ANDA RISAU TENTANG KOLESTEROL

Ramai yang risau KOLESTEROL naik sebab makan daging banyak masa hari raya korban kann?

Kolesterol hanya didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan akan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti BUAH, SAYUR, KEKACANG serta MAKANAN BIJIRIN PENUH dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. 

Serat merupakan kandungan dalam makanan yang tidak dapat dicerna atau diserap oleh tubuh badan. Serat terbahagi kepada 2 iaitu larut air dan tak larut air.

Serat larut air akan cair di dalam air dan menjadi bahan seperti gel. Ia dapat membantu menyerap seterusnya menurunkan paras kolesterol dalam badan.Serat tak larut air pula akan menjadi  "pelawas" yang membantu dalam sistem pencernaan.

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM



**********************************************************
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
*Produk Vken Travel  - Stokin dan Wristlet*
**********************************************************

You Might Also Like

0 comments