KOREA MAY 2017 : DAY 1 - SIAP SEDIA UNTUK BERLEPAS


14 Mei 2017 (Ahad)

Lain-lain persediaan , adalah seperti yang dalam entry checklist sebelum ni.
Rujuk Entry --> Checklist .

Cuma untuk pertukaran duit, Cik Shima minta member Cik Shima yang tukarkan di Kajang, lebih murah dari Sungai petani. Sampai airport, baru dia pass pada Cik Shima. Cik Shima dah pesan minta dia masukkan dalam sampul mengikut hari. Jadi, lapan hari , lapan sampullah .

 Cik Shima ngan Atul kami naik flight pagi dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Penerbangan Air Asia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur hanya ada 2 penerbangan sahaja iaitu pagi dan petang. Flight kami dari Alor Setar jam 8.30 pagi.

Tiket Flight : RM134.61 (pergi balik). Termasuk luggage 20kg (pergi), 15kg(balik).

Flight ke Busan, jam 1.15 pagi. So, bila sampai di KLIA2, kami lepak dan makan siap-siap di foodcourt airport. Masa ni perut Cik Shima meragam sikit. Dari  hari sabtu lagi. So, nak makan kurang selera sikitlah kan. Terpaksa lah gagah juga, sambil dalam hati dok berdoa, semoga berjalan dengan lancarlah kan.Ni doa yang shima dok baca, sepanjang sakit perut tuh.



Sementara menunggu flight awal pagi, Atul dah tempah siap hotel untuk kami beristirehat. Pilihan di EV World Hotel di Bandar Enstek.  Mula2 dari KLIA ni nak guna perkhidmatan Uber. Bila check dalam apps Uber, tambang dia RM38, kalau pakai airport taxi, RM42.00 so dah save RM4 kat situ. tapi tulah rasa serik pulak pakai Uber ni, bukan apa, mula2 dapat call dia kata nak pickup, elok ja letak, dapat pulak notifikasi kata dia cancel , suruh cari driver lain. Uish, bengang la jugak, kalau x mau, cakap jerlah tak mahu, habih citer. Terus terang kan elok. Kami tak marah aih.

Pemandu kedua pulak, call pas tuh tanya nak pi mana. Yang ni Cik Shima rasa pelik, sebab masa dalam apps, kita isi kan lokasi mana, sah-sah Cik Shima dah letak EV World Hotel Bandar Enstek. Pas tu dia bagitau, dia sebenarnya nak cari pelanggan yang nak ke arah KL. Huhuhu, awak yang call, bukan Cik Shima yang call (dalam hati jerlah). So, rasa  dah fed up dah dengan pemanndu Uber ni, ..last-last kami kami amik juga airport taxi. Senang, puas hati.

Hujan renyai-renyai sikit masa  kami sampai. So, bila sampai hotel , yi ha..dah boleh rehat. Not bad jugak hotel dia. Tak la besar, tapi bolehlah untuk hilangkan penat. Hotel ni juga ada sediakan transport ke KLIA2. Okay, selesai satu bab transport nak pi sana balik. Tapi berbayar lah kan. Tak kisahlah, janji senang. Lupa pula rate hotel ni, yang pasti tak sampai RM100. Dalam RM80 cam tuh, kalau tak silap. So, bahagi 2 orang lah kan.



Cik Shima suka fasiliti area sini, ada bank, farmasi, kedai makan dan  supermarket. Sesuailah kata bandar kan. Sebenarnya area sini banyak hotel.So, boleh cari kat Mr. Google, hotel di sekitar Enstek ni. Cik Shima tak alert la kawasan ni, sebab Atul yang buatkan semua. So, kitaorang lepak sini dulu. sambil2 tuh kitaorang repacking bag sebab masa nak pi Busan, kami share luggage 20kg. Sekali timbang, mak aii lebih. So, mahu tak mahu terpaksalah repack balik. Dan ada juga makanan yang kami tinggalkan di kafe hotel. Dua kali jugaklah buat exercise ni. Buka timbang buka timbang. So, next time dah tahulah, amik ja lebih, senang citer. Yang jadi nak kongsi luggage, sebab pi mana2 sebelum ni, bag tak pernah lebih 7kg. Semua bawa naik cabin, tak pernah amik luggage masa pi. Tuh yang confident gila, sharing lugggage. Sekali lebih. Huhuhuhhu.


  




Selesai semua, jam 9.00 malam, baru kami bergerak ke airport. Kat sana, baru jumpa semua orang. Alhamdulillah, semua urusan pelepasan berjalan lancar. Yang tak lancar, perut Cik Shima ja. Huhuhu.

Menunggu Flight ke Busan

Bertolak dari KL 1.15 pagi dan jangka tiba di Busan 8.15 pagi. Enam jam perjalanan. Dalam flight, memang perut meragam. Tuhan saja yang tahu. Sebelah Cik Shima pula Minah Korea. Masa minta excuse first nak ke toilet pun, muka ntah apa-apa. Apatah lagi nak keluar masuk kan. Dalam hati berdoa ja.  doa tadi memang dok ulang ulang sampai tertidur.  Tapi tak lah nyenyak sangat, sekali dia mai sakit, memang seksa. Si Minah korea pula ni, pi buka meja depan tuh, pas tu lena ataih meja. Jaga jaga, pi buka tab layan citer korea. Huhuhu..sabau jerlah Cik Shima.Memang seksa nak keluar. Nak nangis pun ada.
Breakfast memang kami amik siap-siap dalam flight. Masa pi Cik Shima order Nasi Lemak Pak Nasser tuh (tak expect nak sakit perut kan), huhuhu tak berapa lajak nak makan lah kan. Makan nasi ja. tak berani nak makan yang lain. Sambal semua tak makan. Dalam hati dok berdoa , nak cepat sampai.
Alhamdulillah, flight kami berjaya landing dengan selamat. Dalam hati, nak kuar cepat, nak pergi toilet.
Berjayakah Cik Shima mengharungi Kembara Korea ini? Tunggu next entry ya.

Gimhae International Airport






*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.

Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Pendaftaran Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.