Jom ke Langkawi #2 : Muzium 3D



Rehat dalam 30 minit, kami terus ke luar menuju ke Muzium 3D Langkawi, Kalau nak cari jalan guna GPS (waze atau papago), kena cari lokasi panorama...kalau cari muzium 3D memang tak jumpa. Target kat sini, nak masuk muzium D .

Rupa-rupanya dekat ngan cable car. Alahai , jauhnya berubah. Nampak sangat dah lama tak mai sini. Dok mai kursus, tapi tak pernah berjalan. Agak ramai juga walaupu bukan musim cuti sekolah. kat bawah ni harga tiket untuk pakej. Kalau nak masuk muzium 3D sahaja pun boleh. Kalau anak Kedah, boleh dapat lagi diskaun, just tunjuk ic sahaja.


Kalau berhajat nak amik gambar kat semua gambar dalam muzium 3D tuh, memang kena masuk lama. Sejam dua jam , macam tak cukup. Time ni bukan musim cuti sekolah, jadi agak selesalah untuk bergambar, tak perlu berebut sangat. Jangan lupa, sebelum amik gambar, ada disediakan contoh dan gaya yang sesuai untuk beraksi. Jadi boleh tiru gaya tersebut atau anda hendak buat gaya tersendiri. Nak cantik, jurukamera perlu berada atas anak panah yang di lukis di lantai. Jadi rajin-rajinlah perhati kat lantai tuh. Jom tengok aksi-aksi hebat di Muzium 3D.














*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************
Previous
Next Post »
0 Komentar