CARA MENINGKATKAN SEMULA ENGAGEMENT DI FACEBOOK
Semua sudah maklum jika kita tidak like, share atau komen dalam jangkamasa yang lama, posting kita tidak akan lalu atau tenggelam pada sahabat kita yang berkenaan.
Jadi bagaimana hendak mengelak perkara ini berlaku.
Sudah pasti sahabat dan kita sendiri kena aktif. Tetapi kita
akui, kadang-kadang kita tiada masa untuk melakukan semua perkara tersebut.
Perkara ini tidak akan terjadi, sekiranya level anda sudah mencapai tahap seperti influencer
terkenal seperti cikgu Mohd Fadli, SuperDady, Khairul Hakimin, Dr. Ahmad Samhan
dan ramai lagi.
Mencapai tahap seperti mereka sudah tentunya ia berkaitan
dengan penulisan dan perkongsian yang benar-benar mantap. Ini tidak akan
mengambil masa yang singkat. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
Cik Shima kongsikan sedikit perkongsian bagaimana untuk
menghidupkan semula engagement kita dengan sahabat yang hilang dari radar kita.
Paling mudah ialah melalui tarikh lahir.
1. Buat carian perkataan Birthday di facebook. Dah jumpa, klik sahaja.
2. Senarai tarikh lahir sahabat kita akan dipaparkan
mengikut hari ini, lepas dan akan datang. Bagi yang jatuh pada hari ini,
rajin-rajinlah memberi ucapan dan doa buat mereka.
3. Jika rajin, anda boleh klik pada setiap profail tersebut.
Semak bilakah posting terakhir mereka. Jika sudah terlampau lama contoh setahun
atau dua tahun, terpulanglah samada untuk remove atau kekal. Cik Shima memang
akan remove .
Anda boleh juga dapat lihat sahabat kita akan mempunyai
lebih dari satu akaun.
Kadang-kadang ada sehingga 3 akaun. Tetapi yang aktif
hanyalah 1 akaun sahaja. Boleh juga dikeluarkan dari senarai kenalan anda.
Setelah melakukan langkah 1 atau 2, samada pada hari
tersebut atau keesokannya, anda akan melihat posting mereka kembali naik.
Moga bermanfaat.
0 comments