MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

No Comments
Selepas check out dari Casa Bayu, Cik Shima tak balik rumah terus. Kami singgah sekejap di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Alhamdulillah, tercapai jugalah hasrat hati nak mai. Dah lama simpan keinginan tu. 
Tak jauh pun dari casa Bayu.

Muzium ni free ja. Dalam ni boleh tengok batu-batu dan artifak yang diperolehi dari tapak-tapak candi yang dijumpai.






Bila baca sejarah negeri Kedah dan melihat binaan-binaan candi, memang kagum rasa. 
Kagum dengan kehebatan negeri Kedah satu masa dulu. Menjadi salah satu pusat dagangan yang terkenal.

Binaan-binaan yang tercipta zaman dulu dengan kepakaran orang terdahulu memang jauh beza. Sekarang banyak sangat bangunan yang mudah runtuh dan hancur. Binaan dahulu walaupun sudah runtuh tetapi masih ada sisa2 tinggalan yang masih boleh dilihat.


Barangan -barangan dagangan yang ditemui pun sama. Masih ada rupa serpihan dan juga ada yang sempurna. Hebat orang dahulu.

Kedah digelar Kedah Tua. Ada pertembungan kebudayaan antara Hindu, Cina dan Islam.
Candi-Candi yang ditemui juga banyak. Di sekitar Lembah Bujang sahaja lebih kurang 49 buah candi (mungkin lebih, cek balik fakta ya)

Sapa minat tentang sejarah dan arekeologi, boleh masuk muzium ni.


Di pintu masuk, ada terdapat kedai jual cenderamata dan juga duit-duit lama. Harganya bergantung, ada yang murah dan mahal. Pada mulanya, Cik Shima tak tertarik. Adik ipar yang pulun duk cari duit lama ni . Dia memang simpan buat koleksi. Last-last , bila dengar perbualan antara pak cik yang jaga kedai tu dengan adik ipar, menarik pula. Rupanya setiap duit lama ni, ada kisah yang tersendiri dan akhirnya Cik Shima tertarik dengan sekeping duit lama iaitu duit sekepiang. Duit ini adalah duit yang diguna pakai pada zaman Tanah Melayu (sebelum dijajah oleh British dan Jepun). Susah nak dapat. Memang duit 'rare'. Kebetulan ada 2 sahaja, jadi Cik Shima amik 1 dan adik ipar pun amik 1.

Kat sini pun sapa yang ada duit lama, boleh juga jual kat kedai ni.

Nanti Cik Shima uploadgambar  duit sekepiang ni ya. Cari dalam album koleksi gambar , tak jumpa pulak.


Jam sudah pukul 12.00 lebih, hampir pukul 1.00 petang. Pelan seterusnya nak naik candi. Memandangkan cuaca panas, kami batalkan dan berniat untuk datang sekali lagi. Dan kali ni, waktu petang dengan pakaian yang lebih sesuai.


Tunggu Next Entry -> Keriang Hill


**********************************************************
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
*Produk Vken Trave   - Stokin, Knee Pad, Wristlet*

**********************************************************







Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments

Catat Ulasan