Pada 18 Februari 2018, My HomeLab telah melancarkan packaging baru . Packaging ni nampak lebih menarik dan ekselusif. Dengan pelancaran ini, HQ telah mengeluarkan edisi terhad iaitu dengan pembelian botol ini , pengguna akan dapat 250ml + free 50 ML.

Bahan-bahan tetap seperti sedia ada, berasaskan semulajadi iaitu :

Santan, Minyak Kelapa, Minyak Oren, Minyak Rosemary dan Vitamin E & B5.


Bagi yang ada masalah rambut seperti RAMBUT GUGUR, KELEMUMUR, MASALAH KULIT KEPALA memang sesuai sangat guna #shampoosantan. Merawat rambut sambil mencantikkan rambut secara semulajadi gitu.



UNTUK TEMPAHAN, BOLEH HUBUNGI CIK SHIMA











*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************


Read More
 
KAKAK DAH PAKAI, REKOMEN KAT ADIK PULA


“ Saya mengalami masalah rambut kering, kelemumur dan gatal-gatal kulit kepala dah agak lama. Rasa rimas sangat dan  tidak selesa lebih-lebih lagi sebab  pakai tudung 8 -10 jam sehari bila everyday pergi kerja.”
.
“Kakak saya perasan masalah rambut saya, dia yang tegur saya dan suruh saya cuba Tonik Bayam NG. Dia pun ada masalah rambut seperti saya dan dia dah lama pakai Tonik Bayam. Dia kata rambut dia dah kurang gugur, kelemumur pun dah takde.”
.
“Jadi, saya pun ambil keputusan untuk cuba Tonik Bayam. Mula-mula saya cuma guna tonik kakak saya. Bila dah guna, baru dapat rasa kelebihannya. Ada banyak sangat perubahan. Rambut makin lembap. Tak kering sangat dah. Kelemumur pun dah kurang. Kepala jadi selesa sangat. Dah tak gatal-gatal.”
.
“Akhirnya, saya pun beli Tonik Bayam saya sendiri. Alhamdulillah, saya pakai secara konsisten. Maslaah rambut saya dah berkurangan. Terima kasih NG”

 -Nura Fatin Daud, 23, Operator
.
.
Anda menghadapi masalah yg sama? 

Hubungi Cik Shima dengan segera.





*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************

Read More
03 Februari 2018 (Sabtu)

Okay tentatif pagi ni ialah untuk ke pulau. Kami just decide untuk ambil 3 pulau sahaja iaitu pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. Ini antara pulau yang popular, jika datang ke Sabah.

Pagi ni kami keluar dan terus check out. Selepas ke pulau , kami nak terus ke Kundasang. Nak bermalam di Kundasang. Cik Shima pula, masa ni tetiba rasa nak sakit tekak. Malam tadi, min air limau nipis ais. Cik Shima lupa jap, sebenarnya memang tak leh minum air ni, akan rasa melekit di tekak. Selalunya kalau makan western food atau macam semalam, minum apple ja. Ntah macam mana boleh terorder limau ais tuh. Membuat lah kan,

Konon nak ke Jeti awal, tapi mengingatkan belum lagi breakfast, kami ke kedai dulu, Plan asal, cik Zul sorang saja nak makan sebab yang lain masing-masing kekenyangan. Kesudahannya , bila masuk ja kedai , terus yang lain pun order. Cik Shima just order roti canai ngan air suam.  Lupa pula nak amik gambar dan nama kedai ni. Sedap roti canai dia.


Kuah di lain sikit

Lepas makan, kami terus ke KFC untuk beli makanan sebagai bekalan di pulau. Difahamkan di pulau-pulau tersebut sememangnya ada gerai, tapi harganya double kan. Jadi nak jimat, kami bawa ja KFC. Lepas siap dibungkus, terus ke Jeti Jesselton di Kota Kinabalu.

