TRIP SATU HARI DI LUMUT



Tengah buat housekeeping gambar rupanya Cik Shima tak update lagi entri ke TLDM Lumut. Ha, punyalah lama.

Sebenarnya lawatan ke TLDM Lumut ini, Cik Shima ikut lawatan yang dianjurkan oleh Kelab ofis Cik Shima yang di adakan pada 23 November 2017 (Khamis). Bila nama lawatan rasmi, maka pelepasan pun dapatlah. Sebelum tarikh perjalanan, kami diingatkan untuk berpakaian rasmi semasa lawatan. Dalam hati peliklah juga, sebab nak pi melawat Muzium TLDM ja pun. Rupa-rupanya, salah, memang gi melawat kapal betul.

Wah merasalah Cik Shima naik kapal TLDM ni. Kami bertolak dari HSAH ke Lumut pada jam 5.20 pagi. Perjalanan berhenti seketika di R&R Juru untuk solat Subuh.  Sekitar jam 6.30 pagi, kami terus memulakan perjalanan ke TLDM Lumut. Jadual untuk melawat kapal yang diberikan oleh pihak TLDM ialah jam 9.30 pagi. Kami tiba di Pengkalan TLDM tepat jam 9.00 pagi.  Jika ada mana-mana organizasi atau sekolah nak melawat kapal ni, boleh ja kemukan permohonan rasmi ke TLDM Lumut. Cuma masa tu, kenalah ikut waktu yang ditetapkan oleh pihak TLDM. Jangan suka-suka hati, ikut masa kita.


Lumut




Sebelum memulakan lawatan, sedikit taklimat tentang tatacara lawatan telah diberikan oleh pegawai TLDM. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan.  Satu kumpulan akan melawat KD Lekir dan satu lagi KD Perantau. Mengikut rancangan asal, kedua-dua kumpulan akan melawat kedua-dua kapal tetapi atas faktor masa hanya sebuah kapal sahaja sempat untuk setiap kumpulan. Setelah melawat kapal , kami terus ke KD Rajawali di mana di sini menempatkan Unit Udara TLDM.


lumut







lumut



lumut



Selepas tamat di lawatan TLDM, kami terus ke Restoren D’ Warisan untuk makan tengahari dan seterusnya ke Pekan Lumut untuk aktiviti membeli belah. Memang best restoren ni, kalau datang lumut, memang wajib singgah. Banyak pilihan lauk, sayur, ulam ulaman. Memang puas hatilah. Lepas makan, kami singgah di masjid  'Adli untuk solat. Dan seterusnya ke pekan untuk sesi membelah belah.


lumut


lumut


lumut

lumut



Selepas solat Zohor di masjid ’Adli, peserta rombongan di bawa ke Pusat Konservasi  dan Penerangan Penyu di Pasir Panjang, Segari . Peserta rombongan berpeluang untuk melihat dan mengetahui cara-cara penternakan penyu. Difahamkan penyu merupakan salah satu kategori haiwan yang hampir pupus.

lumut

segari perak



lumut

Pak cik yang jaga pusat ni siap pesan, bawalah anak-anak mai melihat penyu di sini. Cuma cik Shima tak pasti lah masa dia. Boleh goole pusat Konservasi Senegari.


Dalam perjalanan pulang, kami berhenti rehat di Pantai Remis untuk menikmati Mee Rebus Udang Lipan.

lumut

lumut




Selepas selesai menikmati Mee Rebus Udang Lipan,  kami terus  bertolak pulang dan tiba di HSAH jam 9.30 malam.





*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************





You Might Also Like

3 comments

  1. Wah best dpt naik kapal Tldm ye. Menarik juga Lumut ni. Macam2 ada. Mak ana mesti suka bab beli ikan bilis tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best. Betul ikan bilis kat sini murah. Tapi kena survey banyak kedai untuk dapat the best price

      Padam