Membeli Belah di Vietnam

Teks : Sharimah Binti yahya
Gambar : Koleksi Peribadi dan Google


Perjalanan ke Vietnam

Jun 2013, aku, Suzana dan Yafee telah ke Vietnam, salah satu Negara yang rakyat Malaysia suka pergi untuk membeli belah. Sebenarnya,  rancangan ke Vietnam taklah dirancang. Keputusan decide on the spot. Tujuan ke Vietnam sebenarnya bukan untuk bercuti sebenarnya untuk memborong kain telekung Vietnam untuk pasaran Malaysia.

Tempahan tiket penerbangan air asia dari Kuala Lumpur ke Vietnam terus dibuat. Harga yang kami dapat ialah RM227.00 untuk pergi/balik.


Kami bertolak ke KL dengan menaiki keretapi dari Sungai Petani. Salah satu faktor kami tidak mahu mengambil risiko menaiki penerbangan kerana sedia maklum bahawa air asia sentiasa reschedule time . Untuk keselesaan kami mengambil coach yg ada katil. Boleh semak harga dan waktu perjalanan dalam laman web Keretapi Tanah Melayu (KTM). Walaupun penempahan tiket keretapi boleh dibuat secara online, namun kami terpaksa pergi juga ke kaunter KTM kerana sistem asyik mengalami gangguan.  Harap-harap pihak  KTM dapat memperbaiki sistem ini pada masa akan datang.

Kami bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Sampai di KL Sentral  jam 5.00 pagi. Memang masih awal pagi. Kami berehat, mandi dan solat di sini. Kemudahan bilik mandi dan surau yang agak selesa.  Sewaktu berada dalam surau, Suzana semak tiket flight, rupa-rupanya flight kami 7.30 malam. Selama ini , kami ingatkan flight kami awal petang.


Perggh...jawabnya kena la lepakla kat KL Sentral. Waktu ni KL mengalami musim jerebu yang amat teruk, membuatkan kami hilang mood nak bergerak . Tambahan pulak dengan beg yang dibawa. Disebabkan keadaan jerebu yang teruk di KL sentral, kami mengambil keputusan untuk bergerak ke LCCT lebih awal. Sekurang-kurangnya di sana adalah tempat bertutup dan selesa. Dari KL Sentral ke LCCT kami menaiki bas. So melepaklah kami di sana sehingga lah waktu penerbangan.


Hotel Hoang Hai Long 2


Kami tiba di airport Ho Chin Minh (HCM) dalam pukul 9.00 malam . Disebabkan kami tidak mengambil pakej, everything kena uruskan sendiri, bagi yang pergi seperti  kami, berhati-hatilah dengan teksi di sana. Disebabkan kami sampai malam dan tak terbiasa dengan keadaan disana, kami terus ambil teksi.  Dalam dok berhati-hati, akhirnya kami kena tipu juga. Tambang yang dikenakan untuk teksi ke hotel kami (Hoang Hai Loang 2) adalah dua kali ganda dari harga  yang sepatutnya iaitu lebih kurang 130,000 dong (harga yang dikenakan semasa kami amik dari hotel ke airport sewaktu balik).


Kami stay di hotel Hoang Hai Long 2 bersebelahan dengan Hotel Saigon. Kawasan sini memang tak susah nak cari kedai makan halal. Berhadapan dengan hotel ni ada kedai Hajah Basiroh. Kalau rajin sikit, boleh cari restoren V.Halal ataupun Dedaun.


Menurut rang tempatan muslim, Restoren Kampung Melayu dan 1Malaysia, difahamkan pemiliknya bukan Islam, jadi bagi pelancong Muslim berhati-hati dengan nama. Seelok-eloknya buat kajian dari blog-blog, rakan-rakan yang sudah biasa dengan negara Vietnam ataupun rakyat Muslim tempatan. 


Tiap-tiap malam di hadapan hotel akan ada pasar malam. Memang best dan happening. Kalau tak cukup shopping waktu siang, boleh sambung waktu malam,cuma siapkan duit sahaja.Disebabkan sasaran kami adalah untuk memborong kain telekung jadi perjalanan kami hanyalah disekitar bandar Ho Chin Minh.
Tempahan hotel kami buat menggunakan agoda.com. Kadang-kadang kadar dalam harga ini lebih murah. Selain itu , boleh juga ke website booking.com. Boleh buat perbandingan harga hotel.





Borong Telekung dan Membeli Belah di Vietnam

Telekung kami borong di kedai  berhadapan dengan dengan hotel  iaitu  WY Rine (ntah dah lupa apa nama) dan Hajah Basiroh . Kualiti kain di kedua-dua kedai ini ada beza sedikit dengan kedai-kedai yang lain. Kadang Nampak corak sama, tetapi apabila pegang kain, dah boleh beza.

Kain jubah atau tempahan jubah di kedai dalam Ben Than Market. Dari hotel ke Benthan Supermarket  tak perlu susah hati. Hanya jalan kaki sahaja. Dekat sangat.


 Lebih kurang 5 minit,turun dari lobi hotel, memang nampak dah Benthan Supermarket.  Jubah boleh siap dalam sehari. Sempatlah buat sehelai jubah untuk mak dan borong empat helai jubah untuk dibawa balik ke Malaysia.



Untuk beli borong kain sutera boleh ke  Cho Binh Tay.Harga lagi murah. Kami amik teksi untuk ke sini. Tak susah, suruh jer orang hotel call. Cadangan kalau nak amik teksi, amik teksi Vinasun,yang lain jangan amik, takut nanti ditipu.  Suasana kat sini memang panas dan bagi aku kurang selesa. Tapi jika hendak boleh borong, kat sini harga lagi bagus dari Bent Than.




Satu lagi tempat shopping yang best adalah di Taka Plaza. Di sini suasana agak okay sikit. Peniaga-peniaga pun tidaklah sekasar di Benthan. Tempat pun berhawa dingin. Di sini banyak baju untuk budak, baju kurung yang telah siap. Memang murah sesangat. Walaupun ala-ala supermarket tetapi harga yang diletakkan masih boleh ditawar. Terdapat juga barag yang kulit yang dijual.


Tips Lawatan Ke Vietnam
* Teksi yang dicadangkan adalah vinasun
* Duit kalau boleh bawa dalam RM, Dong atau USD
* Lintas dengan berani . Disini kebanyakan rakyat vietnam menaiki motorsikal dan mereka memang pandai mengelak. Jadi lintas sahaja, kalau tidak anda tidak akan menyeberang sampai bila-bila
*Tawar harga sehingga 70%
Jangan lupa duit bawa banyak -banyak untuk kaki shopping. Kalau bukan kaki shopping mcm saya around RM1000 pun dah cukup. 


You Might Also Like

0 comments