HARI TERBUKA TUDM , BUTTERWORTH, PULAU PINANG

8 September 2018


Kebiasaanya Cik Shima jarang sangat hadir ke pameran atau apa-apa program yang mellibatkan ramai pengunjung. Tapi disebabkan adik dari KL nak pi juga hari Terbuka ni, jadi Cik Shima bawa jerlah.

Kebetulan abang Cik Shima dan ayah serta mak ada amik tapak untuk berniaga. Jadi, mahu tak mahu kena pi jugalah.

Bertolak dari rumah lebih kurang 9 lebih, ikutkan waktu pertunjukan kapal terbang sesi pagi memang tak sempat tengok, jadi kami plan nak tengok pameran ja. Lepas tu balik. naik Highway terus keluar tol Kepala Batas. Adik Cik Shima yang sorang lagi dah bertolak awal-awal sebab depa nak tengok pertunjukan. Cik Shima dapatlah whatsapp, kata jalan dah start sesak, keluar tol Cik Shima pasang Waze.

Sepatutnya simpang dari Pekan Kepala batas kena amik kiri, tapi si Waze duk bising suruh amik kanan..Cik Shima dah 50-50. Tengok Waze dari Kepala Batas tuh memang dah merah dah, sah trafik memang slow. Teringat member pernah up kat facebook masa raya nyesal tak ikut Waze. Akhirnya, Cik Shima buat keputusan ikut Waze. Alhamdulillah, memang agak jauh sikit, waze bawak masuk kampung kut penaga tapi memang dapat elak jem. Cuma Cik Shima jem sikit dari SK Telok Air Tawar ke Taman Senangan apa ntah. Memang bagus ikut Waze, dia potong banyak jalan.

Parking memang tak yah cakap. Ayah Cik Shima bagitau suruh parking kat Padang Golf. Ha amik kau, berkilo meter jugalah kena jalan, Bertabahlah. Masa tu orang pun dah mula ramai. Sampai-sampai terus ke gerai abang Cik shima. Konon sekejap ja, sekali sampai kul 3.00 petang kat situ. Sempatlah tengok pertunjukan kapal terbang Sukhoi, Hawk, Hornet, dan lain-lain.

Apa yang Cik Shima nampak, pengunjung yang datang pun ramai yang berfamily, siap bawa anak-anak lagi. Kanak-kanak yang minat memang teruja lah kan.
Di sini, suasana sangat harmoni, pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa datang. Sangat unik.
Cuma tak bestnya, sikap masyarakat kita yang masih suka buang sampah-sampah. Sikap  yang ni kena ubah. 

Apa-apa pun tahniah TUDM .









Langit Gelap. Alhamdulillah hujan tak lebat.



Baju ni boleh sewa untuk dipakai





You Might Also Like

2 comments