TIPS MEMILIH PETAI



Mem :" Berapa ni?"

CS : "Sepuluh hinggit"

Mem : " Tu dia, hang beli no. Tengok ni, biji dia pun nipis ja. Hang pi beli ,  kalau aku tak beli dah."

CS : " Ala, tak dak biji, makan ja la yang ada biji, lagipun kesian la mak tengok dia, la ni kita sambil beli sambil bantu"

Mem : "Ya la, agak-agak la..pilih la hat elok sikit.."

Cik Shima dah mati kutu nak menjawab. Sebenarnya Cik Shima memang tak pandai pilih petai pun. Jumpa petai, main beli ja. Janji petai dan nampak biji.

Lepas kejadian tu, Cik Shima pun carilah tips dan petua pilih petai.

Cara nak pilih petai :

(+) Pilihlah kulit buah yang berwarna hijau dan terlihat segar. Lihatlah apakah petai memiliki mata menonjol atau tidak ada lubang. Jika ya, boleh ambil. Jika berlubang, jangan dibeli kerana lubang berkemungkinan ada ulat didalamya.

(+) Papan petai hitam menunjukkan kulitnya kering. Sebaiknya jangan ambil.

Jika teringin sangat dan tiada pilihan, pastikan mata petai menonjol dan tiada lubang

Cik Shima selalu pilih yang papan petai hitam sebab ingatkan dah matang. Nampaknya salah lah ni.

Jika ada sahabat dalam ni ada tips lain, bolehlah kongsi di ruang komen ya.

Petai hari tu sudah habis dah dibuat ulam dan juga sambal udang petai. 


Sumber gambar : Google

You Might Also Like

0 comments