Sampai di sana, rupanya banyak kaunter.  Tengah dok survey ni ke kaunter mana, ada sorang pak cik tanya kami dan terus bawa ke kaunter di bawah syarikat FATIHA. Tanya pakej dan nampaknya standard ja. Satu pulau RM25, 2 pulau RM35, 3 pulau RM45..maksudnya setiap pulau tambah RM10. Kami cuma ambil 3 pulau sahaja memandangkan selepas itu, kami nak terus bertolak ke Kundasang. Pulau yang menjadi pilihan ialah Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kami tambah RM15.00 lagi untuk peralatan snorkeling.Sambil tunggu bot, sempatlah kami berkenalan dengan foreigner namanya Kelui dari Perancis sementara si Shah pula sibuk melayan assignment. Tengah bercuti, dapatlah pulak assignment, kena submit sebelum pukul 12.00 malam ni. Ha tu dia gigih dak.


Bab Bergambar..hihihihi





Tengah melayan Kelui


Tengah memahami 'assignment' yang diberi






Waktu dalam bot untuk ketiga-tiga pulau, Dah lupa dah yang mana satu ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. :). Sebab tu, boleh nampak passenger lain-lain.




*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************
Read More

Tahukah anda kenapa selepas bersalin, wanita akan mengalami keguguran rambut?
Ini adalah disebabkan semasa kehamilan wanita akan hasilkan lebih hormon estrogen. Jadi waktu ni rambut dalam fasa menumbuh (fasa anagen) menjadikan rambut ibu  tebal,lebat & akar rambut lebih kuat.

Tapi selepas bersalin hormon estrogen akan drop & rambut akan stop tumbuh (fasa telogen). Masa ni rambut ibu akan lebih banyak gugur (terutama dibahangian hadapan kiri & kanan).

Jadi apa yang ibu perlu buat untuk menjaga rambut dari gugur lebih banyak? Untuk penjagaan rambut ibu patut TUKAR SHAMPOO. Tukar kepada shampoo yang tidak mengandungi kimia keras. Salah satu bahan kimia yang kuat ialah SLS.

 SLS akan menghilangkan 95% natural sebum pada kulit kepala. Menjadikan rambut lebih kering & lebih banyak gugur. Kulit kepala perlukan natural sebum untuk mengekalkan lembapan pada kulit kepala.

Jadi kepada ibu yang baru melahirkan bayi,jangan risau. Keguguran rambut boleh dirawat. Cuma perlukan sedikit perubahan dalam produk harian yang kita gunakanšŸ˜Š.

Sumber : Page Shampoo Santan HQ

Untuk tempahan shampoo santan boleh hubungi 0192668244


Shampoo Santan


*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************
 
Read More
02 Februari 2018




Hotel Kinabalu
Sampai di airport KK dalam kul 10.00 malam lebih. So, sebaik sampai, Shah terus amik keta sewa dan kami terus ke hotel.

Hotel yang Yati tempah ni namanya Hotel Legent. Tempah melalui mybooking. Susah juga nak cari sebab dia berada di lorong-lorong. Hotel ni terletak di Jalan Haji Yaacob, Kampung Air. 2 3 kali gak lah  pusing, akhirnya jumpA.
 
Dari luar, hotel ni nampak macam agak kurang menarik, tapi bila fikir just for 1 night dan malam pun dah lewat, jadi redha jerlah kan, Entah macam mana, Cik Zul, request nak tengok condition hotel dan finally, kami decide nak tukar hotel.  Cik Shima pun tak tengok condition tu, so detailnya memang tak tahulah sangat apa yang Cik Zul dan si Shah rasa kan. Yang pasti tak seperti yang dipaparkan dalam website mybooking tuh. Dan juga ada bau yang kurang menyenangkan.

Jadi, malam tu, kami rondalah sekeliling Jalan Haji Yaacob mencari hotel lain. Yang berkenan, kebanyakannya  dah full dan akhirnya dapatlah juga iaitu Hotel Kinabalu. 

