PISANG GORENG BEST : PISANG GORENG 303






06 Mac 2018

Gambar : Carian Google



Semalam Cik Shima gi cod #tonikbayam kat Taman Desa Jaya.

Janji dengan customer lepas kerja tapi terlambat sikit sebab tunggu mommy stokis mai hantar stok  #shampoosantan.

Lepas jumpa mommy, Cik shima terus lah ke sana. Gunalah google maps, Ikut punya ikut, sampailah kat taman tu, cari quarters tak jumpa-jumpa.

Last2 Cik Shima nampaklah gerai goreng pisang kat simpang Taman Desa Jaya tu. Niat di hati nak turun tanya sambil membeli. Sekali goreng pisangnya habis. Tapi Mak Cik goreng pisang tu, memang lah tunjuk jalan kat Cik Shima.  Tanya mak cik tu, ada jual air tak, sebab tak nampak balang air. Sekali dia tunjuk kat sebelah dia, ada jual air kelapa. Cik Shima pun amiklah satu cup.

Sekali minum, pergh..memang best. Memang rasa air kelapa betullah. Sedap. Memang tak menyesal.

Lepas ni kena gi ronda situ sekali lagilah, nak try goreng pisang pulak dan nak repeat air kelapa tu. Mak Cik tu bgtau dia buka kul 12.00 tghari sampai kul 6 petang. Tapi semalam kul 6 pun dah clear dah goreng pisang dia.

Pisang Goreng 303
Taman Desa Jaya
Sungai Petani
Kedah.
Tutup : Jumaat


Boleh ja guna google maps.

Nota : Jumpa jugalah quarters customer tu setelah berpusing2. Failed sikit guna google maps dari waze.😊😊


Entri ni Cik Shima dah letak kat facebook Cik Shima (Sharimah Yahya). Tengok review, memang kuih, goreng pisang ngan air kat sini sedap. Boleh ke fb Cik Shima ya.


*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Nurul Gold dibuka.
**********************************************************


You Might Also Like

0 comments