TIPS RAMBUT : MENGHILANGKAN KUTU PADA RAMBUT ANAK ANDA


Apabila anak berada di alam nursery, tadika atau sekolah rendah, satu masalah yang sering dihidapai ialah rambut anak ada kutu. Datang dari mana? Selalunya berjangkit dari kawanlah. Dan jika dibiarkan, jenuh digaru, Sian anak-anak.

Dulu Cik Shima kecik-kecik, arwah pernah bgtau, jaga rambut elok-elok, meh nak cari kutu. Kalau tak bagi, nanti malam, kutu-kutu akan usung bawa pi laut. Hahahahaha, punyalah takut , serah ja kepala kat arwah mak. Macam-macam dibuatnya, sisir rambut ,ataupun diletaknya santan kat kepala.

Sekarang, dah ubat kutu. Dan yang terbaru, tanpa ubat kutu, Shampoo Santan juga dapat menyelesaikan masalah rambut anak anda. Rambut pun best ja, bau pun wangi.


Cara-caranya :-

Mula-mula bersihkan rambut dengan shampoo santan
Lepas bilas lumur sekali lagi shampoo santan
Kali ni perap dan biarkan lama sikit dalam cap rambut tu dalam 10minit.
Lepas bilas bersih-bersih. Sikat rambut dari pangkal dengan sikat kutu.Hasilnya kutu-kutu akan berguguran dengan mudah sekali.







UNTUK TEMPAHAN : 0192668244 (CIK SHIMA)

KOREA MAY 2017 : DAY 3 - SOKCHO BEACH



Dari Mount Sorak, kami naik bas yang sama untuk balik, Tapi tak terus ke guest house, masa dalam perjalanan, mata dah standby kat bus stop mana nak berhenti. So, nampak ja Sokco Beach, signboard kami pun tekan loceng turun. Aha tuh pun terlajak satu pit stop, tak pa jalan ja. Sebelum sampai sokco beach, ada onformation tourist counter dengan taxi, Ha, apa-apahal senang nanti, naik cab ja.

So, kami tanyalah kalau nak gi Abai Village, jauh tak jalan, dia bgtau dalam 500m. Hehehehe, so, dia suggest naik ja taxi. Okay, so nanti naik taxi ja. So, teruskan  dulu perjalanan ke pantai. 
Sampai pantai, cuaca agak panas, tak pa nak buat gana kan, terus jerlah jalan , alang-alang dah sampaikan. Actually, pantai dia ni besa-besa ja , taklah cantik sangat. Adalah port satu dua yang cantik untuk bergambar. So, kalau nak mai pantai ni, Cik Shima galakkan, datanglah petang-petang. 

Dekat sini juga ada satu aquarium, tapi masa kami sampai, aquarium ni dalam renovation. Tapi kalau dah siap, kena bayar lah. Gamaknya macam alal-ala under waterworld Langkawi lah kut no. So, bolehlah google .

Sokcho Beach





Berat nak angkat kaki, pasir
Sarang He
Mount Sorak

Sokcho Beach

KOREA MAY 2017 : DAY 3 : MOUNT SORAK

So, sambung balik cerita korea walaupun dan 3 bulan berlalu. Huhuhu , nak menulis pun kena ada mood jugak. Bukan Cik Shima nak menunjuk ka, sekurang-kurangnya, kat blog ni bolehlah dijadikan diari pelancongan Cik Shima. Tak pa lah, lambat pun lambat. Asalkan masih ada moment yang ingin Cik Shima titipkan,

17 MEI 2017 (RABU)

Hari ini hari ketiga, so target utama nak ke Mount Sorak. Disebabkan terlambat siap, so kami tak breakfast apa yang owner mr.egg sediakan. Tetiba rasa bersalah la pulak, Proses check out kami buat siap-siap. Memang budget takkan sempat sampai. Beg boleh tinggal kat guest house. So, nak kena naik bas bernombor 7-1, Kiranya stesen bas ni, sebelah ja terminal bus semalam. Senangkan. Pukul 9.00 kami berada di stesen bas. Tiket bas dah boleh guna T-money sebab Cik Shima google kat blog, tak boleh pakai TMoney. So, dah boleh pakai. Tambang 1,100 W

Kalau terlepas, kena tunggu 20 minit. Perjalanan dari Mount Sorak ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. So, bolehlah usha apa yang patut sepanjang perjalanan. So, masa niCik Shima nampak lah sign board Sokcho Beach dan Abai Mouel . Dalam hati, on the way balik, dah boleh singgah ni. Memang dah ada dalam itenary.

Bus memang turun kat Mount Sorak. sampai-sampai dah nampak ramai dan juga dah ada yang turun pun. Niat di hati nak sampai awal pagi, tapi tulah kan. Kita hanya merancang.

Dalam bangunan ni, ada tempat tunggu cable car. Tandas pun ada.
Bayaran Masuk : 3, 500 w  dan Cable car   : 9000 w.

Actually, tak mau naik cable car , nak hiking pun boleh tetapi memandangkan banyak tenaga nak pakai, so, kami putuskan untuk  menaiki cable car. Tapi boleh tahan jugalah, cable car ni, lagi jauh dari Langkawi punya. Macam biasa, bila naik cable car, memang Cik Shima tak akan pandang bawah, pandang aras mata ja. Ya Allah, cantik pemandangan sekeliling, ni mai musim nak summer, kalau autumn mesti lagi cantik .

Pemandangan dari cable Car. Kalau Winter, cantik lagi ni



  
Sampai stesen Mount Sorak, bermaksud tak sampai lagi ke puncaknya. Hahahaha, kena naik anak tangga untuk ke puncak. Kena memanjat jugaklah citernya. Memang out of stamina,  kalau yang tak besa. Tapi yang Cik Shima salute, ahjuma ngan ahjusi kat korea ni, walaupun sudah simamah usia, tapi masih lagi panjat, fit pulak, siap bertongkat lagi..hihihihi...rileks ja, jauh beno dengan orang kita kat Malaysia ni.

Sepanjang jalan, ramah ja yang menegur .."Are u Indonesia? " "Are U Malaysia?" , sebab bertudung gamaknya. Tak payah nak introduce dah. Nampak na, ramai tourist dari dua negara ni. Demam KPOP kut.

banyak pemandangan seperti ni sepanjang jalan


Mula start memanjat. Tangga


Langkah demi langkah akhirnya, kami sampai juga ke puncak Mount Sorak. Apa yang menariknya di sini, tak tahu nak cakap. Yang pasti , pemandangan dan puncaknya yang berbatu memang menarik.






Agak susah nak amik gambar masa ni sebab ramai sangat orang. Tak pa yang penting snap ja, at least ada kenangan.

 


Dah puas, so kami pun decide untuk turun, sebab next target nak singgah Sokcho Beach dengan Abai Village. So, masa turun, baru sempat ambil gambar sekitarnya. Tak dinafikan , kalau datang masa musim bunga atau autum, memang cantik kawasan sekitarnya.




Tak sah kalau tak ambil gambar dengan beruang ni
 

Isi perut dulu sebelum meneruskan perjalanan

Kafe di sekitar Mount Sorak
Selamat tinggal Mount Sorak





KENAPA SHAMPOO SANTAN TIDAK BERBUIH



"Haih..  Apa punya shampoo laa kau bagi aku ni? Letak banyak-banyak pun tak ada buih.
 Takde feel la nak shampoo rambut.
 Tak taulah bersih ke berkesan ke tak? Tak guna lagilah"

Inilah antara maklumbalas seorang  pengguna shampoo santan masa mula-mula dia pakai.  Sekali dua je pakai dah tak nak paka kerana tidak ada buih. Dan inilah penjelasannya.

Shampoo santan ni tiada bahan kimia berbahaya seperti  kebanyakkan shampoo yang berada di pasaran. Antara bahan kimia yang ada dalam shampoo komersial di pasaran adalah carcinogenic, hazardous chemical agents seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS), paraben, fragrance, polysorbates dan triclosan
 
Bahan kimia inilah yang menyebabkan shampoo tersebut mempunyai buih banyak. Ini akan menyebabkan rambut rasa kesat dan kering.  Lama-lama rambut jadi terhakis dan rapuh.  Tu yang buatkan rambut senang gugur, kulit kepala kering tak bermaya. 

Tetapi  dalam shampoo santan ni ada
• Santan kelapa
• Minyak kelapa
• Minyak rosemary
• Minyak pati oren
• Xanthan gum & guar gum (penstabil untuk tahan lebih lama pada suhu bilik)

Tiada  langsung bahan-bahan kimia berbahaya,  semua bahan semujadi dan tradisional.

Selepas diberitahu penjelasannya, pelanggan ini terus pakai sehingga sekarang dan sudah lebih 3 bula. Dan ini adalah feedback nya,


"eh lepas aku continue pakai shampoo santan ni dah masuk 3 botol aku sorang je.  Rambut gugur pun dah kurang, kulit kepala pun dah tak gatal.  Dan yang paling best rambut rasa licin, berkilau, rasa berminyak tapi takde sapu minyak pun"

Lepas tu dia cuba pakaikan dekat anak dia

 " Budak pun boleh pakai lah.  Rambut qalesya makin lebat tau, cantik, dulu ada eczema sekarang dah hilang takde gatal2 lagi,  dah tak menggelupas kulit kepala. Bahagian leher tengkuk pun sapu sekali. Hilang dah kesan gatal2 "


Bermula dari pengguna biasa dan terus pakai walaupun pada peringkat awalnya tidak berapa yakin dan akhirnya terus menjadi agent. 

PENYEBAB RAMBUT KERING DAN MENGEMBANG

TIPS RAMBUT SIHAT
================


Penyebab Rambut Kering dan Mengembang

Kesan daripada sinar matahari yang terlalu panas dan menyengat
  • Penggunaan pewarna rambut yang mengandungi zat kimia keras
  • Kesan buruk daripada klorin di kolam renang mahupun air panas
  • Cara merawat rambut kering dan mengembang yang salah seperti terlalu sering memakai shampo, menggunakan alat penata rambut seperti hair dryer dan hot roller
Penyelesaian Mudah Dan Berkesan,

Shampoo Santan


PETUA RAMBUT : KELEBIHAN SANTAN





Tahukah anda?? 

SANTAN mengandungi vitamin E dan lemak, yang memberi kesan dalam melembapkan rambut.
SANTAN boleh menyuburkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
SANTAN boleh mengawal keguguran rambut.

SANTAN juga merupakan salah bahan utama di dalam shampoo santan. Jadi ini menyebabkan shampoo santan mempunyai kelebihan yang tiada pada shampoo lain.

Shampoo santan juga tidak memerlukan perapi rambut (condtioner) tambahan seperti kebanyakan shampoo yang berada dalam pasaran.


Kenapa mesti bayar lebih untuk merawat rambut anda jika sudah ada di mata anda yang boleh membantu dengan kadar berpatutan?
 
Bantulah rambut anda. Siapa lagi nak bantu jika bukan anda..





Cik Shima
0192668244

FAQ : SHAMPOO SANTAN

F.A.Q (Frequently Asked Question) 


 

Berapa ml shampoo santan ? 
Jawapan : 250ml sebotol

Boleh tahan berapa lama? 
Jawapan : 2 bulan pemakaian dua hari sekali. Tetapi shampoo ini digalakkan pakai berselang 2 atau 3 hari kali sehari bagi membolehkan santan meresap ke dalam kulit kepala.

3. Ada expired tak?
Jawapan : Mestilah ada, expired shampoo biasanya 4 bulan dari tempoh beli. Shampoo dibuat freshly setiap minggu. Dan di botol shampoo ada expired date.
4. Untuk apa shampoo tu sis?
Jawapan : Untuk mengurangkan keguguran, kelemumur & merawat gatal2 kulit kepala
5. Diperbuat dari apa?
Jawapan : Bahan utama ialah santan asli, minyak kelapa, minyak pati oren & rosemary
6. Bau santan ke?
Jawapan : Tak sis, bau oren segar dari minyak pati oren
7. Tak perlu pakai conditioner ke?
Jawapan : Tak perlu , sebab shampoo santan adalah bebas SLS. SLS nilah dalam komersil shampoo, buat rambut kering. Shampoo Santan melembapkan rambut, tak perlu conditioner.
8. Untuk kanak-kanak boleh?
Jawapan : Sesuai untuk kanak2 & bayi 6 bulan ke atas.
9. Lelaki?
Jawapan : Lelaki & perempuan semua boleh pakai.
10. Kulit sensitif boleh pakai?
Jawapan : Untuk kulit sensitif elakkan shampoo yang guna SLS. So, ye kulit sensitif boleh pakai shampoo santan. Ada feedback positif dari customer pesakit eczema.

Semoga bermanfaat.

Untuk pembelian, boleh hubungi Cik Shima - 0192668244. Promosi masih berlangsung sehingga 23 Julai 2017.

SHAMPOO SANTAN : CONTEST LUCKYDRAW BELI DAN MENANG EMAS



Emas

Setiap pembelian mana-mana produk My Home Lab melayakkan anda untuk menyertai contest ini.

