Kenali jenis Fabrik
Teks : Sharimah Binti Yahya
Sumber : Carian Internet
Foto : Koleksi Peribadi
Mari kita kenali jenis-jenis fabrik yang berada dipasaran.
CREPE
Sejenis
kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang
bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S
and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Kain ini nampak
seperti ringan tetapi apabila sudah menjadi baju ia akan jatuh dan cantik. Mudah
iron.
Crepe |
Merupakan
kain yang memiliki pola yang
ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya.
Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard.
Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD.
Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak
tenunan di atas kain. Kain ini berkilat dan licin. Warnanya agak terang
sedikit.
Jacquard |
COTTON
Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan
baik.Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai
untuk dipakai. Malahan ia juga senang untuk dicuci. Antara ciri-cirinya :- Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk
- Menyerap keringat.
- Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam.
- Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
- Boleh dicuci atau di dry clean.
Cotton |
Rayon merupakan kain yang lembut dan selesa untuk
dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik. Namun begitu Rayon
merupakan sejenis kain yang boleh menyusut. Terdapat dua(2) jenis rayon di pasaran
iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.
Kain rayon adalah yang paling murah. Corak dan rekabentuk mungkin akan sama dengan batik yang lain. Kain ini agak keras. Cara untuk kenalpasti samada kain jenis rayon adalah dengan komotkan kain tersebut. Ia akan menjadi kedut-kedut.
ORGANZA
Secara mudahnya,kain
organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya
yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan
sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang
mampu untuk mencuba kain organza. Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian
pengantin.
CHIFFON
Biasanya diperbuat
daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain chiffon,
kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk dye.
Biasanya kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.
Chiffon ni kain yang
jarang dan stretchable. Kain ini kebiasannya dijadikan baju kurung atau kebaya. Kebanyakkan kain chiffon perlu di lining. Penjagaan perlu teliti kerana kain mudah tertarik.
Mudah iron juga.
SATIN
Ia biasanya licin dan
selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
POLYSTER
Bahan polyester
memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa
panas dibadan.
Antara ciri-ciri
lainnya :
- Bahan terasa panas dibadan.
- Tidak menyerap keringat.
- Tidak sesuai untuk kulit yang sensitif
- Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
- Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam
SUTERA
Bahannya lembut,
sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri lainnya :
- Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
- Menyerap keringat.
- Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.
Antara ciri – cirinya
:
- Terasa lembut dan dingin di kulit
- Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
- Menyerap keringat
- Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam.
- Boleh dicuci atau di dry clean
- Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent
Viscose |
SONGKET
0 comments