@Keningau, Sabah
Teks: Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi & carian GoogleAir Asia |
Pada 26 Februari Hingga 03 Mac 2012, kali ni aku dan Shieda ke
Keningau, Sabah. Bukan gi jalan-jalan tetapi untuk menghadiri kursus. Okaylah, dapat jugaklah aku
menjejaki bumi di bawah bayu ni, satu-satunya negeri dalam Malaysia yang belum
pernah sampai. Di lapangan terbang Pulau Pinang, berjumpa dengan Puan Amal dan Puan Fetty. Kami beremapat menaiki penerbangan Air Asia menuju ke Kota Kinabalu.
Tiba di sana lebih kurang tengahari. Seterusnya kami, kami menaiki kereta untuk ke Keningau. Sepanjang
perjalanan, kami melalui banjaran corcker. Banjaran yang terpanjang di Sabah. Walaupun sudah tengahari, tetapi udara tetap rasa sejuk dan nyaman.
Hotel Juta |
Keningau bukanlah sebuah bandar yang menarik buat aku, Berada disini seperti tidak berada di negara sendiri. Seperti berada dibumi asing. Mungkin sebab kehadiran warga asing dari Filipina menyebabkan rasa terasing. Maaf ya, orang Keningau tetapi itulah hakikat yang aku rasa.
Tentang makanan pulak, memang banyak kedai di sekitar hotel
tersebut tapi ntahlah tekak ni rasa kurang berselera . Kesudahannya restoran
KFC jadi mangsa. Cuma pada malam ketiga dan keempat, kami minta tolong Mat Syar n the geng belikan dari kedai lain. Kebetulan Mat Syar bawa kereta dan dia juga orang Sabah, jadi senanglah sikit. Paling seronok berada di hotel ini adalah berdekatan dengan pasaraya. Aktiviti setiap petang dan malam adalah pergi pasaraya.
Memandang kali ni peserta kursus begitu rajin (yer ker?) dan
ada sedikit masalah teknikal, rancangan kami untk melawat kawasan yang menarik
di sekitar Keningau dibatalkan. Tapi taklah ralat sangat sebab pak cik driver teksi cakap,
kalau nak datang Sabah lebih baik pergi Ranau.
02 Mar 2013.
02 Mar 2013.
Kursus tamat pada tengahari. Sebaik sahaja selepas makan, kami bertolak balik ke Kota Kinabalu, Di sini, aku, puan Amal, puan Diana dan Shieda menginap di hotel Crown. Hotel ini memang berdekatan dengan lapangan terbang Kota Kinabalu. Shuttle van juga disediakan untuk ke lapangan terbang. Cuma masalah dengan hotel ini, bilik airnya tiada langsir. Hanya ada cermin sahaja. Jadi kalau seorang, mungkin tiada masalah. Kalau dengan kawan, fikir-fikirlah macam mana ya. Mujurlah satu malam sahaja. Selepas check-in kami terus ke Pasar Filipino untuk membeli belah.
Berposing dalam perjalanan ke Kota Kinabalu |
Dari awal lagi, aku nekad tak nak beli mutiara, sebab aku bukan penggemar barang hiasan. Tapi sebaliknya yang berlaku, bila nampak ja , rasa mcm nak
beli semua, dah tak tahu nak pilih yang mana. Mutiara ni kami tak beli di pasar
Filipino kerana takut ditipu, kami beli di kedai Jamilah Jewellery dekat dengan pasar tuh
jugaklah.Senang dan pasti asli.
Lepas shopping, sempatlah aku jumpa Am (kawan lama masa
sekolah rendah).Berpuluh-puluh tahun, aku tak jumpa dia.Memang lainlah, sempatlah
dia bawa kami pi makan.Memang banyak cerita dibualkan.
0 comments