EMAS PG : DESIGN COVID 19



Alhamdulillah, dah sampai. 

Semalam stokis PG whatsapp bagitau, design khas COVID 19 dah sampai. Alhamdulillah, yang ni pre order tak ingat dah bulan berapa.

Cerita pasal emas ni, actually dulu2 Cik Shima ada lah member Power Gold. Masa tu memang simpan emas Power Gold. Nak kata tiap-tiap bulan tu tak adalah, tapi adala dari tiada. :)

Lepas tu, entah macam mana terus stop. Mungkin masa tu harga emas makin lama makin naik. Tak terkejar rasanya dan duk ingat bila modal dah cekang, nak on balik tapi rupa-rupanya  terus tertangguh.

Jadi , tahun ni, Cik Shima berazam untuk start balik. Tapi bukan dengan Power Gold dah la, tercurang dengan Public Gold pulak...hihihihi dan pada masa yang emas, Power Gold pun dah tak jual dah. Tapi tak ada masalah, emas Power Gold adalah emas fizikal, jadi emas tetap emas lah.

So, Cik Shima start balik tahun ni bermula dengan design-design Limited Public Gold. Yang ni, edition Covid 19. Cantik tak?

Emas nak simpan, tak perlu tunggu harga rendah. Sebab harga emas jika turun sekalipun, tak turun banyak. Emas melindungi wang simpanan kita. Ini betul Cik Shima setuju sangat.

Jadi, jika ada modal , kumpullah emas tak kisahlah emas apa pun, emas 999 atau emas 916, asalkan ia adalah emas.

Dah simpan, jangan lah lupa bayar zakat pulak...

Tak tau nak kira, masuk ja laman web zakat negeri masing-masing ya. 





You Might Also Like

0 comments