KOREA MAY 2017 : PERSEDIAAN AWAL KE KOREA (KTO)



Korea Tourism Organization (KTO) , Malaysia.  

Maklumat berkaitan dengan KTO ni pun Cik Shima dapat dari member Cik Shima yang kebetulan gi Korea dalam bulan April. Dan dia pun dah pi banyak kali gak. Dia bagitau KTO dah keluarkan buku Discovery Korea. Dia suruh Cik Shima like page ni dan dapatkan info di situ.

Apa yang menariknya tentang Discovery Korea ni, Cik Shima dapat kupon diskaun dan juga T-Money Card free. Dalam tuh dah ada 2000w. T-money ni kiranya transportation card. Boleh guna untuk subway dan juga bus samada di Seoul, Busan mahupun di Sokcho dan juga di sesetengah convenient store. Kalau tak, kena beli kat sana lebih kurang RM15 duit kita. So, dah jimat dah di situ. T-Money tuh boleh simpan, x ada expired (kalau plan nak repeat).

Kupon yang dapat pun banyak, tapi kami tak pakai semua antaranya 70% harga tiket KTX (one way), tour bus untuk Nami Island,Petite France  dan  Garden of Morning Calm, Tour Busan, Tour Seoul dan banyak lagi, yang lebih Cik Shima bawa balik. 

Macam mana nak dapat. Like ja FB Korea Tourism Organization (KTO), Malaysia tuh. Tunggu dia update berkaitan Discovery Korea. Nanti dia bagi link ke web KTO. Jawab survey , selesai. Lepas tu , dia kan hantar ke emel kod survey . Simpan.
Nanti baca arahan cara untuk redem bagi yang berada di Lembah Klang dan di Luar Lembah Klang. Dokumen yang diperlukan semasa nak redem ni

* Kod survey
* Itenary Flight
* IC No


Thank you, Rafizah, my friend yang bagi info ni.
Previous
Next Post »
0 Komentar