PEMBUKAAN JAMBATAN ENGGOR DI KUALA KANGSAR (JAMBATAN ISKANDAR)
PEMBUKAAN JAMBATAN ENGGOR DI KUALA KANGSAR (JAMBATAN
ISKANDAR)
Pada 27 Jun 1932, DYMM Sultan Perak telah merasmikanJambatan
Enggor yang dibina untuk kegunaan jalan raya bagi merentasi Sungai Perak. Pada
hari pembukaan tersebut Sultan Perak telah menamakan jambatan tersebut sebagai
Jambatan Iskandar sempena nama keluarga Diraja Perak.
Panjang jambatan ini ialah 308.32 meter. Sebelum pembinaan
Jambatan Iskandar, pengangkutan jalan raya terpaksa bergantung kepada dua
jambatan utama iaitu jambatan di Enggor dan jambatan Pontoon di Blanja.
Tetapi jambatan-jambatan tersebut tidak berapa selamat untuk
digunakan. Sejak tahun 1912 lagi kajian-kajian telah dijalankan untuk membina
sebuah jambatan yang selamat. Akhirnya dua tapak telah dipilih untuk kajian
yang lebih rapi iaitu di Blanja dan di Enggor.
Banjir ini telah meruntuhkan rangka-rangka jambatan di kedua
dua elah tebing sungai. Oleh itu, langkah-langkah segera telah diadakan untuk
membaiki jambatan tersebut dan akhirnya pada bulan Februari 1932, jambatan
Enggor siap dibina.
0 comments