PADANG BESAR : NAIK ETS DAN KOMUTER

Ni pun amik kesempatan ke atas program Jelajah Sempadan 2016 yang dianjurkan oleh kelab kat ofis. Jika diikutkan harga ETS dan komuter dari Sungai Petani->Padang Besar->Sungai Petani adalah seperti berikut :-
ETS : 23.00 (Dewasa) , 16.00 (Kanak-kanak)
Komuter : 9.30 (Dewasa) , 4.70 ( Kanak-kanak)
Tetapi disebabkan kami pi dalam group, dapatlah sedikit potongan harga untuk tiket komuter. So, bagi sapa-sapa yang nak buat lawatan secara berkumpulan tuh, bolehlah call KTM tanya . tak susah sangat pun, buat permohonan secara bertulis dan tunggu ja jawapan.
![]() |
No. telefon kaunter Sungai Petani |
![]() |
Laluan Perkhidmatan Komuter Sektor Utara |
Pembelian tiket ETS mahu tak mahu kena booking awal la kan, samada pergi ke kaunter ataupun boleh ja secara online.
Untuk jadual perjalanan , boleh rujuk kat--> Jadual Perjalanan
Untuk tempahan online tiket ETS , bolehlah rujuk ---> Tempahan ETS tiket online
Hari Perjalanan.
![]() |
No. seat ETS |
![]() |
No. B di pintu adalah nombor coach |
Sampai -sampai kat kompleks, mujurlah dah ada kedai yang buka. Selalunya dalam pukul 10.00 pagi. So, apalagi aktiviti shopping pun bermulalah.Masing-masing berpecah dengan bebas.
Aku macam biasa, bukanlah kaki shopping. Target dua ja..rempah tom yam dengan beras pulut (kebetulan dekat dengan raya haji). Nak cari beras pulut tak ada masalah, nak cari rempah tom yam tuh...rupa-rupanya ada dua jenis rempah tom yam. Member bagitau, cari yang ada udang besar , sekor. Hahaha macam dalam gambar kat bawah ni... mak aii...susah nak dapat, kebanyakkannya yang ada, x dak udang sekor...Tapi last sekali dapatlah gak...kiranya mission complete. Aku ni bukan pakar merasa..jadi member cakap, yang paling sedap..tuh yang nak cari gak... nanti balik bagi mem besar masak, taulahdia rasa. Harga paling habih tawar dapat dalam RM18.00... tapi ada kakak tuh dapat dalam RM17.00...uish rugi seringgit.
Janji pukul 2.00 kumpul kat stesen Padang Besar. Jadi sementara nak menanti waktu, sempatlah tengok pertunjukan ular sempena aktiviti dari jabatan wanita.. Lepas tuh terus gi makan kat gerai . Macam biasalah pilihan utama adalah tom yam.
Lepas makan, shopping sikit..then terus ke stesen untuk pulang. Pagi naik ETS, so balik naik komuter. Kalau ikutkan plan asal, nak balik kul 4.00 tapi setelah bincang balik, kami ubah jadual , balik awal. Naik komuter tak macam ETS...seat tak dak nombor..boleh pilih ja... nasib tak baik, kena berdiri...itulah yang berlaku pada sebahagian dari kami, ada yang duduk dan ada yang berdiri.
Alhamdulillah, sampai di SP dalam kul 4.00 petang.
![]() |
Pertunjukan Ular |
![]() |
Kesesakan dalam komuter |
Lepas makan, shopping sikit..then terus ke stesen untuk pulang. Pagi naik ETS, so balik naik komuter. Kalau ikutkan plan asal, nak balik kul 4.00 tapi setelah bincang balik, kami ubah jadual , balik awal. Naik komuter tak macam ETS...seat tak dak nombor..boleh pilih ja... nasib tak baik, kena berdiri...itulah yang berlaku pada sebahagian dari kami, ada yang duduk dan ada yang berdiri.
Alhamdulillah, sampai di SP dalam kul 4.00 petang.
0 comments