CASA BAYU CHALET, YAN

1 comment
22 Mac 2019  (Jumaat)

Adik dan kawan baik dia, Nurul sampai awal sikit.  Cik shima lambat sikit sebab tunggu kak Pah selesai urusan di Kuala Muda dulu. Sementara Mak, Ayah dan Saidah akan bertolak lewat sikit memandangkan keadaan mak yang masih kurang sihat (sakit pinggang).

Sampai-sampai, budak-budaj dah terjun kolam. Cik Shima makan dulu makan tenghari memandang kan kat rumah tak makan banyak sangat. 

Tak lama, ayah pun sampai.

Aktiviti santai sahaja. Bilik VIP, memang Cik Shima ambil untuk nak stay 3 family. Mujurlah besar kan memandangkan Kak pah tak ada dalam list pada peringkat awalnya. Mak , Ayah dan Saidah tak stay, diaorang nak balik selepas BBQ.


Homestay yan

Homestay yan



6.00 petang, kami buat aktiviti sukaneka secara santai-santai. just untuk budak-budak seronok sahaja.



Homestay yan

 
Telur Busuk


Homestay yan
Musang Berjanggut
Homestay Yan


Lepas malam, kami buat BBQ. Part membakar bakar ni kami serah pada geng-geng lelaki. Ina cuma goreng nasi cina sahaja. Menu BBQ malam tu memang mewah lah pulak.



Homestay Yan



Homestay Yan
 
Sesi Penyampaian Hadiah

Setiap family diberi cabutan hadiah . Semua dapat, yang membezakan ialah jenis hadiah sahaja. dah nama santai-santai kan.



Homestay Yan






Cuaca pulak sekejap hujan, sekejap okay. Cik Shima tunggu tak habis. Memang penat. 11.30 malam dah masuk tidur.


23 Mac Sabtu ( Sabtu) 

Sedap tidur dalam air cond, serius memang tak sedar. Bila bangun, breakfast semua dah siap. Dalam kolam ada Najwa dan Jiha.

Memang puaslah depa main. pagi ni, buat aktiviti masing-masing. sempatlah Cik Shima teroka beberapa tempat yang menarik untuk bergambar.

Sekitar Casa Bayu Chalet
 

Homestay Yan


Homestay Yan


Homestay Yan

Homestay Yan




Cukup time : Check out


Review Cik Shima

Tempat ini sesuai untuk family yang mempunyai anak-anak dan yang ingin rileks2 dan santai2. Bagi bilik VIP Room memang Cik Shima puas hati.

Boleh repeat lagi. In shaa allah. Nak booking kena awal.

Boleh ke page Facebook Casa Bayu Chalet untuk maklumat lanjut. (hahahha, promosi percuma).




**********************************************************
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
*Produk Vken Trave l  - Stokin, Knee Pad, Wristlet*
**********************************************************







Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan