Selepas check out dari Casa Bayu, Cik Shima tak balik rumah terus. Kami singgah sekejap di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Alhamdulillah, tercapai jugalah hasrat hati nak mai. Dah lama simpan keinginan tu. 
Tak jauh pun dari casa Bayu.

Muzium ni free ja. Dalam ni boleh tengok batu-batu dan artifak yang diperolehi dari tapak-tapak candi yang dijumpai.






Bila baca sejarah negeri Kedah dan melihat binaan-binaan candi, memang kagum rasa. 
Kagum dengan kehebatan negeri Kedah satu masa dulu. Menjadi salah satu pusat dagangan yang terkenal.

Binaan-binaan yang tercipta zaman dulu dengan kepakaran orang terdahulu memang jauh beza. Sekarang banyak sangat bangunan yang mudah runtuh dan hancur. Binaan dahulu walaupun sudah runtuh tetapi masih ada sisa2 tinggalan yang masih boleh dilihat.


Barangan -barangan dagangan yang ditemui pun sama. Masih ada rupa serpihan dan juga ada yang sempurna. Hebat orang dahulu.

Kedah digelar Kedah Tua. Ada pertembungan kebudayaan antara Hindu, Cina dan Islam.
Candi-Candi yang ditemui juga banyak. Di sekitar Lembah Bujang sahaja lebih kurang 49 buah candi (mungkin lebih, cek balik fakta ya)

Sapa minat tentang sejarah dan arekeologi, boleh masuk muzium ni.


Di pintu masuk, ada terdapat kedai jual cenderamata dan juga duit-duit lama. Harganya bergantung, ada yang murah dan mahal. Pada mulanya, Cik Shima tak tertarik. Adik ipar yang pulun duk cari duit lama ni . Dia memang simpan buat koleksi. Last-last , bila dengar perbualan antara pak cik yang jaga kedai tu dengan adik ipar, menarik pula. Rupanya setiap duit lama ni, ada kisah yang tersendiri dan akhirnya Cik Shima tertarik dengan sekeping duit lama iaitu duit sekepiang. Duit ini adalah duit yang diguna pakai pada zaman Tanah Melayu (sebelum dijajah oleh British dan Jepun). Susah nak dapat. Memang duit 'rare'. Kebetulan ada 2 sahaja, jadi Cik Shima amik 1 dan adik ipar pun amik 1.

Kat sini pun sapa yang ada duit lama, boleh juga jual kat kedai ni.

Nanti Cik Shima uploadgambar  duit sekepiang ni ya. Cari dalam album koleksi gambar , tak jumpa pulak.


Jam sudah pukul 12.00 lebih, hampir pukul 1.00 petang. Pelan seterusnya nak naik candi. Memandangkan cuaca panas, kami batalkan dan berniat untuk datang sekali lagi. Dan kali ni, waktu petang dengan pakaian yang lebih sesuai.


Tunggu Next Entry -> Keriang Hill


**********************************************************
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
*Produk Vken Trave   - Stokin, Knee Pad, Wristlet*

**********************************************************







Read More
22 Mac 2019  (Jumaat)

Adik dan kawan baik dia, Nurul sampai awal sikit.  Cik shima lambat sikit sebab tunggu kak Pah selesai urusan di Kuala Muda dulu. Sementara Mak, Ayah dan Saidah akan bertolak lewat sikit memandangkan keadaan mak yang masih kurang sihat (sakit pinggang).

Sampai-sampai, budak-budaj dah terjun kolam. Cik Shima makan dulu makan tenghari memandang kan kat rumah tak makan banyak sangat. 

Tak lama, ayah pun sampai.

Aktiviti santai sahaja. Bilik VIP, memang Cik Shima ambil untuk nak stay 3 family. Mujurlah besar kan memandangkan Kak pah tak ada dalam list pada peringkat awalnya. Mak , Ayah dan Saidah tak stay, diaorang nak balik selepas BBQ.