Setiap 1 pembelian melayakkan anda menerima 1 penyertaan.

Contest ini bermula dari 10/6/17- 16/7/17

Pelanggan boleh membeli sebarang produk My Home Lab dengan ejen sah berdaftar dan ejen akan hantar penyertaan anda di HQ.

Anda boleh menyemak nama penyertaan anda di page Shampoo Santan HQ.

Keputusan lucky draw akan di buat secara live pada 17/7/17 di page rasmi Shampoo Santan HQ.

Cara-cara  daftar Lucky Draw Contest.

1. Ejen mesti submit penyertaan di no HQ 018-2206339

2. Detail:
Nama Pelanggan
Nama Fb Pelanggan
No Telefon Pelanggan
Alamat Pelanggan

Nama Ejen
Nama Fb Ejen
No MHL Ejen

3. Beserta resit/screenshot pembayaran dari pelanggan untuk pengesahan.

Untuk pembelian online upload screenshot online banking, untuk pembelian cash/cod guna resit pembayaran cash. Pelanggan sign di resit cash.  Buku resit RM1.50 pun boleh janji ada bukti pembayaran.

promosi rambut gugur



KOREA MAY 2017 : DAY 2 : BUSAN -> SEOUL ->SOKCHO

16 MEI 2017 (SELASA)

Hari ni, ikut plan nak bertolak ke Sokcho, awal pagi. Nak amik bas dari Nopo-dong subway station. Cuma terlupa nak snap masa tengah cari jadual bas ke sokcho. Cari balik tak jumpa. Ada 8 perjalanan  ja dari Busan. Setelah review balik, jadi kami decide nak amik bas dari Seoul, sebab dari Seoul bas ke Sokcho sentiasa ada bas. So, moral of story, make sure plan betul- betul.  Silapnya, semalam tak pergi terus amik tiket. Huhuhuhu...balik google kat Malysia , terus jumpa...Sadiss..

Nih waktu perjalanan kalau nak naik bus dari Busan ya (lepas balik Malaysia, baru jumpa)

 Go to Pusan Central bus terminal at Nopo-dong subway station.
06:58 08:40 09:34 10:03 10:54 11:20 12:05 13:02 14:02 21:10


Kebetulan kami ada voucher discount KTX - 30% untuk one way perjalanan.  Dapat dalam 41500 w. Darab sendirilah no duit Malaysia. Perjalanan KTX mengambil masa dalam 2 jam, dan bas Seoul ke Sokcho lebih kurang dalam 2 jam setengah atau 3 jam. So, lagi cepat dari Busan ke Sokcho, lebih kurang 6@7 jam.

Lagi sekali kami ke Busan Station, kena keluar atau lalu bawah tanah untuk ke KTX Busan Station. So, kami dapat tiket dalam pukul 12.15 tengahari. Sementara menanti train, sempatlah bergambar. 
Alhamdulillah, masuk hari kedua, perut dah tak meragam. Semalam dah try banana uyu, so berlaku lah proses pembuangan yang sempurna. Hihihi. 

Busan KTX

Harga
Actually, kami pun tak tahu dapat harga yang mana, bila kira-kira balik , tak dapat pun harga seperti yang di paparkan. Tak palah, at least boleh naik KTX.  Wifi, ada dalam KTX ni. Memang tak boringlah kan. KTX ni macam ERL lah. Laju. Tapi dok dalam tuh, tak rasa sangat.







so, tak adalah citer train to Busan ya, yang ada train to Seoul . Hehehehe. So, dalam KTX layan jer wifi. Rasa mengantuk , tidur, Sedar-sedar dah  sampai ke Seoul.  Sampai di Seoul, kami nak kena naik subway ke stesen Dong Seoul Bus Terminal.  Wah,  Seoul subway...boleh tahan. Memang tak leh guna lift, nak guna kena call diaorang. Actually, lift di Korea untuk Citizen dan family yang bawa anak kecil ja, tapi sepupu atul bagitau, kalau bawa beg troli, boleh nak naik lift. Diaorg tak pandang sangat...Tapi kat Seoul subway, memang tak leh guna. Interchange pun jauh. Escalator pun tak friendly sangat. Huhuhuhu..bertabah. Mahu tak mahu memang kena hadap jerlah.

