Buah Kuini@Konen

 



Nyum..nyum sedapnya...😋

Ni buah konen orang Kedah panggil, negeri lain Cik Shima tak pasti panggil apa, Ni adik beradik buah macang la. Kalau bagi dua buah ni duk sebelah menyebelah, Cik Shima rasa susah gak nak beza.

Sejak hari  Rabu Cik Shima pulun makan, kawan bagi. Sebiji bawa balik umah. Mem buh  dalam sambal tumbuk.  Selera sungguh Cik Shima dan mem makan nasi. Ulam ngan sambal ni  jadi la,yang lain tak pandang dah. Sejak hari Rabu sampai la tenghari tadi, memang makan sungguh.

Cik Shima terlupa sesuatu....

Bila dah sedap tak ingat dah kan. Sedap ja pulun.

PANTANGnya Cik Shima boleh makan tapi ada hadnya. Hari ni  dah terlebih had, maka mendapatlah.

Semput la jawab dia.  Dah jadi baru lah tersedar.

Tambah pula petang  tadi hujan, cuaca sejuk. 

Maka semenjak sebelum Maghrib tadi bersalutlah vken, dari stokin, vmultiple, wristlet dan cap sehinggala sekarang. Malam ni pun dingin.

Alhamdulillah, sekarang dah mula beransur reda, badan pun dah mula selesa, nafas pun dah okay.

Gambar dari google ja tapi  resepi dan buah yang betul macam ni lah rupanya

Sedapkan..😋




You Might Also Like

1 comments