Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi
Hari terakhir di bumi Beijing
Gambar : Koleksi Peribadi
Hari terakhir di bumi Beijing
Hari ini adalah hari terakhir berada di Beijing. Sedih pun ada, gembira pun ada, risau pun ada. Sedih sebab sayangnya nak tinggal negara ini. Rasa sekejap sangat, belum puas lagi pusing-pusing. Gembira sebab nak balik Malaysia jumpa keluarga dan rakan-rakan. Risau sebab nak balik nak naik kapal terbang . Saat ini, tidak diketahui lagi bagaimana dengan nasib penumpang MH370.
Hari ini adalah hari untuk bershopping. Bershopping di Silk dan Ya Show Market. Sebelum ke sana kami singgah di Bamboo Shop (dah lupa nama betul). Tak lama di situ, kami terus ke Silk Market. Sebenarnya aku sendiri tak ada target nak beli apa. Tak tahulah kenapa mood untuk bershopping hilang tetiba ja. Bagi aku, barang rasa macam sama ja kat Malaysia, tak ada yang unik. Walau bagaimanapun, sempat jugaklah aku sambar tiga tshirt polo untuk abang, adik ipar dan juga adik aku. Seterusnya aku ke kedai Jamilah. Nak beli alas meja yang dipesan. Kat sini memang cantik alas meja. Guna corak yang dijahit. Tapi aku tak berminat nak beli sebab dah tahu macam mana keadaan di rumah. Untuk orang pesan, aku tak beli di sini sebab tak lepas budget yang diberi. Aku cari kat kedai lain.
Seterusnya kami ke Ya Show Market. Kat sini target utama adalah winter coat. Sepanjang berada di Beijing, memang geram tengok orang pakai winter coat yang lawa-lawa. Memang nak cari jugak walaupun satu. Manalah tahu kut-kut nak pi negara lain pulak kan. Akhirnya , kami dapat juga cari winter coat dengan harga yang memang best. Mr. Musa pun terkejut. Masing-masing dapat harga dalam RM90.00 ke bawah.
Berposing bersama winter coat baru |
With Fiza, Mama Shah & Shah |
Dah penat bershopping, kami pun bersiap sedia ke Beijing airport.Sebelum tuh kami singgah solat di Masjid Nan Dou Ya dan restoren noodle untuk makan malam. Nanti sampai airport, dah susah nak cari makana kan. Disebabkan makan malam kami untuk hari ini tidak termasuk dalam pakej, jadi kami amik keputusan untuk berkongsi duit. Punyalah banyak, satu mangkuk untuk dihabiskan.
Memang tak habis, banyak sangat |
Selepas itu,baru kami bertolak ke airport. Sedih pulak nak tinggalkan Mr. Musa dan pemandu yang baik hati tuh. Semua bekalan yang kami bawa dari Malaysia, kami bagi pada Mr. Musa dan pemandu. Tak terusik pun sebab kami rasa semua cukup. Tekak pun boleh terima ja. Alhamdulillah, sampai di airport, suasana dah tenang. Tidak sesak dengan waris MH370. Sementara menunggu waktu untuk check -in, kami sempat membuat operasi menyusun semula barang-barang dalam beg. Maklumlah, lepas shopping terus ke airport. Comfirm tak sempat kemas.
Aktiviti mengemas beg |
Menyemak dokumen sebelum check -in. |
Kami bertolak dari Beijing ke Kuala Lumpur dalam pukul 1.00 pagi waktu tempatan. Waktu bertolak, hanya doa mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah , akhirnya kami selamat tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 9.00 pagi. Pelbagai memori pahit manis akan sentiasa terpahat dalam ingatan. I will miss this moment forever and ever.
Tips-tips semasa berada di Beijing :-
* Jika ingin membeli belah di gerai-gerai tepi jalan, pastikan guna wang kecil. Takut bila guna wang besar, baki duit yang dipulangkan adalah palsu
* Jangan bergambar sesuka hati dengan maskot yang anda nampak, setiap gambar akan dikenakan bayaran.
* Tips shopping - harga barang yang ingin dibeli, minta tawar sekurang-kurangnya 70%. Kalau tak boleh, jalan dulu. Kalau nak beli baru minta tawar.
* Untuk muslim, pastikan anda amik pakej muslim kecuali anda sudah mahir dengan keadaan disni.
* Untuk kedai jade & mutiara, pastikan anda berhati-hati kerana ada yang tertipu ribuan ringgit. Seelok-eloknya cuba mencari input di blog-blog travel sebelum anda memulakan perjalanan
~TAMAT~
Teks : Sharimah Binti Yahya
17 Julai 2014, Malaysia diduga sekali lagi. Kali ini pesawat Malaysia Airline System (MAS) , MH17 telah ditembak dan terhempas di Ukraine. Pesawat yang membawa 298 anak kapal dan penumpang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur .
Tiada kata yang terucap. Buat semua ahli keluarga dan rakan-rakan MH17, salam takziah diucapkan. Semoga kalian sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah.
RM50 |
eBook ini terbahagi kepada 11 bab iaitu 101 Idea Home-Based Bisness, Mula Bisnes Tanpa Model, Rancang, Sasar
Matlamat, Strategi Pemasaran Online, Strategi Pemasaran Offline, Operasi dari
Rumah, Khidmat Pelanggan Online, Produk Digital Vs Produk Fizikal, Strategi
Pemasaran Gaya Rasullullah, Rahsia Bisnes Siti Khadijah dan yang terakhir
Pengalaman Usahawan Sukses.
Pelbagai info berkaitan produk
yang boleh dijual dan cara-cara berada di dalam buku ini. Amat sesuai untuk
dibaca bagi yang ingin memulakan bisnes.
Teks : Sharimah Binti Yahya
Lepas raya ni, rancang nak pergi kelas menjahit. Rasa rugi pulak bila tidak ada ilmu dalam jahitan ni. Sebenarnya bila boleh menjahit, macam-macam boleh dibuat untuk menjana pendapatan.
Kos tempahan baju semakin hari semakin meningkat. Paling-paling kurang kat kedah RM30.00 mungkin ada yang lebih rendah sedikit) sepasang untuk baju kurung. Kalau ada anak perempuan lima orang sudah jadi RM150.00. Itu tidak termasuk harga kain lagi. Memang benar orang cakap, lebih baik beli baju yang sudah siap tetapi bagaimana dengan orang tidak mempunyai saiz seperti terlalu kecil atau besar. Mahu tak mahu kena tempah. Kalau nak beli, nak kena hantar ke kedai pulak untuk ubahsuai. Masih tetap ada kos. Sekurang-kurangnya jika boleh jahit , dah boleh jahit sendiri dan jimat kos.
Jadi adik-adik di luar sana, jika tidak berjaya melangkah ke menara gading, belajarlah menjahit. Sertailah mana-mana kelas jahitan. Kalau bukan untuk berniaga, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dan keluarga.