Ulasan kelas Blog Penulisan - Natrah Mohamed
Ulasan
kelas Blog Penulisan
Teks : Natrah Mohamed
Bagaimana saya mengenali ABDR ini?
Eh, ABDR apa?
Akademi Berkerja Dari Rumah.
Di asaskan oleh Pengetuanya iaitu Puan
Masayu Ahmad.
Sebenarnya saya sudah lama terfollow
Puan Masayu ini. Rasanya sejak 2008 lagi. Sejak saya kenal beberapa rakan
blogger. Saya jumpa link ke blog Puan Masayu iaitu, Naufalsayang.blogspot.com.
Masa itu, saya suka membaca blog-blog. Blog Puan Masayu adalah blog yang saya
follow dan letakkan link di blog saya. Hanya beberapa blog saja saya letakkan
link mereka. Mereka semua saya kenal di alam nyata. Tapi Puan Masayu saya tidak
kenal di alam nyata. Apa yang menarik sangat untuk saya follow blog beliau?
Kerana beliau menulis dan update hampir setiap hari. Kerana beliau sedang
memperjuangkan berkerja dari rumah.
Tahun 2010, saya melahirkan anak sulung.
Rasanya Puan Masayu juga bersalin tahun yang sama. Satu-satunya anak
perempuannya. Beliau berpindah ke Kelantan dan mula mempromosi Akademi Berkerja
Dari Rumah. Saya waktu itu, berbelah bahagi dan tidak yakin. Hanya mengikuti
secara jauh. Setiap hari Puan Masayu update perkembangan kelasnya di FB. Saya
masih hanya pembaca dan penglike setia. Cita-cita kecil saya mahu menulis, tapi
tak tahu apa yang mahu ditulis, jadi saya mengikuti penulis-penulis secara
dekat tetapi senyap. Blog yang entah ke berapa saya buat: JurnalNM dibuat
bagi memenuhi impian menulis itu. Saya namakan JurnalNM kerana saya tahu ia
bakal dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan entry yang bercampur aduk. Entry
awal saya dalam blog ini adalah cerpen yang sangat pendek. Hehehe.
2 tahun saya tinggalkan blog itu,
akhirnya saya kembali buka dan update. Sejak saya menyertai Shaklee. Saya mula
menulis dan berkongsi tentang Shaklee. Tapi, tidak konsisten. Saya upah kawan
baik saya yang kretif untuk tolong hiaskan.Boleh jenguk blog Nabilah Ahmad
iaitu Tautan Hati Nabilah Hasyim untuk menilai betapa rajin dan
kreatifnya dia. Sebotol ESP upah yang saya tawarkan.
Saya perlu mencari kekuatan dan sokongan
untuk terus update blog. Jika tidak, ia bakal menjadi tukun tiruan. Setiap
hari, di newsfeed FB saya sering melintas status Puan Anys Idayu Zakaria yang
bercerita tentang ABDR. Akhirnya saya ambil keputusan bertanya lanjut. Dengan
penuh sopan santun, lemah gemalai saya PM Puan Anys :)
Saya tak kenal Puan Anys sebenarnya.
Tapi kerana statusnya sering melintas di newsfeed, akhirnya menarik saya
menyertai ABDR. Tapi, sebelum menyertai, saya ambil masa yang lama. Kerana,
saya perlu buka blog baru dan tinggalkan blog lama. Walaupun Puan Anys
nasihatkan saya gunakan kedua-dua blog, namun saya tahu, tak kan ku mampu
menjaga kedua-duanya serentak.
Akhirnya saya sertai ABDR dan mula
mengikut tutorial yang diberi. Buat blog dengan nama sendiri sebagai url blog,
update blog setiap hari, letak pop up FB fanpage, letak gambar ABDR.
Kenapa nama sendiri? Kerana ia membantu penjenamaan. Syok juga letak nama
sendiri. Hihi..
Semakin hari saya mula yakin untuk
menulis kerana tahu fokus. Saya hanya perlu update dan buat entry tentang
Panduan Penjagaan Anak di Rumah. Ia tajuk blog saya. Selang seli dengan entry
produk Shaklee serta aktiviti berkaitannya. Kadang-kadang berlari-lari anak
juga dari fokus tajuk. Tapi saya usahakan cukup 44 entry untuk graduasi dari
kelas ini.
Alhamdulillah, setiap entry saya di
blog, Puan Anys kongsikan kembali di FB. Dengan cara itu, pengunjung ke blog
saya makin bertambah dari hari ke hari. Suka tau ! Jika blog dulu, agak lambat
untuk naikkan jumlah pelawat. Sekarang dengan bantuan Puan Anys serta
sahabat-sahabat dalam ADBR yang sama-sama bertukar link di blog masing-masing,
ia menjadi cepat dan mudah. Tapi, kena rajin update entry la kan?
Pelajar perlu siapkan 44 entry untuk
layak masuk ke group alumni ABDR. (44 entry ye. Bukan 44 hari berpantang !)
Genap 44 entry sudah lama. Syarat terakhir, saya perlu menulis ulasan tentang
kelas ABDR ini. Sebab itulah, saya bersengkang mata menyiapkan ulasan
ini.
Ok, itu saja ulasan saya.
Ayat terakhir yang mahu diberitahu, tak
menyesal sertai ABDR !
Selamat berjaya geng ABDR semua.
0 comments