Emas : POWERGOLD VS PUBLIC GOLD VS ZENITH GOLD




Ramai pelanggan  yang tanya antara POWERGOLD dan PUBLIC GOLD antara POWERGOLD dan ZENITH GOLD, antara POWERGOLD dan SYARIKAT EMAS LAIN, yang manakah lebih baik?
Persoalan yang menarik untuk dibincangkan. Customer kadang-kadang hendak join tetapi tidak tahu yang mana satu bagus.

Ibarat kereta lah jawapannya. 

Jika kita pakai Exora dan ada yang bertanya yang manakah lebih baik antara Exora dan Kancil. Pasti jawapannya adalah Exora. Kenapa Exora? Sebab Exora lebih besar, boleh naik ramai dan sebagainya.

Jika kita pakai kancil, pasti jawapannya Kancil sebab  kancil lebih kecil, senang parking, mudah nak jaga, senang nak cilok-cilok, maintainance rendah dan sebagainya.

Begitu jugalah dengan emas.

Jadi kalau tujuan nak pilih mana yang bagus, saya cadangkan jangan tanya soalan yang tidak membawa kepada yang terbaik untuk diri sendiri.

Saya cadangkan, jika anda nak tahu mengenai POWERGOLD jumpa orang yang aktif buat powergold, dah tanya dia, apa yang ada dalam powergold ini, dan anda simpan dahulu data tersebut.

Jika anda ingin tahu mengenai Public Gold, tanya orang yang aktif buat Public Gold, dah tanya dia, apa yang ada dalam Public Gold ini, dan anda simpan dahulu data tersebut.

Jika anda ingin tahu mengenai syarikat emas lain, tanya orang yang aktif buat syarikat emas lain dah tanya dia, apa yang ada dalam syarikat emas lain ni, dan anda simpan dahulu data tersebut.

Kemudian kaji sendiri, dan buat keputusan sendiri. Jadilah orang yang bertanggung jawab kepada keputusan sendiri supaya anda tidak menyalahkan orang lain diatas keputusan yang anda buat sekiranya anda gagal dikemudian hari.

Jika ingin bertanya, bertanya pada yang ahlinya, kerana jika sesuatu itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah masa kehancurannya.

Agak-agak kan, kalau dekat stadium bola tu, ada perlawanan antara JDT dengan Selangor, cuma anda pergi ke sebelah penyokong fanatik Selangor, dan cuba tanya satu soalan cerdik seperti ini, "Agak2 encik la, mana bagus Selangor ke JDT?".Agak-agak  apa jawapannya, sebab saya tak tahu nak duduk kat bangku mana ni.

Saya fokus pd POWERGOLD. 


Whatsapp: 0192668244





*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************
 

Jom Ke Langkawi #4 : Pantai Cenang

Sepanjang pantai Cenang, sebenarnya banyak motel dan juga hotel. Jadi bolehlah pilih yang mana satu berkenan. AB motel adalah antara salah satu daripadanya. Banyak aktiviti yang disediakan pada waktu pagi dan petang. Antara nya naik payung terjun (huhuhu..tak ingat apa nama aktiviti ni), banana boat dan jet ski. 

Dalam banyak-banyak aktiviti, kami hanya pilih banana boat ja. Hahahaha masing-masing fobia. Memang best banana boat kat sini sebab dia bawa ke laut lama berbanding dengan Pulau pangkor.
Kalau nak diikutkan , kami akan dihumban ke dalam laut sebanyak dua kali tapi atas request, kami hanya minta sekali sahaja.

Sekali pun, bila dah kena humban, langsung aku tak ingat apa-apa dah...panik punya pasal, aku capai tali bot dan swim perlahan-lahan ke pantai...tinggal semua member kat belakang...sorry my friend , Atul. Mesti kenangan ni tak leh dilupakan.







Ha tengok gambar macam nak malam kan, ni belum lagi maghrib, teknik pengambilan gambar. Hehehe

Waktu malam, kat pantai Cenang memang happening. banyak jualan dan gerai sepanjang jalan. Jika nasib baik, akan ada pasar malam. Rasa macam dok di oversea pulak. Malam pertama dinner kami adalah KFC. Lepas makan, sempatlah masauk supermarket kat situ. Nak cari tuala, nak pakai masa ke Tasik Dayang Bunting.


Malam Kedua, hanya aku dan Mizul sahaja tinggal. Kami jalan , nak cari kedai  melayu. Nak makan nasi. Disebabkan masa awal salah arah, jadi kami terpaksa berjalan agak lama. sakit kaki, tambah-tambah selepas naik Tasik Dayang Bunting.

