MERDEKA BEACH RESORT : MENYAMBUT MALAM MERDEKA DI PANTAI MERDEKA

Entri ni agak lambat sikit dan hampir terlupa pun. Percutian di Pantai Merdeka ni pelan adik. Adik yang atur.

30 Ogos 2018 (Khamis)

Hari ni hari Khamis, jadi Cik Shima apply cuti . Senang nak prepare apa yang patut, Tapi lain pulok jadinya. Anak buah dari Langkawi nak join sekali. Lepas cek tiket dan timbang tara, aku kena pastikan dia landing di Tanah Besar sebelum jam 11.00 pagi. Nak check in jam 2.00 petang. Jadi, aku minta dia naik bot dari Kuala Perlis Jam 9.00 pagi. Bot Kuala Kedah, terlepas waktu. Kalau ada lambat. Pagi tu juga, aku dan adik aku terus shoot ke Jeti Kuala Perlis. Nasib baik adik dah biasa dengan Perlis, jadi tak ada masalah sangat. Jam 10.30 pagi macam tu, anak buah sampai. Terus shoot balik Sungai Petani, konon -konon nak balik kut Jitra, last-last terlajak simpang ke Changlun. Duk tak duk, sampai depan Universiti Utara Malaysia. Oh My God, dah tersesat pulok. Jumpa kedai makan, kami makan dulu. Kedai makan ni betul-betul dekat bulatan UUM.  Okay juga harga dia. Mungkin kawasan student kut. Lepas makan, buka waze untuk jalan pulang. Setelah masuk ikut kawasan kampung, akhirnya kami tembus kut tasik Darul Aman. Tak taulah dia bawa jalan mana. Sukanya waze ni, kadang-kadang dia bawa laluan yang tak pernah lalu, tapi sebenarnya dekat.


Pantai Merdeka
Gambar dari website Merdeka Beach Resort

Sampai rumah dalam pukul 1.00 petang. Rehat sat. Nasib baik barang-barang memang dah packing awal-awal lagi, tak kalut sangat. Lepas Zohor, aku, Saidah , Ina dan anak-anak terus bergerak ke Merdeka Beach Resort. Husband Ina@At, mak, ayah dan anak menakan lagi 2 orang akan ikut kemudian.

Sampai Di Merdeka Beach Resort, dah ramai tetapi parking tetap ada. Sembang dengan penyambut tetamu, semua bilik dah penuh. Bilik yang Ina tempah ni , resortnya ada 2 bilik. Cik Shima ada amik flyers Merdeka Beach, konon-konon nak upload dalam blog tapi last-last sekali hilang.  Kalau nak tahu tentang bilik dan harga di Merdeka Beach Resort, boleh layari laman web Merdeka Beach Resort.

Ina tempah untuk kami jenis Family Room. Okay juga, memang sesuai untuk family pun. Sampai-sampai ja, kami letak barang manakala Najwa dan Najiha terus ke kolam mandi. Diaorang dah biasa datang, jadi tak ada masalah sangat. Mak dan yang lain-lain datang kemudian.
Pantai Merdeka
Gambar dari website Merdeka Beach Resort


Petang tu, tak ada aktiviti sangat. Just teman Najwa dan Najiha mandi kolam. Ingat nak tumpang juga tapi sebab ramai dan kolam tu pun terhad, jadi bagi ja anak-anak main. At pula, dalam diam, balik semula rumah di Zon Mawar, nak amik lampu sebab malam ni nak BBQ. Terlupa bawa. Dia siap pesan suruh booking tempat  ramai, risau nanti tak ada tempat. Di Merdeka beach Resort tiada kawasan untuk BBQ cuma diaorang sediakan set BBQ. Boleh sewa untuk 1 malam. Bayarannya RM80.00. Kami tak amik pun set tu, sebab dah bawa.


Pantai Merdeka
Najiha Kena Batu

Sepetang di Pantai Merdeka



Lepas maghrib, kami pun get ready untuk BBQ dan sambil-sambil tu sempat juga setting proop besday untuk Najwa dan Najiha. Kiranya malam tu, ada jugalah sesi potong kek untuk kedua-dua beradik tu. Jiha, mood tak okay sikit sebab petangnya tu pergi mandi pantai, kaki kena batu dan berdarah. Jadi lepas ja makan, dia nak balik bilik, dia nak tidur. Saidah pulok demam. Malam tu juga, ayah terima call dari orang dalam taman, esok pagi nak amik khemah, Mau tak mau dia kena balik juga malam tu. Kesudahannya, ayah, mak dan Saidah sempat bersama kami sekejap ja. Malam tu juga diaorang balik.

Pantai Merdeka


Pantai Merdeka
Kek hari Jadi

Muka tak happy, nak main kena paksa ambil gambar

Najiha balik resort terus tidur. Plan ingat nak lepak tepi pantai, tapi last sekali Cik Shima suruh ja Ina, At Ina dan Najwa ja pergi lepak. Lagipun Cik Shima memang rasa nak berehat pun. Syazwan, Syamsul dan Mat Arif , diaorang tak tau la hilang pi mana. Tak pa, anak bujang tak ada masalah.

Jam 12.00 malam, bunga api dimainkan menandakan 31 Ogos 2018, Hari Kemerdekaan Malaysia. Ingatkan meriah ngan bunga api, tapi agak mengecewakan.  Tak lah meriah sangat..hihihi.
Tinggal sat Jiha, kuar rumah nak tengok api tu. Dah selesai, masuk balik.  Dan terus tidur.

SAMBUNG EPISODE SETERUSNYA >> BERCUTI DI PANTAI MERDEKA



*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik.
Page FB : Shampoo Santan ->>Klik Sini  atau
Page FB :Tonik Rambut Bayam Nurul Gold Utara
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Tonik Rambut Bayam dibuka.
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
**********************************************************




You Might Also Like

0 comments