KOREA MAY 2017 : KUALA LUMPUR-ALOR SETAR

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Kuala Lumpur, lebih kurang jam 8.30 malam. Sebaik sahaja boleh keluar , Cik Shima dan Atul terus berjalan keluar. Kami ke kaunter Air Asia,seperti yang diberitahu oleh anak kapal. Malangnya, mereka beritahu suruh ke kaunter customer service. Diaorang bagitau, diaorang tak leh nak buat apa-apa sebab flight ke Alor Setar dah berlepas. Cik shima boleh accept lagi lah info tu, cuma tak berkenan dengan cara layanan diaorang. Muka masam ja...Adus, sabar ja lah hati ni. Dulu masa trip ke Australia dah kena sekali. Harap-harap sapa staf Air Asia yang baca ni, tolong bgatu kat kengkawan yang jaga kaunter, mesralah sikit. Kalau tak, jangan kerja depan kaunter.

Okay, kami terus ke kaunter imigresen dan terus ke kaunter customer Sevices Air Asia. Ha, dah ada yang beratur pun. Once again, staff air asia kat sini pun pelik, kenapa ramai beratur. Rupanya diaorang tak tahu kata flight dari Busan delayed...Mak aii, tak ada link information ker diaorang ni. Pelik bin Ajaib la pulak.

Cik Shima dan Atul cuba dapatkan flight malam tu juga, malangnya flight ke Alor Setar adalah keesokan paginya. Cuba minta ke Penang, tapi diaorang tak benarkan. Kena destinasi yang sama juga. So, tak apalah, nak buat lagu mana kan. So, diaorang bagi penginapan, tiket flight dan bagasi 20kg. Wah untung, sebab masa balik amik 15kg sahaja. Penginapan biasalah i-Tune Hotel. Sebelah ja dengan airport.

Sampai hotel, terus mandi, makan dan tidur.

Sekali terkejut jaga.."Angah, dah pukul 6.00 (tak ingat time yang tepat, tapi around tu", apalagi masing-masing kelam kabut. Nasib baik, bag semalam tak berselerak sangat. Mandi pun ala kadar. Sebab dok teringat, nak cehck in. Tawakkal ja. Memang rushing. Keluar dari hotel , terus ke kaunter utk drop luggage..ha, memang malang ramai event untuk fast drop. Depan kami, ada juga yang nak fly ke Alor Setar, dah dengar dah katanya dah boleh masuk luggage. Cik shima ngan Atul dah rasa macam tak leh masuk juga. Dan memang betul. Dia siap cakap, kalau terlebih, dia suruh tinggal kan ja beg di situ. Jangan harap lah kan, Nasib baik bag roda kami, saiz cabin, Cuma berat ja lebih dari 7 kilo. So, tawakkal ja bawa masuk.

Jalan memang laju, nak kejar masa flight. Ha, lega bila dah berjaya sampai ruang berlepas. Dan kami bernasib baik sebab dapat seat antara 1-10, so boleh masuk awal. Ha, bila masuk ..nak angkat bag beratlah pula..yerlah 15 kilo kan, Sekali pramugari mai tolong, dia angkat..then dia ada tanya..beratnya " Baper kilo ni? Dah lebih 7 kilo ni"..Ha, sorrylah nak jawab kan, kami terus ucap tq, masuk tempat duduk dan terus duduk. Alhamdulillah, nasib baikk dia pun tak tanya apa-apa. Selamat.

Dan akhirnya selamat jugalah Cik Shima dan Atul mendarat di Alor Setar. wah rindunya masakan Malaysia. Yerlah , asyik makan makanan korea dan made in Pak Brahim ja (ni 5 tahun tak sentuh kut).



Finally, habis juga entri ni. Walaupun bermacam halangan, suka dan duka, Cik shima tak akan serik untuk  mengunjungi negara Korea ni. Banyak lagi tempat yang Cik Shima tak sempat melawat. Cuma, next time nak pilih guest house yang ada lift. Kimchi Guest House di Busan, Cik Shima suka.
Itaewon-In, kalau ada pilihan yang lain, carilah yang lain.





~TAMAT : KOREA MAY 2017~

*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************


You Might Also Like

2 comments