MENCARI IDEA UNTUK PENULISAN

#AnswerSocrates

Tidak tahu nak menulis apa?Kebuntuan idea?

Saya tak ada kemahiran apa untuk dikongsi?

Itulah yang Cik Shima fikirkan sebelum ni. Niat di hati memang nak ubah  sedikit wajah facebook sendiri, upgradelah sedikit content berbanding  sekarang.

Persoalan Cik Shima terjawab, apabila SD@Tuan Khairul Abdullah membuat satu kelas cara-cara Bina Karier di facebook melalui platform group facebook. Kelas ini lebih menekankan kepada cara-cara penulisan dan content di fb.  Dari sehari ke sehari semakin banyak tips bukan sahaja dari penulisan bahkan tips mengambil gambar , peluang menjana pendapatan dan bermacam lagi yang dikongsi oleh sahabat-sahabat di dalam tersebut.

Salah satu yang  di kongsi oleh Puan Suhaila ialah laman web ini.

https://answersocrates.com

Boleh dijadikan carian untuk idea –idea penulisan. Hanya satu perkataan dipecahkan kepada tajuk kecil.

Ada pilihan negara mana dan bahasa apa yang kita nak.

Contoh dua hari lepas, keputusan SPM keluar, jadi Cik Shima cuba cari berkaitan SPM.  Hanya pilih negara Malaysia dan  Bahasa Malay (Melayu). Kemudian klik search.

Antara topik yang keluar adalah :

Adakah SPM 2021 ditangguhkan?

Adakah SPM 2021 dibatalkan?

Adakah SPM susah?

Bagaimana sijil SPM hilang?

Bagaimana nak ambil SPM Persendirian?

Bagaimana jika sijil SPM hilang?

Bagaimana jika slip spm hilang?

Cik Shima juga mencari berkaitan Geran Khas Prihatin

Carian yang keluar :

Apa itu Geran Khas Prihatin 3

Apa itu bantuan Geran Khas Prihatin

Bila geran khas prihatin akan dibayar

Siapa boleh memohon geran khas prihatin

Geran khas prihatin login

Adakah geran khas prihatin adalah pinjaman

Dan banyak lagi

Jadi boleh jadikan topik kecil sebagai content di facebook kita. Betul kata SD, 1000 content dah boleh buat dari satu perkataan ini.

Bagi guru dan pelajar boleh gunakan  ini sebagai carian topik kecil dan seterusnya dikembangkan dalam penulisan karangan.

Menarik kan.

Ia tidak terikat kepada satu bahasa sahaja, pelbagai negara dan bahasa ada termasuklah  bahasa Inggeris.







You Might Also Like

0 comments