Selsema dan Bawang Putih

Teks : Sharimah Binti Yahya



Masuk hari ni, tak tahu dah hari ke berapa tak sihat. Mula-mula demam, kemudian, selsema, demam balik dan akhir sekali batuk. Blog pun tak sempat nak update. Jika diikutkan, rasa macam banyak jer nak dicoretkan dalam blog ini tapi idea demi idea akhirnya hilang.

Beberapa hari yang lepas, aku terkena selsema pada waktu malam. Disebabkan bekalan ubat selsema tiada stok, jadi terpaksalah tanya Mr. Google untuk petua tradisional yang boleh mengurangkan keadaan selsema aku yang makin teruk. Akhirnya terjumpa satu petua iaitu bawang putih. Bila sebut bawang putih terbayang kepedasannya tetapi kerana sudah tidak tahan, terpaksalah aku mengalah. Apa yang aku buat, amik 3 biji bawang putih, hiris nipis-nipis dan terus  makan. Lebih kurang 30 minit selepas itu, selsema sudah berkurang dan akhirnya aku terlelap hingga ke pagi.

Apabila bangun, aku dapati keadaan selsema aku sudah tiada. Alhamdulillah, berkesan juga dengan bawang putih. Ternyata bawang putih memang banyak khasiatnya. Boleh tanya pak cik Google untuk maklumat lanjut.




Kelas Blog Mula Bisnes - Noor Azila Mohamad

Kelas Blog Mula Bisnes - Noor Azila Mohamad

Teks asal : noor azila mohamad 

Sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html
Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.
Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.
Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi  risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.
Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...

***********************************************************************************************************
Ingin menjadi sebahagian dari peserta ABDR.
Boleh whatsapp/pm saya : Sharimah Binti Yahya (0192668244)




Petronas Dino Trek 2, Alor Setar

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Google




Pameran interaktif  'Petronas Dino Trek 2'  iaitu pameran bergerak haiwan prasejarah dinosour dibawa ke Kedah bermula pada 11 Oktober 2014 hingga Mei 2015.




Ini merupakan siri kedua yang diadakan di Kedah selepas siri pertama pada tahun 2004. Kali ini pameran diadakan di Balai Seni Negeri, Alor Setar. Ia dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang.


Kisah seterusnya klik di sini --->Alami Pengalaman Dunia Dinosour


Harga Tiket :

RM4.00 (Rombongan Sekolah)

RM10.00 (Dewasa)

RM5.00 (Remaja dan Kanak-Kanak)

RM20.00 ( Dua Remaja/Kanak dan Dua Dewasa)

Percuma - Kanak-Kanak di bawah umur empat tahun

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.petrosains.com.my


Langkawi : Taman Lagenda Langkawi (Legend Park)

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Google

Lokasi : Kuah.



Taman Lagenda



Taman ini terletak bersebelahan dengan Dataran Helang.  Sudah lama aku tidak mengunjungi taman ini. Kali terakhir aku kunjungi semasa arwah kakak masih ada dan belum berumahtangga.  Sekarang, anaknya yang sulung sudah pun berusia 14 tahun.

Pada peringkat awal pembukaan, bayaran masuk dikenakan. Tahun demi tahun berlalu, akhirnya taman ini telah dijadikan taman rekreasi.

Taman Lagenda


Taman Lagenda



Taman ini dibina untuk menceritakan tentang sejarah Langkawi. Ia terdiri daripada empat buah tasik buatan, 17 monumen yang mempunyai cerita tersendiri seperti sumpahan Mahsuri, Jentayu dan Garuda, telaga tujuh dan beras terbakar.

Taman Lagenda


Insya Allah, aku akan cuba mengunjungi sekali lagi taman ini apabila aku ke Langkawi nanti.


Langkawi : Pemandangan Indah (Look Out Point)

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi & Google

Lokasi : Ulu Melaka


Salah satu lokasi yang agak menarik untuk dikunjungi ialah Pemandangan Indah (Look Out Point). Berada berhampiran dengan jalan utama dari Kuah ke Ulu Melaka.  Dari tepi jalan, akan kelihatan papan tanda Pemandangan Indah (Look Out Point). Ikut sahaja, arah tersebut. Dari tempat kereta, pengunjung perlu mendaki anak tangga untuk ke menara,

Pemandangan Indah


Dari menara, pengunjung boleh menikmati pemandangan sekitar pantai Langkawi dan juga airport Langkawi. Menurut anak saudara, pemandangan pada waktu malam sebenarnya lebih cantik daripada waktu siang. Cuaca yang baik dengan angin yang sempoi-sempoi bahasa memang menyenangkan. Sesuai untuk dijadikan tempat istirehat dan menenangkan fikiran. Cuma bagi kaum wanita, jika hendak datang ke sini seeloknya-eloknya berkumpulan kerana persekitarannya agak sunyi.

