EKSPEDISI GUA GENDANG, PERAK - PERSEDIAAN AWAL

Ekspedisi ke Gua Gendang sebenarnya dah lama rancang. Lebih kurang sebulan dari perjalanan.
Sementara menanti tarikh ekspedisi, sempatlah Cik Shima usha apa persiapan yang patut.

Bila cari dalam blog, kebanyakan bercerita tentang Gua Gendang dan Gua Itik. Kedua-dua gua ini sebenarnya sebelah menyebelah. Kebanyakan yang pergi, akan masuk kedua-dua gua ini. Tapi kami memilih hanya satu sahaja iaitu Gua Gendang.

BEG KALIS AIR - OCEAN BAG

Dapat info awal, kami akan mengharungi air. Jika hujan, berkemungkinan air paras pinggang. Jadi bagi memudahkan urusan terutamanya telefon lah kan, jadi Cik Shima  ushalah beg kalis air. Ni pun bila gi sabah hari tu, masa round pulau dia bawa. Jadi, bila teringat yang tu, Cik Shima apalagi bukalah lazada dan Shopee. Jadi barang ni lah yang Cik Shima prepare .

Ocean Dry Bag
Gambar : Google 
Cik Shima amik yang 5 litre ja, sebab badan kecik kan lagi satu nak bawa barang sikit ja. Bag ni boleh beli online.

Memang selesa, bila bawa masuk gua, sebab dia boleh galas. Masa nak beli, boleh tengok ada provide sekali atau tak. Ada setengah seller tak provide,. Ada juga yang ada 2 tali , tapi Cik Shima amik yang satu ja. Harga masa Cik Shima beli ialah RM26.10


WATERPROOF POUCH FOR MOBILE

Barang kedua yang Cik Shima beli ialah Waterproof Pouch, walaupun Ocean bag memang kalis air, tapi nak menjamin keselamatan telefon, Cik Shima grab juga yang ni. macam biasa, Lazada atau Shopee lah kan. Nak beli yang ni, kena tengok size yang sesuai untuk telefon.


Kalis air
Gambar : Lazada

Dapat ja barang, Cik Shima terus test masa gi Merbok. Buh telefon dalam tu, terus selam dalam air. Amik gambar dalam air. Wah, boleh caya, memang tak masuk air. Gambar pun cantik, macam kita guna secara biasa.

Okay settle 2 benda untuk barang bagi aktiviti air.


KASUT GETAH@KASUT ADIDAS KAMPUNG


Ramai kawan Cik Shima suruh beli kasut adidas kampung ni ja . Memang selesa dan sesuai juga untuk hiking. Pengalaman diaorang semasa naik Gunung Baling.


Jadi bermulalah episode carian kasut ni bersama Umi. Dari DIY (2 atau 3 cawangab) sehinggalah ke kedai hardware. kasut tu ada tapi size untuk kaki Cik Shima memang tak ada. Harga memang murah ja. Dalam RM7-RM10, ikut kedai. Tapi kasut ni memang sedap dan tahan lasak. Tu yang orang panggil kasut getah.

Pas tu mau tak mau, pergi jugaklah ke Kedai Al- Ikhsan. Tu dia sepasanga dekat RM300.00. Ada juga berkenan sepasang tu, tapi tak ada size. Dalam hati berkenan tapi macam tak berbaloi la pulok, Cik Shima bukan nak hiking selalu pun. Mujur juga tak ada size, selamatlah duit.

Lastly, pergi ke Kedai Bata. ha, jumpa juga kasut yang bersesuaian . RM90 sepasang termasuk dua pasang stokin.


kasut Getah, kasut kampung
Gambar : Google


HEADLAMP/ TORCHLIGHT

Peralatan ni mudah dapat. Cik Shima beli ja kat DIY. Harga lebih kurang dalam RM15. tapi kalau nak murah , boleh beli kat kedai ECO atau kedai RM2. Cik Shima beli yang bateri boleh rechargeable. Senang tak yah tukar-tukar bateri dah nanti.

Pas tu Cik Shima pi teman member ke  Kedai ECO, grab pulak torchlight kecil-RM2.00. Masa ni rasa macam nak pakai headlamp, besar ja kat kepala. Almaklumlah, kepala kecil kan,


Ini antara barang untuk persediaan awal. Walaupun orang kata alah 1 hari ja, nak masuk gua ja pun, tapi Cik shima suka prepare awal dan barang yang nak digunakan hendaklah selesa  dan sesuai untuk aktiviti berkenaan.


WRISTLET VKEN

Satu lagi yang Cik Shima standby ialah wristlet. Wristlet ni memang Cik Shima dok pakai hari-hari. Siang pakai sebelah kanan. Malam pakai sebelah kiri. Wristlet ni bagus untuk jantung. Sesiapa sahaja boleh pakai dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Dan bagi sesiapa  yang suka join aktiviti outdoor dan juga sukan, digalakkan sangat pakai.

Bagaimana cara dapat? Boleh ja hubungi Cik Shima sebab Cik Shima merupakan pengedar sah untuk produk vken

Wristlet Vken



Okay, next entri adalah PERJALANAN EKSPEDISI GUA GENDANG. Tunggu ya

You Might Also Like

0 comments