Nak ke  Dong Seoul Bus Terminal, kalau guna subway kena turun di Gangbyeon Station (exit 4). Pas tu nanti akan nampak bangunan di depan, so, kena lintas jalan. Stesen bas ke sokcho berada dalam bangunan tuh. So, terus  beli tiket. Harga tiket 17300 w. Masa ni, lagi 15 minit bas nak bertolak. Nak solat, memang tak sempat masa tuh, so, kena solat atas bas. Dalam 15 minit tuh, terus ke toilet, amik air sembahyang siap-siap. Naik bas terus solat. Makan pun ala kadar ja, berbekalkan roti, air mineral dan biskut. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang dua jam setengah@3 jam. Sempatlah terlelap dalam bas.





Di Sokcho, kami stay di Mr. Egg House. Masa kami sampai, masih lagi cerah.  Hotel yang kami nak duduk ni , memang tak jauh dari seten terminal. Turun ja dari terminal, terus ke kiri, nanti akan jumpa traffict light, lintas traffic light. Guest house ni , betul-betul di simpang traffic light. Perlu diiingatkan, reception diaorg bukan 24 hour, so, kalau kita sampai lewat, kena inform awal-awal. So, sampai-sampai tak ada orang, yang ada kunci ngan nombor bilik. So, kami pun amik dan terus naik bilik. Sadisnya, tingkat 3. Dan Guest house ni tiada lift..huhuhu, kena menapaklah jawabnya. hari ni memang  hari menapak sedunia. Mood nak amik gambar pun dah kurang. Faktor pencahayaan dalam bilik dan juga faktor keletihan. 

Kali ni kami dapat katil double decker. Hihi, dah lama tak tidur guna double decker. Last masa study lah kan.

Penat angkat beg



Tengah berehat, ada orang ketuk bilik. Rupa-rupanya staff guest house..tak tahulah staff ke owner ka ..lupa nak tanya nama. Dia bagi briefing sikit. Esok, katanya dia akan buat light bfast. Pas tuh, dia bgtau password wifi. Kalau tak dapat, kena kuar duduk di ruang tamu. Malangnya, memang tak dapat wifi pun. Em..redho jerlah. Nak kuar ke depan, dah rasa malas.

Ingat pelan nak kuar jalan ke pantai Sokcho, sebab masa lintas tadi, nampak pantai lebih kurang 500m ja. Tapi Aishah dah kena serang migrain, jadi kami amik keputusan, berehat jerlah. Lagipun masing-masing mengharungi perjalanan yang agak panjang hari ni. Rehat dan sambung esok perjalanan kami.





KOREA MAY 2017 : DAY 1 - BUSAN ( KIMCHI GUEST HOUSE & DANOBI TRAIN)

15 MEI 2017 (ISNIN)

Lega, dah selamat landing kat airport dalam 8.15 pagi.  

Dah sampai airport, kena ke kaunter imigresen lah kan. Masa ni, Cik Shima dah nampak toilet, tapi rasa malas pulak nak masuk, so, terus ke imigresen. Mak aii, ramai dan agak slow jugak lah. Huhuhu...memang mana-mana kaunter imigresen luar negara, memang slow yerk...kat Ausie hari tuh almost 2-3 jam juga lah baru setel.

Masa ni, Cik Shima dah tak sedap perut, so, kena gi toilet jugaklah. Toilet luar negara, tak semua sama macam Malaysia tau. So, kena standby botol kosong dan juga wet tisu, kalau nak mudah. Dah pesan pada member, kalau u all keluar dulu, tunggu kat depan. Bila dah ke toilet, lega sikit perut. Masa ni Cik Shima berdoa lah, moga-moga berterusan. Seksa oo.. Cik Shima keluar dari toilet Airport, tak settle lagi rupanya. Masih di line yang sama, so hadap jerlah.  Sejam lebih jugaklah.

Keluar dari airport, ha..dah terpinga jap. Ikut planinng, kami nak beli one day pass sebab nak round Busan. One day pass ni, hanya untuk subway ja. Lebih jimat kalau bayar guna Tmoney. Tanya kat kaunter airport, dia suruh ke next station. Masa ni, Cik Shima tak teringat, actually kalau tak ada kat airport , kena gi Busan Station jer. Tetiba jadi blur. Plan kami pulak nak terus ke Kimchi Guest House, untuk drop bag. Kami dah inform diaorang nak check in awal, tapi tak boleh, kena check in kul 3 pm juga, tapi kalau nak drop bag tak ada masalah. Mahu tak mahu kami top up juga Tmoney siap-siap, 10000w, lagipun nanti nak pakai dekat seoul juga. Nak top up, masa awal blurr la juga, tapi jangan risau, ramai orang Korea akan tolong tunjuk. Diaorang memang friendly. Nak top up, kena duit ngam-ngam tak ada return ya.

