Teks : Sharimah Binti Yahya
Ini ada sedikit penerangan ringkas tentang sebagai Pengurus Online di Akademi Bekerja Di Rumah yang dipetik dari guru online saya iaitu Anys Idayu.
Ini ada sedikit penerangan ringkas tentang sebagai Pengurus Online di Akademi Bekerja Di Rumah yang dipetik dari guru online saya iaitu Anys Idayu.
" PENGURUS ONLINE AKADEMI BISNES ONLINE YANG MUDAH]
Jika ada yang bertanya saya seperti ini, jawapan saya Rakan niaga akademi adalah satu bisnes online yang paling mudah untuk dijalankan. Kenapa? Jom kita lihat sedikit apa kelebihannya.
Jika ada yang mahu memulakan bisnes dengan bermodal yang sangat rendah dan tanpa ada ulangan modal setiap bulan, saya amat mengalu-alukan kalian terutama suri rumah dan suri bekerjaya menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga (pengurus online) akademi.
Apa yang menariknya, sebagai rakan niaga, kalian akan diberikan bimbingan dan latihan menggunakan blog dan facebook sebagai medan utama pasaran. Mempromosi produk-produk akademi di blog melalui latihan penulisan di blog masing-masing. Blog yang dihasilkan juga bukanlah spesifik untuk mempromosi produk akademi sahaja. Rakan niaga akan dianalisa terlebih dahulu sebelum memulakan blog. Blog yang dihasilkan juga adalah melalui kemahiran, minat dan kepakaran masing-masing berdasarkan analisa jawapan yang diberikan.
Produk akademi pula ialah pakej ebook, kelas online dan sewaan tapak iklan (soho directory). Kesemua produk ini atas talian sahaja, tanpa perlu kita menguruskan, mengambil stok dan menghantar barangan melalui pos laju. Produk juga merupakan permintaan sepanjang tahun yang sangat-sangat diperlukan oleh semua orang.
Rakan niaga akademi akan dilatih melalui kelas asas blog bisnes. Kalian juga akan dimasukkan dalam kumpulan belajar khas, yang mana bimbingan dan latihan akan diberikan setiap masa. Juga bahan promosi yang akan diberikan. Yang tinggal, kalian hanya perlu buat sahaja. Dengan istilah mudah tiru dan ikut sahaja apa yang telah diajar. Konsisten, fokus dan sungguh-sungguh.
Lagi kelebihan rakan niaga, yang lebih penting dan saya kira ini faktor utama bagi mereka yang memilih bisnes yang ingin dilakukan ialah, modal yang perlu dikeluarkan untuk menjadi rakan niaga hanyalah yuran sekali bayar sahaja. Yuran kelas sebagai rakan niaga akademi, dan secara automatik kalian terus akan menjadi alumni akademi bekerja di rumah. Sebagai rakan niaga, kalian layak untuk menjana pendapatan dengan mempromosi ketiga-tiga produk utama ABDR. Komisen akan diberikan kepada yang berjaya membuat jualan.
Rakan niaga akademi ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu memulakan bisnes dengan modal yang sangat minima tanpa pengulangan modal setiap bulan. Juga tanpa perlu bersusah payah meninggalkan anak-anak di rumah untuk menguruskan bisnes ini. Yang penting hanya perlu ada komputer/ laptop / telefon canggih dan talian internet. Kalian juga tidak perlu fikirkan produk apa yang sesuai untuk dijual lagi. Kerana ABDR telah pun menyediakan produk yang sememangnya khusus permintaan sepanjang tahun.
Satu panduan lengkap Rakan Niaga akan diberikan kepada mereka yang mendaftar. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.
Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.
Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan. "
Untuk pendaftaran atau pertanyaan boleh hubungi saya.
Akademi Bekerja Di Rumah akan mengadakan Bengkel Asas Akaun pada tarikh dan tempat seperti di bawah. Penyertaan adalah terhad. Bagi yang berminat, boleh hubungi saya.
22 Mei 2014
Kali ini bercuti dengan keluarga ke Lost World of Tambun & Pasar Kemboja. Cadangan asal adalah untuk terus ke Taiping. Atas beberapa faktor, cadangan tersebut dibatalkan. Turut serta dalam rombongan ini ialah adik dan keluarga serta sepupu adik ipar dan keluarga. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.00 pagi sampai di sana dalam pukul 11.00 pagi. Lost World of Tambun mula beroperasi pada pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang.
Bagi yang membawa keluarga yang besar, sila pastikan perbelanjaan untuk makanan adalah mencukupi kerana makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tidak juga dibenarkan untuk keluar semasa berada di dalam. Di Bukit Merah, kita dibenarkan keluar sebanyak tiga kali. Kebetulan sewaktu kami sampai, sudah tiba waktu makan tengah hari, jadi kami pun makanlah dulu. sempatlah buat aktiviti berkelah di tempat letak kereta.
Bagi yang membawa keluarga yang besar, sila pastikan perbelanjaan untuk makanan adalah mencukupi kerana makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tidak juga dibenarkan untuk keluar semasa berada di dalam. Di Bukit Merah, kita dibenarkan keluar sebanyak tiga kali. Kebetulan sewaktu kami sampai, sudah tiba waktu makan tengah hari, jadi kami pun makanlah dulu. sempatlah buat aktiviti berkelah di tempat letak kereta.
