Langkawi : Pemandangan Indah (Look Out Point)
Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi & Google
Lokasi : Ulu Melaka
Salah satu lokasi yang agak menarik untuk dikunjungi ialah Pemandangan Indah (Look Out Point). Berada berhampiran dengan jalan utama dari Kuah ke Ulu Melaka. Dari tepi jalan, akan kelihatan papan tanda Pemandangan Indah (Look Out Point). Ikut sahaja, arah tersebut. Dari tempat kereta, pengunjung perlu mendaki anak tangga untuk ke menara,
Dari menara, pengunjung boleh menikmati pemandangan sekitar pantai Langkawi dan juga airport Langkawi. Menurut anak saudara, pemandangan pada waktu malam sebenarnya lebih cantik daripada waktu siang. Cuaca yang baik dengan angin yang sempoi-sempoi bahasa memang menyenangkan. Sesuai untuk dijadikan tempat istirehat dan menenangkan fikiran. Cuma bagi kaum wanita, jika hendak datang ke sini seeloknya-eloknya berkumpulan kerana persekitarannya agak sunyi.
0 comments