TIPS : KENAPA SHAMPOO SANTAN TIDAK BERKESAN?

Ada pengguna Cik Shima bagitau pakai shampoo tidak berkesan. Setelah dibuat sedikit kajian, ada beberapa faktor yang menyebabkan Shampoo Santan Tidak berkesan iaiti:

 Campur aduk produk.

Anda campur guna shampoo santan selang-seli dengan shampoo lain. Shampoo santan tidak dapat menunjukkan kesan yang terbaik. Shampoo santan adalah produk natural. Ia perlukan masa untuk membuang sisa kimia yang ada pada rambut kita sebelum merawat dengan cara semulajadi.
Mencampur aduk produk melambatkan proses rawatan rambut.

 Menggunakan conditioner atau perapi selepas shampoo rambut.

Sudah menjadi kebiasaan kita guna perapi rambut selepas shampoo kan? Jadi bila anda shampoo rambut guna shampoo santan anda pun tetap gunakan perapi rambut. Dukacita dimaklumkan bahawa cara guna shampoo santan tu salah.
Shampoo santan memang sudah tidak perlukan perapi rambut lagi. Shampoo santan ini seperti shampoo 2 in 1. Ini kerana kandungan shampoo santan ini iaitu pati rosemary dan pati minyak kelapa itu sendiri sudah sangat bagus bertindak sebagai conditioner.

 

Cara cuci rambut yang salah.

Anda cuci ‘sental’ rambut anda dengan kasar dengan harapan kulit kepala anda akan kena shampoo santan ni dan kelumumur pun akan tertanggal. Maaf sekali lagi, cara guna shampoo santan seperti ini adalah salah.



You Might Also Like

0 comments