KENALI JENIS DAUN : KELADI LIAR, KADUK DAN SIRIH

 




Cerita tiga daun nampak sama tetapi berbeza.

Gambar A  - Daun Keladi Liar

Keladi liar mempunyai banyak spesies. Sebahagiannya dikelaskan sebagai tumbuhan perubatan.

Antara manfaat keladi liar ialah :

(+)Saponin yang wujud di dalam keladi liar membantu mengurangkan kerosakan kolagen yang terdapat pada kulit.

(+) Ejen melawan pigmentasi dengan mengurankan pembentukan tompok-tompok hitam pada muka.

(+) Ciri-ciri antioksidan ,anti radang dan antimicrobial membantu melindungi kulit dan memastikan kulit sentiasa bersinar

Gambar B - Daun Kaduk

Daun kaduk selalunya dijadikan ulam atapun kerabu dalam masakan Malaysia.

Rasanya tidak pahit.

Antara khasiat daun kaduk

(+) Berfungsi untuk membantu penghadaman dan merawat demam .

(+) Berfungsi sebagai pembuang kahak (ekspektoran)

(+) Buahnya membantu membantu dalam menghalang lendir dan bahan lain dalam saluran pernafasan.

(+) Akarnya mempunyai pelbagai kegunaan iaitu untuk rawatan sakit gigi, batuk, asma dan radang selaput dada serta dermatitis kulat pada kaki.

Gambar C - Daun Sirih

Daun sirih memang terkenal di kalangan masyarakat India dan juga Melayu.

Zaman dahuku, orang tua-tua akan makan daun sirih bersama kapur dan gambir. Tidak sah jika di rumah tiada tepak sirih.

Zaman berlalu dan Cik Shima percaya kebanyakan rumah zaman sekarang sudah tiada tepak sirih.  Malah mungkin adayang sudah tidak pandai makan sirih termasuklah Cik Shima. Salah satunya mungkin rasanya pedas dan pahit sikit.

Daun Sirih juga dijadikan salah satu hantaran perkahwinan dalam adat Melayu yang dikenali sebagai Sirih Junjung.

Dan perkahwinan sekarang, Cik Shima jarang sekali Cik Shima nampak kewujudan Sirih Junjung dalam zaman moden ini. Lebih mudah dan santai.

Dulu masa zaman remaja, ada mak saudara  beritahu Cik Shima, jika nak kahwin cepat, curi diam-diam daun sirih yang dihantar tu tapi syaratnya jangan ada orang tahu.

Dan Cik Shima pun buat jugalah . Harap maaf dan halal lah ya,jika sirih junjung korang ada yang kurang. Selalunya jadi mangsa, daun sirih kakak-kakak sepupu la.

Hakikatnya tak ada kena mengena pun sirih junjung dengan jodoh. 

Buktinya, sampai sekarang, Cik Shima masih single dan available.

You Might Also Like

2 comments