DAMAI PARK RESORT , MERBOK

 20 Jumaat 2018

Tahun ni bukanlah kategori tahun cuti buat Cik Shima. Dah lama tak ke mana-mana, jadi Cik Shima rancang bersama adik-adik ke Damai Park Resot.

Adik kata, air kat sini lebih cantik dari air terjun Tupa atau di Yan . Dari rumah Cik Shima nak ke sini, jaraknya  tak la jauh sangat . Lebih kurang 30 atau 45 minit perjalanan. Kalau tak tahu jalan, boleh ja waze Damai Park Resort.

Sampai-sampai, orang tak ramai. Adik kata, air hari ni  tak dalam sangat. Selalunya air dalam. Mungkin pihak pengurusan lepas air.

Air memang jernih gila dan sejuk. Nak turun ke dalam air kena pelan-pelan. Cik Shima memang tak suka air yang sejuk. Tak tahan. Cik Shima sempatlah try casing phone yang water proof. Ha, memang okay. Bolehlah ambil gambar selam dalam air. Selam ja, nak berenang tak pandai sangat. Hihihihi...

Lain-lain aktiviti hanyalah  aktiviti BBQ.

Kalau ada yang datang nak bermalam pun boleh, ada chalet disediakan. Boleh call pihak pengurusan chalet.

Jom layan gambar ni ya...


Damai Resort Park, Kedah
Damai Resort Park




Damai Resort Park, Kedah
Berapa kali praktis amik gambar dalam air, baru jadi.
















Damai Resort Park, Kedah
Budak ni memang tak leh kata apa, kebal ngan air 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.