TUJUH PERKARA : JANGAN, DALAM SIMPANAN EMAS


Gambar : Carian Google


7 Perkara  JANGAN, DALAM SIMPANAN EMAS, iaitu :-


1. JANGAN MALAS

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas seperti sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yg ada di pasaran dan  banyak lagi yg perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yg tak pernah habis.


2. JANGAN AR-RAHNU SEBARANGAN

Ramai yg menyalahgunakan perkhidmatan Ar Rahnu kebelakangan ini. Peranan Ar Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yg memerlukan, bukan kepada mereka yg tamak.
Siapakah yg tamak? Orang yang jual & beli menggunakan sistem 35:65 @ 30:70.
Contohnya seperti ini: 

Katakan emas 999 100g berharga RM10k. Pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di Ar Rahnu dimana pemajak akan mendapat RM7K dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dgn peniaga sudah selesai & peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dgn cara ini. Apa cerita dengann pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.


3. JANGAN JUAL EMAS ANDA

Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yg keliru apabila diajar semasa harga tinggi 
(beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah membeli emas? Emas adalah aset unggul yg harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

*Jual Emas hanya untuk 5 perkara:*

1. Rumah, 2. Hartanah, 3. Emas dlm bentuk lain (brg kemas) 4. Modal Bisnes 5. Keperluan @ terdesàk.


4. JANGAN SIMPAN WANG KERTAS

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperlua,n kecemasan & kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yg terbaik kerana ia kalis inflasi & tidak susut nilai.
Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.
Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yg ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yg menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah Emas dlm bentuk fizikal seperti Dinar, Bar dan pelbagaikan pula dgn barang kemas.


5. JANGAN TUNGGU

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal. hampir setiap tahun org kata emas mahal.

Jadi pada masa bila emas murah? Dulu harga emas RM 16/gram pun org kata mahal, RM 38/gram pun org kata mahal, RM 90/gram pun org kata mahal, sekarang dah nak cecah RM 200/gram pun org kata mahal. Jawapannya tahun demi tahun harga emas makin mahal.

Rugilah golongan yang hanya menunggu & melihat org lain semakin kaya dgn emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM 140/gram, skrg dah dekat RM 200/gram. Ini baru menyimpan sahaja dah untung. Jika yg meniaga macamana? Lagi untung!!!


6. JANGAN TOLAK:

Jangan menolak @ menafikan tentang matawang ISLAM iaitu Dinar & Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yg menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang ISLAM ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Saya sudah bermula, anda bila lagi???


7. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Setelah anda menjadi seorang yangg celik emas. janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.  
Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar & dirham. Semua ini berbeza & mempunyai matlamat simpanan yg berbeza.
Tidak guna jika hanya kita seorang sahaja yg tahu tentang kepentingan emas dan sbb perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan & masyarakat sekeliling masih buta emas.
Memang ada yg tidak boleh terima terus. Gunakanlah cara berhemah & yg penting anda sudah menyampaikannya.

Maklumat lanjut , sila hubungi saya.


*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut

*******************************************************************************



You Might Also Like

2 comments