Pemandangan Indah

Pemandangan Indah


Langkawi : Laman Padi

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi dan Google

Lokasi : Jalan Pantai Cenang
Tiket Masuk : Percuma


Laman PadiLaman padi sebenarnya merupakan salah satu lokasi yang menarik sebenarnya. Sudah beberapa kali aku menjejaki bumi Langkawi namun tidak pernah aku kunjungi sehinggalah pada 11 September 2014 yang lalu. Bagi aku sebenarnya destinasi agak kurang popular di kalangan pengunjung. Tidak ketahui mengapa tiada publisiti seperti tempat-tempat lain.





Laman PadiKawasan ini siap dibina dan beroperasi pada tahun 1998 dengan keluasan 14.28 ekar. Apa yang menarik di sini ialah pemandangan sawah padi yang luas. Bagi pengunjung yang tidak pernah merasai pengalaman berada di sawah bendang, inilah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Cuma pastikan jika boleh tidak datang pada musim hujan kerana pada waktu ini keadaannya agak becak. Kawasan ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi pengambaran terutamanya untuk outdoor wedding photography.


Laman Padi


Selain itu, terdapat juga beberapa galeri yang boleh dikunjungi di sekitarnya seperti galeri warisan. galeri padi, laman variasi dan laman herba.

Laman Padi


Peta Lokasi



Langkawi

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Google

Sedar tak sedar sekarang sudah memasuki bulan Oktober 2014. Tidak lama lagi, tibalah musim cuti persekolahan. Ramai ibubapa sudah pasti telah merancang percutian ke destinasi-destinasi menarik samada dalam Malaysia atau luar negara. Salah satu antara percutian yang popular ialah Pulau Langkawi yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Bukan sahaja mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati  malah ia merupakan juga syurga beli belah terutamanya kepada kaum wanita.


Dataran Helang 


Apabila bercerita tentang Langkawi , lokasi-lokasi yang berada di dalam untuk dikunjungi adalah seperti Makam Mahsuri, cabel car, Pantai Canang, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Air Hangat dan Underwater World, Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Tasik Dayang Bunting. Setiap kali membawa keluarga inilah antara lokasi-lokasi yang akan dikunjungi . 





Sebenarnya masih ada beberapa lagi lokasi yang menarik dan perlu diberi perhatian seperti :-
Ketiga-tiga tempat ini tidak dikenakan bayaran harga masuk. 







Cadar Oh Cadar

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi


Yes!! Akhirnya hari ni dapat juga kemaskini blog. Kali ni nak bercerita sedikit tentang cadar cotton. Ala cadar cotton dari negara Cina tuh. Sebenarnya cadar ni dah lama berada di pasaran Malayaia. Pada peringkat awal kemunculannya, aku buat tak endah jer dengan cadar tuh. Tidak tahu kenapa, sehinggalah my boss mula terlibat dengan perniagaan cadar tersebut. Itupun pada awalnya masih buat tak kisah sehinggalah beliau membuka peluang untuk pendaftaran sebagai ejen di bawahnya.x

Memang susah jika kita menjual atau mempromosi sesuatu produk jika kita sendiri tidak mencubanya. Pelbagai soalan dari pelanggan membuatkan aku nekad untuk membeli satu set. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan testimoni.  Ternyata ianya amat berbaloi.



Tidak perlu mengemas katil setiap pagi, tidak risau setiap kali anak saudara melompat-lompat diatas katil, membuatkan aku rasa selesa dan terus jatuh cinta. Ini telah menarik ibu dan ibu saudaraku untuk membeli cadar ini. Sehingga kini aku dan ibu telah menambah satu lagi koleksi cadar sebagai tukar ganti.

Pada hujung Oktober 2014, stok baru akan tiba. Pelbagai corak baru telah dimasukkan dalam katalog Oktober 2014. Aku pula masih dalam dilema untuk menambah atau tidak. Daddy pasti bising, membazir katanya.

Antara Katalog Oktober 2014




Untuk katalog penuh boleh layari fb:  Cadar & blouse

Sebarang pertanyaan atau tempahan :0192668244





Ulasan kelas Blog Penulisan - Natrah Mohamed

Ulasan kelas Blog Penulisan - Natrah Mohamed
Ulasan kelas Blog Penulisan


Bagaimana saya mengenali ABDR ini?

Eh, ABDR apa?

Akademi Berkerja Dari Rumah.

Di asaskan oleh Pengetuanya iaitu Puan Masayu Ahmad.

Sebenarnya saya sudah lama terfollow Puan Masayu ini. Rasanya sejak 2008 lagi. Sejak saya kenal beberapa rakan blogger. Saya jumpa link ke blog Puan Masayu iaitu, Naufalsayang.blogspot.com. Masa itu, saya suka membaca blog-blog. Blog Puan Masayu adalah blog yang saya follow dan letakkan link di blog saya. Hanya beberapa blog saja saya letakkan link mereka. Mereka semua saya kenal di alam nyata. Tapi Puan Masayu saya tidak kenal di alam nyata. Apa yang menarik sangat untuk saya follow blog beliau? Kerana beliau menulis dan update hampir setiap hari. Kerana beliau sedang memperjuangkan berkerja dari rumah.

Tahun 2010, saya melahirkan anak sulung. Rasanya Puan Masayu juga bersalin tahun yang sama. Satu-satunya anak perempuannya. Beliau berpindah ke Kelantan dan mula mempromosi Akademi Berkerja Dari Rumah. Saya waktu itu, berbelah bahagi dan tidak yakin. Hanya mengikuti secara jauh. Setiap hari Puan Masayu update perkembangan kelasnya di FB. Saya masih hanya pembaca dan penglike setia. Cita-cita kecil saya mahu menulis, tapi tak tahu apa yang mahu ditulis, jadi saya mengikuti penulis-penulis secara dekat tetapi senyap. Blog yang entah ke berapa saya buat: JurnalNM dibuat bagi memenuhi impian menulis itu. Saya namakan JurnalNM kerana saya tahu ia bakal dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan entry yang bercampur aduk. Entry awal saya dalam blog ini adalah cerpen yang sangat pendek. Hehehe.

2 tahun saya tinggalkan blog itu, akhirnya saya kembali buka dan update. Sejak saya menyertai Shaklee. Saya mula menulis dan berkongsi tentang Shaklee. Tapi, tidak konsisten. Saya upah kawan baik saya yang kretif untuk tolong hiaskan.Boleh jenguk blog Nabilah Ahmad iaitu Tautan Hati Nabilah Hasyim untuk menilai betapa rajin dan kreatifnya dia. Sebotol ESP upah yang saya tawarkan.

Saya perlu mencari kekuatan dan sokongan untuk terus update blog. Jika tidak, ia bakal menjadi tukun tiruan. Setiap hari, di newsfeed FB saya sering melintas status Puan Anys Idayu Zakaria yang bercerita tentang ABDR. Akhirnya saya ambil keputusan bertanya lanjut. Dengan penuh sopan santun, lemah gemalai saya PM Puan Anys :)


Saya tak kenal Puan Anys sebenarnya. Tapi kerana statusnya sering melintas di newsfeed, akhirnya menarik saya menyertai ABDR. Tapi, sebelum menyertai, saya ambil masa yang lama. Kerana, saya perlu buka blog baru dan tinggalkan blog lama. Walaupun Puan Anys nasihatkan saya gunakan kedua-dua blog, namun saya tahu, tak kan ku mampu menjaga kedua-duanya serentak.
Akhirnya saya sertai ABDR dan mula mengikut tutorial yang diberi. Buat blog dengan nama sendiri sebagai url blog, update blog setiap hari, letak pop up FB fanpage, letak gambar ABDR.  Kenapa nama sendiri? Kerana ia membantu penjenamaan. Syok juga letak nama sendiri. Hihi..
Semakin hari saya mula yakin untuk menulis kerana tahu fokus. Saya hanya perlu update dan buat entry tentang Panduan Penjagaan Anak di Rumah. Ia tajuk blog saya. Selang seli dengan entry produk Shaklee serta aktiviti berkaitannya. Kadang-kadang berlari-lari anak juga dari fokus tajuk. Tapi saya usahakan cukup 44 entry untuk graduasi dari kelas ini. 
Alhamdulillah, setiap entry saya di blog, Puan Anys kongsikan kembali di FB. Dengan cara itu, pengunjung ke blog saya makin bertambah dari hari ke hari. Suka tau ! Jika blog dulu, agak lambat untuk naikkan jumlah pelawat. Sekarang dengan bantuan Puan Anys serta sahabat-sahabat dalam ADBR yang sama-sama bertukar link di blog masing-masing, ia menjadi cepat dan mudah. Tapi, kena rajin update entry la kan?
Pelajar perlu siapkan 44 entry untuk layak masuk ke group alumni ABDR. (44 entry ye. Bukan 44 hari berpantang !) Genap 44 entry sudah lama. Syarat terakhir, saya perlu menulis ulasan tentang kelas  ABDR ini. Sebab itulah, saya bersengkang mata menyiapkan ulasan ini.

Ok, itu saja ulasan saya.

Ayat terakhir yang mahu diberitahu, tak menyesal sertai ABDR !
Selamat berjaya geng ABDR semua.
Natrah aka Mama Nasih

Makluma lanjut