Masa jalan, salah satu niat kami nak cari pakej ke Mangroove Island. Katanya lagi best dari Island Hoping. Banyak pakej yang ditawarkan dan bergantung kepada baper banyak pulau yang akan di bawa. paling murah AB Travel, RM45-RM50. Tapi disebabkan dah serik kejadian yang berlaku pasai Island Hoping kami tak amik. Hanyanya kami ambil pakej yang berharga RM99.00 dari De Baron Agency . Kenapa mahal sikit, sebab pulau yang dibawa melebihi dari yang lain-lain. Jadi alang-alang dah nak pi, apa salahnya kan. Dan ianya agak berbaloi.




*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************





Jom ke Langkawi #3 : Pakej Island Hoping & Shopping

Hari Kedua 

Selama datang ke Langkawi memang tak pernah join Island Hoping. Apa yang menarik sangat tentang Island Hoping ni. Island Hoping ni, kita akan naik bot dan akan ke Pulau Singa Besar, Beras Basah dan juga Tasik Dayang Bunting. Dan juga akan singgah di satu tempat untuk melihat burung helang makan (Eagle Feeding).

Macam mana nak dapat pakej ni. Kami stay di AB motel dan kebetulan di hadapannya ada travel agen iaitu AB Travel Station. Pakej yang diberi untuk island hoping agak murah iaitu RM25 / person.




Cuma, yang tak bestnya adalah tak tepat masa. Tak tahulah mungkin nasib kami kut pada hari tuh transport nak ke jeti masalah. Katanya van rosak..huhuhu. Dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 10.30 pagi menunggu. Sejam ooo..dah rugi masa kami.  Bagi aku, sekiramya ada masalah, management perlu bertindak dengan pantas. Kebetulan pulak hari ni, mama, Shah, Gee dan Atul nak balik dah. Jadi masa itu penting untuk kami.


Akhirnya, dah tak naik van dah, terus pihak agensi minta kami ke pantai. Terus naik bot menuju ke Pulau Singa Besar.  Apa yang menarik di sini. Aku pun tak sure, just ada laut dan pantai. Nampak macam tak sama dalam album arwah kakak . Agak boring di sini, tak ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan. Nak amik gambar pun panas. Ada yang mandi kat sini, tapi kami decide nak mandi kat Tasik Dayang Bunting.




Selepas hampir 1 jam, kami bertolak pula ke Pulau Beras Basah. Macam tadi, kami just duduk, lepak-lepak. Nak mandi memang panas. Kalau ikut plan asal, memang dah cantik tapi apa nak buat kan.






Destinasi seterusnya ialah Eagle Feeding. Ini yang ditunggu oleh saya selama ini. Nak tengok dan bagi burung helang makan. Tapi sayang, masa kami sampai, dah tak banyak burung dan tak ada pun yang beri makan. Menurut kata pemandu bot, masa kami sampai tuh, diaorang dah makan. Jadi tak banyak yang keluar. 

 Tak lama di sini, kami terus menuju ke Tasik Dayang Bunting. Nak masuk tasik ni, kena bayar. RM 5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tasik ini unik kerana kedudukannya yang terletak di antara pulau-pulau. Dalam erti kata lain, tasik ini adalah air tawar. Nak menuju ke tasik kerana menaiki tangga, jadi pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal terlebih dahulu. 

Asal-asal memang tak nak terjun..takut ooo, memang comfirm dalam. Khabarnya setinggi 3 tingkat bangunan. Skill berenang pun tak ada (dah belajar renang, tapi x kuasai sepenuhnya). Tapi atas dorongan Shah dan Gee, akhirnya aku terjun jugak, of courselah , pakai jaket keselamatan. Mula-mula memang cuak..biasa kolam renang yang tak dalam, kita boleh pijak lantai, yang ni sah-sah memang tak ada. Jaket keselamatan boleh di sewa (sorry tak ingat harga, antara RM5 atau RM10). Bila dah ada confident ngan water, baru rasa nikmatnya. Siap boleh buat kuak lentang lagi.
      
                          ** Kalau anda tak confident, dan tiada kawan, better jangan terjun**





Hampir 45 minit di sini, kami pun bersiap sedia pulang ke motel. Jika ikutkan waktu motel, memang kami dah checkout. Tapi disebabkan aku dan Mizul, sambung satu malam di motel yang sama, jadi semua barang-barang telah ditempatkan dalam bilik aku dan Mizul.  Kami balik naik bot dah terus ke motel. Sempatlah yang lain tukar baju dan solat. Dah selesai semua, kami terus keluar untuk aktiviti shopping. Mai Langkawi tak shopping memang tak sah lah kan. Sebelum shopping, kami sekali lagi singgah di Restoren Kampung untuk makan tengah hari. Lepas terus ke Haji Ismail Group dan Pekan Kuah untuk aktiviti membeli belah.






*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************