Harga tiket adalah seperti berikut :
Antara koleksi gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi
Jika ada kad Mesra Petronas, jangan lupa bawa. Boleh dapat lagi diskaun. Sebelum pergi , saya memang tidak tahu. Yang tahu pun sebab penjaga kaunter yang beritahu. Alhamdulillah, kad mesra Petronas memang sentiasa ada dalam bag. Jadi dapatlah diskaun. Sampai pukul 6.00 petang, kami ada dalam tuh. Memang puaslah anak-anak buah mandi manda. Tempat ini juga sesuai untuk dibuat teambuilding. Memandangkan kami pergi bukan dalam musim cuti sekolah jadi pertunjukan pun agak terhad. Apa-apa pun memang enjoy.
Memandangkan, keesokannya kami akan singgah di Pasar Kemboja, jadi kami pun bermalam di Parit Buntar. Bagi yang ingin mencari homestay di sini bolehlah ke blog Homestay Kerian .
Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Rakan
Keropok ikan keping merupakan salah satu makanan yang menarik yang boleh didapati di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Keropok ini selalunya diproses daripada ikan, udang dan sotong. Ia akan diadun bersama tepung kanji atau tepung sagu. Keropok yang bermutu boleh dinilai dari segi rasa, keranggupan serta kembang. Kualiti sesuatu keropok adalah bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan juga proses penyediaan.
Keropok keping selalunya bertahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Ia perlu disimpan ditempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok.
Gambar : Koleksi Peribadi dan carian Internet.
Bertolak dari Alor Setar ke Kuala Terengganu dengan menaiki penerbangan Air Asia bersama dua orang sahabat pada jam 8.35 pagi. Tiada penerbangan terus ke Kuala Terengganu, sebaliknya perlu transit di Kuala Lumpur. Kami tiba di Kuala Terengganu dalam pukul 12.15 tengahari. Dari sini kami menaiki teksi ke Hotel Primula. Harga bagi bilik standard di hotel ini ialah RM230.00 semalam( termasuk sarapan pagi ). Tidak mengecewakan. Terdapat swimming pool, berdekatan dengan pantai dan sarapan paginya terdiri daripada masakan tradisi Terengganu.
Hotel Primula |
Contoh Bilik |
Pemandangan dari atas Sumber : Internet |
Dalam perjalanan ke hotel, kami singgah beli keropok terengganu di BTB 2209. Sebuah kedai keropok yang terkenal. Difahamkan untuk makan disini, terpaksa mengambil nombor. Kebetulan waktu kami pergi sudah melepasi waktu rehat, jadi suasana agak lenggang. Kami cuma bungkus sahaja, makan di hotel. Memang tidak rugi merasa keropok lekor BTB, memang sedap.
Keropok Lekor BTB 2209 |
Petangnya, dalam sekitar pukul 3.00 kami bertolak dari hotel ke Pasar Payang untuk aktiviti shopping. Hotel ini menyediakan perkhidmatan 'shuttle' dari hotel ke bandar. Jadi tidak perlu susah payah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Antara produk yang menarik di Pasar Payang ialah batik Terengganu. Memang rambang mata, cantik-cantik belaka. Bagi peminat batik, perlulah kumpul duit sebelum ke sana.
Hampir dua jam berada di sini, terasa pulak nak makan ikan celup tepung (ICT) di belakang airport. Dari pasar payang, kami menaiki teksi ke ICT Haji Pok Long.
Menu yang kami ambil, dua pinggan udang, dua pinggang sotong, seekor ikan dan tiga gelas air teh ais. Semuanya RM32.00 . Memang puas hati. Cuma yang tak bestnyer disini, tiada kemudahan pengangkutan awam. Kos teksi yang dibayar ialah RM80.00
(dari pasar payang - ICT Pok Long (RM30.00), kos menunggu (RM20.00) dan dari ICT ke hotel (RM30.00))
Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Carian Google
Gambar : Carian Google
Bila nak travel atau outstation masalah yang paling malas nak buat ialah nak 'packing' barang dan baju. Dalam fikiran tertanya berapa beg yang ingin dibawa. Jika menggunakan kereta sendiri , tak jadi masalah tapi bila naik kenderaan awam terutamanya kapal terbang, mulalah nak pening kepala.
Ini ada sedikit tips yang selalu aku guna terutamanya bila travel menggunakan kapal terbang. Tips ini sesuai untuk travel bagi yang travel seorang diri dan masa travel lebih kurang dalam 5 atau 6 hari.
* Selalunya beg yang dibawa dua saja iaitu beg pack dan beg roda (size yang boleh dibawa ke cabin).
Waktu pergi memang tak amik luggage, cuma waktu balik sahaja.
* Dalam beg roda, jika muat masukkan extra beg. Kalau tak mau pun tak apa, nanti sampai ke destinasi tak cukup beg, boleh beli beg lain. Selalunya aku akan masukkan extra dua beg yang boleh dilipat. Setakat ni tidak pernah beli beg baru. Guna saja beg yang sedia ada
* Pakaian :
Berjalan : 2 helai slacks/jeans , 3 helai tshirt/blous , 2 helai tudung segera. Boleh rotate, selang sehari. Tak cukup boleh beli t-shirt atau blous baru di destinasi. Selalunya baju yang dibawa adalah baju yang tidak perlu diseterika.
Tidur : Sehelai sahaja
* Cara lipatan pakaian : Gulung .
* Boleh juga guna vacuum bag. Boleh diperolehi di pasaraya atau pembelian secara online.
Pakaian yang digulung |
Vacuum beg |