So, kami terus ke subway dari airport, dekat ja..nanti nampak signboard. Kimchi Guest House kena turun di station Beomnaegol. So, kena interchange di Sasang dan juga Samyeon . Actually, tak perlu hafal sangat. Yang penting tahu station mana nak naik dan naik turun. Install Korea subway app kat fon, dah boleh study. Dekat subway pun ada map, so, dah boleh tengok kat situ.

Subway App Korea






Cara2 nak ke Kimchi Guest House.
Coming from Gimhae Airport by Subway
1. Take Busan Metro Line #BGL(Busan-Gimhae Light Rail Transit) to ‘Sasang Station’(3 subway stops).
2. Get off at ‘Sasang Station’ and TRANSFER to Busan Metro Line #2 towards ‘Seomyeon Station’
(8 subway stops).

3. Get off at ‘Seomyeon Station’ and TRANSFER to Busan Metro Line #1 towards ‘Beomnaegol Station’(1 subway stop).
4. Come out from Exit #8(There is an elevator).
5. Walk straight 20 meters out to the exit and turn right at the first alley.
6. Walk straight 40 meters and turn left.(You will see a big sign on the top of the guesthouse)
7. Walk straight 20 meters and turn right.(You will see a small circle sign at the corner)
8. Walk straight 20 meters and You will see the ‘KIMCHEE’ sign on your right side.


So, dah sampai sini, kami buat urusan pendaftaran dulu. Lepas tu rehat kat kafe. Nak susun balik barang , nak bawa beg kosong ja. So, apalagi makan dulu lah kan. Aku makan roti ja, sebab perut tak berapa sihat lagi kan. Makan-makan, rehat. Lama jugalah. Lepas tuh elok ja, kami nak bergerak, reception bagitau, bilik dah ready. Yes..dah boleh bawa naik barang, tukar baju. Hotel ni ada lift.


Masuk bilik ja, apalagi berposinglah kan, sebelum bilik berubah wajah. Wifi ada, kalau ikutkan ada tertulis kat form ka apa ntah ,nak guna wifi, kena bayar. Tapi bila belek2 terpampang password wifi kat area reception. Hihi, try lah guna. Memang dapat pun. So, settle, tak ada masalah.








Toilet dia luas




Bila dah naik bilik, mandi dan solat dulu lah kan. Tengok-tengok jam, wah cepatnya masa berlalu. So, check balik Itenary, memang tak leh cover semua. So, kami pilih ja, satu tempat dulu, ke Danubi Train.


Danubi Train  

Nak ke danobi Train, kami kena bas di Busan Station (Exit 7). Dah nampak bus stop. Kena tunggu bus 101 atau 88. Malangnya kami tersalah bus stop. Nasib baik, ada korean guy yang bagitau. Rupa-rupanya seberang jalan, satu line dengan China Town. Huhuhu. So, kami kena melintas jalan.


Dapat naik bas, satu masalah, peta yang dalam semua bahasa korea  Tapi dalam arah laluan yang ada pada zue, bagitau last stop. Okay. Perjalanan mengambil masa dalam 30-45 minit jugaklah. Rupa-rupanya dalam bas, ada  bgtau bus stop mana2. Mana2 tempat yang jadi tumpuan pelancong, keluarlah bahasa Inggeris. Okay, settle.  Alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Actually, Danubi Train, Taejongdae Resort Park dan Yeong Do lightHouse ni satu tempat. Nak ke Yeong Do Light House tuh, kena naik Danubi Train. Tapi Light House masa kami sampai, tutup..huhhuhu..tak apalah redha ja.

So, kami naik danubi train. Harga tiket dewasa 3000w. So, turun di Observatory Deck. wah memang tenang. Best tengok pemandangan laut.


























BUSAN STATION

Balik ke Busan Station, dah hampir nak gelap. Cantik pulak dataran Busan ni, Sebelah stesen bus, dah nampak China Town, so kami berjalan nak ke sana, tetiba kami rasa scary pulak, bau arak muncul...huhu, rasa nak mual, akhirnya tak jadi, kami patah balik. Terus lintas ke Busan Station. Kat dataran busan tuh, nampak cantik pulak, so sempatlah berposing sebelum balik ke Kimchi Guest House.















Masa Cik Shima tulis, gambar banyak dalam kamera member, tak terima lagi dari dia.