Homestay yan

Homestay yan



6.00 petang, kami buat aktiviti sukaneka secara santai-santai. just untuk budak-budak seronok sahaja.



Homestay yan

 
Telur Busuk


Homestay yan
Musang Berjanggut
Homestay Yan


Lepas malam, kami buat BBQ. Part membakar bakar ni kami serah pada geng-geng lelaki. Ina cuma goreng nasi cina sahaja. Menu BBQ malam tu memang mewah lah pulak.



Homestay Yan



Homestay Yan
 
Sesi Penyampaian Hadiah

Setiap family diberi cabutan hadiah . Semua dapat, yang membezakan ialah jenis hadiah sahaja. dah nama santai-santai kan.



Homestay Yan






Cuaca pulak sekejap hujan, sekejap okay. Cik Shima tunggu tak habis. Memang penat. 11.30 malam dah masuk tidur.


23 Mac Sabtu ( Sabtu) 

Sedap tidur dalam air cond, serius memang tak sedar. Bila bangun, breakfast semua dah siap. Dalam kolam ada Najwa dan Jiha.

Memang puaslah depa main. pagi ni, buat aktiviti masing-masing. sempatlah Cik Shima teroka beberapa tempat yang menarik untuk bergambar.

Sekitar Casa Bayu Chalet
 

Homestay Yan


Homestay Yan


Homestay Yan

Homestay Yan




Cukup time : Check out


Review Cik Shima

Tempat ini sesuai untuk family yang mempunyai anak-anak dan yang ingin rileks2 dan santai2. Bagi bilik VIP Room memang Cik Shima puas hati.

Boleh repeat lagi. In shaa allah. Nak booking kena awal.

Boleh ke page Facebook Casa Bayu Chalet untuk maklumat lanjut. (hahahha, promosi percuma).




**********************************************************
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
*Produk Vken Trave l  - Stokin, Knee Pad, Wristlet*
**********************************************************







Read More
 
22 Mac 2019 (Jumaat)

Homestay Yan


Akhirnya hari ni tiba juga. Ada sedikit perubahan dari rancangan asal. asalnya hanya 5 Family sahaja tetapi akhirnya bertambah lagi 2 Family. Bilangan bilik tidak bertambah, tetap 5. Tak boleh tambah sebab semua dah full.

Sedikit tentang Casa Bayu Chalet.

Casa Bayu mempunyai 7 bilik termasuk 1 bilik VIP.


Bilik VIP 

Bilik VIP  didalamnya mempunyai 2 bilik. Setiap bilik mempunyai 1 katil (queen size)  dan ruang tamu yang besar. Bilik ni agak besar, boleh muat untuk 3 family (bersaiz sederhana).
harga Bilik VIP - RM250.0/ night. Bilik dan ruang tamu dilengkap aircond dan kipas. Terdapat juga sebuah peti ais dan 1 bilik air.
Bilik VIP di tingkat atas.


Homestay Yan
Bilik Tidur VIP Room
Homestay yan
Ruang tamu Bilik VIP

Homestay Yan
Ruang Luar Bilik Atas






Bilik Biasa


Mempunyai 1 katil (queen size). Dilengkapi aircond dan juga bilik air.

Tingkat atas - 2 Bilik
Tingkat bawah - 4

Jika booking  7 bilik akan dapat harga lebih murah.


Chalet ini juga dilengkap dengan 2 kolam renang, 1 tempat memasak dan  2 tempat untuk BBQ.
Untuk kegunaan pantry dan BBQ, perlu booking awal, sapa cepat dia dapat.

Dapur
Homestay Yan
Kolam Renang



Mujur adik booking awal, jadi bolehlah kami guna pantry dengan selesa.

Suasana Malam

Next Entry ...apa yang kami buat di sini..tunggu ya. :)




**********************************************************
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
*Produk Vken Trave l  - Stokin, Knee Pad, Wristlet*
**********************************************************
 


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama