Checklist sebelum travel

Checklist sebelum travel
Teks : Sharimah Binti Yahya

Sebelum saya memulakan perjalanan ke mana-mana, perkara yang selalu buat adalah membuat senarai semak untuk memastikan barang-barang atau keperluan yang penting tidak tercicir.

Contoh senarai semak:-

SENARAI

Kad Pengenalan
R
Passport/Visa (Luar Negara)
R
Tiket Pengangkutan Awam
R
Wang Yang Ditukar (Luar Negara)
R
Kamera dan Charger
R
Telefon dan Charger
R
Universal Adapter (Luar Negara)
R
Power Bank
R
Pakaian
R
Ubat-Ubatan
R
Pakaian Solat
R
Barang Keperluan Diri
R



Power Bank

Power Bank
Entri kali ini adalah berkaitan dengan POWER BANK. Apa itu Power Bank ? Power Bank adalah merupakan satu alat kecil yang mudah dibawa kemana-mana yang berfungsi untuk mengecas kemabli gadget (telefon bimbit, ipad, tablet dan sewaktu dengannya) apabila gadget tersebut kehabisan bateri.

Siapa yang perlu guna Power Bank(WAJIB)
  • Orang yang selalu melancong
  • Orang yang kerap menggunakan gadget untuk mengambil gambar dan mengedit gambar
  • Orang yang selalu mengguna What's App, Facebook, Instagram dan sebagainya.
  • Orang yang selalu main game dengan menggunakan gadget.

Tips memilih Power Bank 
  • Jenama -  pilih jenama yang sudah dikenali.
  • Jaminan- pilih power bank yang memiliki jaminan sekurang-kurangnya setahun 
  • Kapasiti - pilih kapasiti power bank mengikut keperluan gadget
  • Harga    - Buat kajian harga sebelum membuat sebarang pembelian


Kuasai Khidmat Pelanggan





rahsia khidmat pelanggan online
Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com

Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

-Meningkatkan kesetiaan pelanggan
Usahawan harus biajak menjadikkan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

-Menjaga integriti
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggann dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

-Menjaga hubungan dengan pekerja
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.

Hubungan sebagai majikan, anda perlu memberikan skop tugasan yang jelas kepada pekerja. Bayaran yang bakal mereka terima juga perlu diberitahu awal dalam sesi perbincangan persetujuaan kedua belah pihak. Sebaik-baiknya memberikan skop tugasan secara bertulis untuk memudahkan pembantu merujuk jika menghadapi masalah. Walaupun bisnes dari rumah yang dikendalikan adalah skala kecik tetapi menjaga pekerja sama seperti menjaga kesinambungan bisnes agar terus sukses.

-Memudahkan pelanggan untuk membeli
Berurusan melalui emel dengan pelanggan atas urusan bisnes, maklumat dan perkembangan terkini produk jualan. Anda perlu menyegerakan pesanan dan penghantaran. Dalam kes-kes tertentu usahawan boleh bertanya pelanggan untuk mengetahui status terkini barang sudah sampai dengan selamat atau sebaliknya.

Bagi pelanggan yang baru atau pelanggan setia, anda boleh membuat survey produk apa yang dingini dan pakej bagaimana yang dia suka. Boleh juga memberi kupon harga istimewa atau keratan iklan promosi sepanang tahun dalam bawang yang sudah dipesan untuk pembelian seterusnya.

-Memberi informasi yang jelas
Salah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah memberi penerangan yang jelas tentang produk, terma dan syarat tempahan dan bayaran, status berkaitan barang rosak, tidak boleh dipulangkan selepas pembelian, status barang yang dihantar serta khidmat nasihat susulan selepas menggunakan produk


MILIKI eBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN ONLINE

rahsia khidmat pelanggan online
SIRI 1 : TERBITAN PADA 25 SEPTEMBER 2014
Harga Promo :
RM30.00 
(50 orang terawal sahaja)

Harga Biasa : RM50.00

Sila hubungi saya /whatsapp untuk tempahan : 
0192668244





Anjung Muara, Tanjung Dawai

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi

Anjung Muara
Tanjung Dawai


Kali ni nak bercerita sedikit tentang Restoren Anjung Muara. Restoren ni terletak di Tanjung Dawai. Jadi-jadi kalau ada sesiapa yang datang ke Tanjung Dawai, bolehlah singgah makan di restoren ini. Memang tak rugi. Disebelahnya pulak ada lagi sebuah restoren yang diberi nama Mak Jang. So, bolehla pilih mana-mana yang korang suka.  Bolehlah tanya Mr. Google kelebihan kedua-dua restoren ini. 



Disebabkan nak cari stok ikan bilis dan juga kering, mak ajak ke Tanjung Dawai. Aku pun ajak ayah sekali lah (sebab selalunya kalau bab nak mencari barang ni , selalunya aku dan  mak sahaja) nak ajak dia makan di sana, Kebetulan dia pun ada bagitau , tak lalu makan nasi.

Kebetulan masa pergi ni cuti hujung minggu ni dan masa pun tak lah lewat sangat, kiranya kami sampai di sana selepas asar sebelum maghrib. Difahamkan kalau waktu cuti am memang penuh.


Menu petang tuh:

Ikan jenahak (big boss pilih sendiri), kerang bakar 1/2 kilo (my favourite), sotong goreng tepung
(my mom pilih -main amik ja, x ingat baper kilo), sup campur dengan sayur kailan.

Nasi putih - 5 orang makan (dua extra)

Minum : ais kacang, milo ais dengan teh ais...

Harga : +- RM85.00 untuk semua.


Lega hati, bila big bos kata masakan kat situ ok. Selalunya kalau makan kat luar, susah sikit dia nak bagi pujian ni. Tapi alhamdulillah, kali ni dia puas hati. So, boleh datang lagi.

Tanjung Dawai
Antara menu yang dipesan

Anjung Muara
Antara menu yang dipesan




Tak banyak sangat gambar yang di 'shoot'. Masih terkial-kial dengan kamera baru.  Insya Allah, next time pergi, boleh ambil banyak lagi gambar. 

Peluang Bekerja dan Berbisnes Dari Rumah

Peluang Bekerja dan Berbisnes Dari Rumah
Teks : Anys Idayu
Sumber : http://anysidayu.blogspot.com/

Jika ada pembaca blog saya yang ada dua masalah ini, mahu mula berbisnes, tapi tak mahu tinggalkan rumah kerana mahu beri perhatian kepada anak-anak dan keluarga. Atau yang ada modal, tapi masih tidak tahu mahu mula bisnes apa. Ada 3 peluang berbisnes secara online yang saya mahu kongsikan

Pencarian dan Pendaftaran dibuka untuk :

Pengurus online akademi
- belajar mempromosi kelas dan bengkel anjuran akademi. Mempromosi produk digital.  permintaan sepanjang tahun. 
- hanya atas talian sahaja. Tanpa perlu fikir pengiraan kos postage dan penghantaran. 

Kelas blog borong telekung solat
-belajar jual borong telekung
-permintaan yang tinggi semasa bulan ramadhan

- sasaran puasa, raya, rumah terbuka,tahun ni, tahun depan dan sehingga barang ada juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kita siapkan terus jadual penghantaran
- stok semua sedia ada.


Daftar dan pilih mana-mana yang kalian mahu untuk mula bekerja dari rumah secara online sahaja. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut boleh hubungi saya :

Emel : sharimah.yahya@gmail.com
whatsapp/telefon : 0192668244

Blog : Masih Relevan Kah?

Blog : Masih Relevan Kah?
Kenapa perlu ada blog? Terutamanya untuk perniagaan. Berdasarkan info yang dipetik dari jutawan Internet iaitu Irfan Khairi, blog terutamanya untuk perniagaan adalah masih penting dan relevan. Ini adalah kerana :

#1 – Lebih Fokus 

Pemilik blog boleh memberi fokus pada mesej yang ingin di sampaikan melalui blog berdasarkan tema keseluruhan blog. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut “like” laman FB pesaing. Inilah “fokus yang hilang” yang dimaksudkan.

 #2 – Enjin Carian.

Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. 

 #3 – Penjenamaan diri.

Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina dengan mengunakan nama sendiri dan juga domain sendiri. Ini akan memudahkan kita untuk membuat promosi tentang perniagaan. 

Tudung Untuk Travel

Teks : Sharimah Yahya

Baru- baru ni, saya ada buat tempahan untuk beli tudung. Asal-asalnya, saya nak order hanya sehelai sahaja. Memandangkan pembelian adalah secara borong, jadi saya pun tempahan untuk 1 set. 1 set mengandungi 5 jenis pilihan warna. Baki 4 helai, saya ingin menjual.

Tetapi apabila tudung yang diterima telah sampai, saya rasa ingin menjadikannya sebagai hakmilik saya. KENAPA?. Ini kerana:-

#1- Owning tudung ini memudahkan dibawa apabila travel. Tak risau sgt apabila dimasukkan ke dalam beg.

#2- Tak perlu seterika.

#3- Kain yang lembut dan sejuk serta terletak.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya.





Tips : Rutin untuk kekal produktif

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Carian google


Hidup ini, kadang-kadang tiba masanya kita akan rasa bosan. Aktiviti kehidupan yang sama sahaja menyebabkan kehidupan kadang-kadang menyebabkan kita rasa bosan. Saya tidak pasti adakah kalian mempunyai rasa begitu. Inilah yang berlaku pada diri saya. Kebetulan pula cuti hujung minggu dan cuti merdeka. Akibat kebosanan (anak saudara pula demam, jadi tak bolehlah nak keluar kemana-mana), saya pun membuat carian dan akhirnya terjumpalah satu blog iaitu blog Adly Mukhtar. Emm..menarik jugak blog ni. Antara artikel yang menarik perhatian saya ialah 5 Perkara Yang Perlu di Amalkan Untuk Kekal Produktif

Antara tips yang diberi oleh beliau ialah :

#1 - Apakah yang perlu dilakukan hari ini  

Senaraikan apa yang ingin kita lakukan. Lagi bagus , jika boleh spesifik. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum tidur. Ini akan menjadikan indikator samada hari yang kita lalui produktif atau tidak. 



#2 - Bagaimanakah tidur anda hari ini

Tetapkan waktu tidur setiap hari. Hadkan limit kerja. Apabila tiba waktu tidur, tinggalkanlah segala kerja. Bangun awal pagi antara jam 4-5 pagi untuk meneruskan aktiviti harian. Mulakanlah awal pagi dengan ibadah sunnah.

Tidur sekejap waktu tengahari. Sebaik-baiknya antara 12 tengahari sehingga sebelum waktu zohor. Antara kelebihannya ialah :
- 1 minit kualiti tidur pada waktu ini bersamaan 45 minit waktu tidur malam. Ini akan memudahkan kita untuk bangun solat pada waktu malam dan memberikan tenaga yang secukupnya.
- Dapat juga mengelakkan dari penyakit jantung.




#3 - Bersenam

Ya, memang benar , senaman adalah penting untuk kita. Tahu, tetapi nak buat rasanya cukup susah. Memang banyak manfaat untuk aktiviti senam. Tips yang ketiga ni, saya sedangkan usaha perlahan-lahan. Walaupun saya kecil dan kurus orangnya,  saya juga perlu bersenam. Persepsi untuk mengatakan saya tidak perlu bersenam sebenarnya adalah salah. Senaman penting untuk menambahkan stamina.



#4 - Pemakanan

Pemakanan juga penting dalam kehidupan kita. Antara tips yang diberikan oleh beliau ialah kurangkan pengambilan gula dan lemak. Mengamalkan air kosong.  Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah. 

Selain itu juga, makan waktu malam seeloknya-eloknya diambil sebelum waktu maghrib. Ini akan memudahkan proses penghadaman dan akan menyebabkan lebih mudah tidur.



#5 - Belajar Perkara Baru Setiap hari

Untuk menjadikan hidup kita lebih seronok adalah mempelajari perkara baru setiap hari. Ia merupakan salah satu cara untuk menjadikan hari ini adalah lebih baik dari semalam.