren Blok M adalah salah satu restoren yang diperkenalkan. Restoren ni restoren indonesia. 

Memang best gila. Masakannya agak pedas, tapi  sedap. Dari hotel kami , dah boleh naik tram ke situ. Paling best dan tak lupa, resepi ikan belado..



Menurut Faizatul, kena hati-hati juga dengan restoren di sana. Kadang-kadang memang ada logo halal, tetapi bila tengok dalam menu, ada bacon.  Ada satu restoren masakan cina di melbourne. Tak ingat nama apa restoren tuh, restoren tu memang ada halal tapi ada bacon jadi kena hati-hati.




*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244  untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************


Lihat Juga :

Persediaan ke Melbourne
Hari Pertama - Melbourne



You Might Also Like

0 comments