Lepas check in, kami terus keluar . Malam ni plan nak makan seafood di Dataran Todak. Kat  gerai Haji Manja. Malangnya sampai-sampai ja, diarang dah tak terima, sebab nak tutup. Gerai-gerai lain pun sama. Dalam hati macam nak frust jugaklah kan, Datang KK tak makan seafood ni, memang tak sah.
Tapi ntah macam mana, rezeki kami kut, ada satu gerai masih terima, Maaf Cik Shima lupa nak amik gambar gerai tu. Pilihan kami serah pada Cik Zul untuk pilih apa yang nak di makan. Salah satu , ikan yang pilih ni ikan ni pelik sikit, warna biru. Kami panggil ikan 'parrot' nama sebenar , Cik shima pun tak tahu. Nak test sebab tak pernah jumpa dan tak pernah makan.  Cara masak, kami serah kan pada tukang masaklah kan. Jom layan gambar . Adus ..teringat ni..terliur lah pulak

 
Seafood sabah






sabah



Sabah




Sabah
Siput




Sabah
Tak tahu kenapa jadi size kut ni...nilah ikan parrot yang telah siap dimasak. Sedap, lupa  nama resepi ni.



Sabah
Ikan Parrot- masak 3 rasa
 
Sabah
Ketam



Harga untuk 5 orang makan termasuk air dan nasi ialah RM150.00 . Bila kami bahagi balik hanya RM30/sorang. Agak-agak kat Semenanjung boleh dapat tak?


Nasi - 5 hidangan
Air- order masing-masing 
Ketam - 3 ekor 
(seperti gambar), penuh satu pinggan
Ikan 'Parrot' - 2 jenis masakan
Sotong - goreng masak kunyit
Siput 



*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.

Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas BahanKimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi0192668244.

Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************
Read More





  
“Rambut gugur dan kelemumur memang masalah sangat. Suami pun dah tegur nampak rambut yang makin nipis dan kerap gugur. Suami dah start rimas dengan rambut gugur saya yang bersepah-sepah atas lantai. Saya lagi lah rasa tak selesa.”
.
“Saya teringat ada iklan di FB pasal Tonik Bayam NG. Saya pun cari balik iklan-iklan, jumpa dan saya terus beli dan cuba.”
.
“Alhamdulillah, ada perubahan. Apa yang buat saya happy ialah penggunaannya sangat memudahkan. Lepas mandi, syampu semua dan terus guna tonik. Spray-spray dah siap. Sangat mudah.”

- Faizah, 29, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Putrajaya

*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************

Read More
02 Februari 2018



Flight ke Sabah pukul 6.35 pm. Memandangkan plan nak gi airport sendiri, sebab malam balik tu sampai di airport lebih kurang jam 12.30 malam, tak nak nyusahkan family, jadi kami akan balik dengan satu kereta, drop kat mana-manalah kan, maka perjalanan Cik Shima bermulah awal lah.

Jam 12.30 tenghari, Cik Shima dan Atul dah tunggu Yati di KTM Sungai Petani (Atul naik komuter dari alor setar). Jadi, Yati dan ayahnya pick up kami di sini dan terus ke Hospital Seberang Jaya. Dari sini, kami naik kereta shah untuk ke Penang airport. 

Sampai di Penang, lebih kurang jam 1.20 petang. Sempatlah Shah dan Cik Zul solat di masjid di area Bayan baru (mungkin Bayan Lepas...hahahha Cik Shima lupa). Kami, yang perempuan-perempuan ni lepaklah jap di  kedai makan.  

Dah selesai, kami terus ke airport. Shah hantar kami, dan dia terus ke rumah kawan dia untuk tinggal keta dan naik grab untuk ke airport. Macam biasa, port utama bila di airport Penang ni, ialah KFC lah kan.
 

Sambil tunggu shah, kami yang gegurls ni terus ke surau untuk solat. Selesai solat, ke KFC balik dan terus order makanan. Dan bermulah sesi melepak kami di airport Penang. 3, 4jam jugak lah kan. Gigih dak? Sampai awal, sebab takut jem ja. Tapi biasalah team Cik Shima ni, pi mana-mana mesti lepak kat airport berjam-jam. Hehehe. Alah tegal biasalah kan.


Dah tiba  time boarding, kami pun masuklah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Sekali bila masuk dalam tu, tetiba nampak kat board..ha, flight delay. 7.55 malam, Kena tunggu lagi.
Lepas ni Air Asia, kena tukar tagline kut...




Tepat 7.55 malam, kami pun naik pesawat. Dan Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar hinggalah ke Kaunter Imigresen di Kota Kinabaku. Bagi yang pertama kali sampai, jangan terkejut pulak Memang kena lalu kaunter Imigresen dan akan dapat satu slip. Kena simpan slip ni, nanti balik kena bagi. Cik Shima tak pasti, kalau hilang, apa yang patut dibuat, Kena check dengan imigresen.

Maka bermulalah perjalanan kami di Sabah.










Read More
Ada pengguna Cik Shima bagitau pakai shampoo tidak berkesan. Setelah dibuat sedikit kajian, ada beberapa faktor yang menyebabkan Shampoo Santan Tidak berkesan iaiti:

 Campur aduk produk.

Anda campur guna shampoo santan selang-seli dengan shampoo lain. Shampoo santan tidak dapat menunjukkan kesan yang terbaik. Shampoo santan adalah produk natural. Ia perlukan masa untuk membuang sisa kimia yang ada pada rambut kita sebelum merawat dengan cara semulajadi.
Mencampur aduk produk melambatkan proses rawatan rambut.

 Menggunakan conditioner atau perapi selepas shampoo rambut.

Sudah menjadi kebiasaan kita guna perapi rambut selepas shampoo kan? Jadi bila anda shampoo rambut guna shampoo santan anda pun tetap gunakan perapi rambut. Dukacita dimaklumkan bahawa cara guna shampoo santan tu salah.
Shampoo santan memang sudah tidak perlukan perapi rambut lagi. Shampoo santan ini seperti shampoo 2 in 1. Ini kerana kandungan shampoo santan ini iaitu pati rosemary dan pati minyak kelapa itu sendiri sudah sangat bagus bertindak sebagai conditioner.

 

Cara cuci rambut yang salah.

Anda cuci ‘sental’ rambut anda dengan kasar dengan harapan kulit kepala anda akan kena shampoo santan ni dan kelumumur pun akan tertanggal. Maaf sekali lagi, cara guna shampoo santan seperti ini adalah salah.



Read More

Bila kita makan buah tembikai,  setiap kali selepas makan tembikai, jangan buang kulitnya. 
Hari ni  Cik Shima akan  bagi satu  bagi  satu tips untuk  memanfaatkan bahan ini.
.
Anda Cuma perlu ambil bahagian kulit tembikai dan gosok ke kulit kepala anda. Biarkan kelembapan dari kulit tembikai meresap ke kulit kepala dan biarkan selama 20 hingga 30 minit. Kemudian, bilaslah rambut anda.
.
Untuk kesan yang  maksimum, amalkan petua ini seminggu sekali atau setiap kali anda makan tembikai!






*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas BahanKimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************
Read More


Hai pembaca blog Cik Shima,  jom join Giveaway ni, mana tau ada rezeki kan. Macam best la pulak.


http://www.anasuhana.com/2018/02/giveaway-travel-totebag-by-ana-suhana.html


TEKAN GAMBAR TAU UNTUK JOIN.

Syarat pun simple ja, tak adalah susah kan.
 ******************************************************************************
SYARAT-SYARAT :
1. Follow blog anasuhana.com.
2. Follow IG Ana Suhana
3. Buat entri bertajuk Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni.
4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini.
*********************************************************************************

Read More


Tengah buat housekeeping gambar rupanya Cik Shima tak update lagi entri ke TLDM Lumut. Ha, punyalah lama.

Sebenarnya lawatan ke TLDM Lumut ini, Cik Shima ikut lawatan yang dianjurkan oleh Kelab ofis Cik Shima yang di adakan pada 23 November 2017 (Khamis). Bila nama lawatan rasmi, maka pelepasan pun dapatlah. Sebelum tarikh perjalanan, kami diingatkan untuk berpakaian rasmi semasa lawatan. Dalam hati peliklah juga, sebab nak pi melawat Muzium TLDM ja pun. Rupa-rupanya, salah, memang gi melawat kapal betul.

Wah merasalah Cik Shima naik kapal TLDM ni. Kami bertolak dari HSAH ke Lumut pada jam 5.20 pagi. Perjalanan berhenti seketika di R&R Juru untuk solat Subuh.  Sekitar jam 6.30 pagi, kami terus memulakan perjalanan ke TLDM Lumut. Jadual untuk melawat kapal yang diberikan oleh pihak TLDM ialah jam 9.30 pagi. Kami tiba di Pengkalan TLDM tepat jam 9.00 pagi.  Jika ada mana-mana organizasi atau sekolah nak melawat kapal ni, boleh ja kemukan permohonan rasmi ke TLDM Lumut. Cuma masa tu, kenalah ikut waktu yang ditetapkan oleh pihak TLDM. Jangan suka-suka hati, ikut masa kita.


Lumut




Sebelum memulakan lawatan, sedikit taklimat tentang tatacara lawatan telah diberikan oleh pegawai TLDM. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan.  Satu kumpulan akan melawat KD Lekir dan satu lagi KD Perantau. Mengikut rancangan asal, kedua-dua kumpulan akan melawat kedua-dua kapal tetapi atas faktor masa hanya sebuah kapal sahaja sempat untuk setiap kumpulan. Setelah melawat kapal , kami terus ke KD Rajawali di mana di sini menempatkan Unit Udara TLDM.


lumut







lumut



lumut



Selepas tamat di lawatan TLDM, kami terus ke Restoren D’ Warisan untuk makan tengahari dan seterusnya ke Pekan Lumut untuk aktiviti membeli belah. Memang best restoren ni, kalau datang lumut, memang wajib singgah. Banyak pilihan lauk, sayur, ulam ulaman. Memang puas hatilah. Lepas makan, kami singgah di masjid  'Adli untuk solat. Dan seterusnya ke pekan untuk sesi membelah belah.


lumut


lumut


lumut

lumut



Selepas solat Zohor di masjid ’Adli, peserta rombongan di bawa ke Pusat Konservasi  dan Penerangan Penyu di Pasir Panjang, Segari . Peserta rombongan berpeluang untuk melihat dan mengetahui cara-cara penternakan penyu. Difahamkan penyu merupakan salah satu kategori haiwan yang hampir pupus.

lumut

segari perak



lumut

Pak cik yang jaga pusat ni siap pesan, bawalah anak-anak mai melihat penyu di sini. Cuma cik Shima tak pasti lah masa dia. Boleh goole pusat Konservasi Senegari.


Dalam perjalanan pulang, kami berhenti rehat di Pantai Remis untuk menikmati Mee Rebus Udang Lipan.

lumut

lumut




Selepas selesai menikmati Mee Rebus Udang Lipan,  kami terus  bertolak pulang dan tiba di HSAH jam 9.30 malam.





*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************





Read More

Pulau Mamutik


Alhamdulillah, setleah sekian lama, berjaya juga Cik Shima menjejaki Kundasang, salah satu tempat yang memang dalam wishlist Cik Shima.

Kali ni trip singkat sahaja iaitu dari 02 Februari hingga 05 Februari 2018. Walaupun singkat memang Cik Shima puas hati.

Trip ni kali ni, hanya 5 orang sahaja iaitu Shah, En. Zol, Yati, Atul dan Cik Shima.  Macam biasa, penerbangan adalah melalui Air Asia. Kali ni  dapat harga RM259/per person.

Antara tentatif perjalanan kami :

Day 1 ( Sampai lewat malam) : Makan Seafood di K.K (02.05)

Day 2 : Snorkeling di Pulau sapi, Manukan dan Mamutik. (03.05)

Day 3 : Kundasang (04.05)

Day 4 : Kundasang/ K.K dan bertolak balik.


Kos sekali ini ialah RM600 (semua termasuk shopping kecuali tiket flight).


Tunggu Cik Shima update ya, peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang percutian di Sabah.




*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent dibuka.
**********************************************************


         



Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama